Selamat Datang


Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].

Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].

Monday, August 18, 2014

Abu hurairah meriwayatkan terlalu banyak hadis

Salah satu kenyataan "missionary" kristian dan golongan anti hadis ialah bagaimana sahabat nabi abu hurairah meriwayatkan terlalu banyak hadis walaupun seketika sahaja bersama nabi berbanding sahabat yang lain...

Sebenarnya perkata ini telah dijawap sendiri oleh abu hurairah .. Satu kelebihan Allah kepada beliau

Volume 003, Book 034, Hadith Number 263.
Narated By Abu Huraira : You people say that Abu Huraira tells many narrations from Allah's Apostle and you also wonder why the emigrants and Ansar do not narrate from Allah's Apostle as Abu Huraira does. My emigrant brothers were busy in the market while I used to stick to Allah's Apostle content with what fills my stomach; so I used to be present when they were absent and I used to remember when they used to forget, and my Ansari brothers used to be busy with their properties and I was one of the poor men of Suffa. I used to remember the narrations when they used to forget. No doubt, Allah's Apostle once said, "Whoever spreads his garment till I have finished my present speech and then gathers it to himself, will remember whatever I will say." So, I spread my coloured garment which I was wearing till Allah's Apostle had finished his saying, and then I gathered it to my chest. So, I did not forget any of that narrations.

Terjemahan mudah secara bebas

'Mengapa orang-orang Al Muhajirin dan Anshor tidak banyak meriwayatkan hadits, seperti periwayatan Abu Hurairah?' Sungguh, saudara- saudaraku dari Muhajirin disibukkan dengan jual-beli di pasar. Sedangkan saudara- saudaraku dari Anshor disibukkan oleh pengelolaan harta mereka. Adapun aku seorang miskin yang selalu mengikuti Rasulullah Shallallahu'alaihi Wasallam selama perutku berisi. Aku hadir saat mereka tidak hadir, dan aku ingat dan paham saat mereka lupa.

Memang mengikut sejarahnya

Abu Hurairah adalah antara sahabat nabi yang paling kerap bersama nabi muhammad... beliau sentiasa ada ke mana sahaja nabi pergi...

Beliau adalah antara sahabat nabi yg termasuk ahlush-shuffah, tinggal bersama Nabi di masjid Nabawi, bahkan makan dari apa yang dimakan oleh Nabi .

sementara Khulafa' Ar Rasyidin mereka sibuk mengurus permasalahan negara dan pengaturan hukum serta pengiriman para ulama, ahli qur'an dan Qadhi'(hakim). Abu Hurairah termasuk shahabat yang bergaul dengan Nabi SAW secara intensif.

kita tidak mencela Khalid bin Al Walid dengan sedikitnya periwayatan beliau dari Rasululllah karena sibuk dengan jihad. Demikian juga tidak mencela Abu Hurairah dengan banyaknya periwayatan beliau karena sibuk dengan ilmu.

Saturday, August 16, 2014

Kisah nabi musa menampar malaikat

Sabda Rasulullah :

Malaikat Maut diutus kepada Musa , ketika ia tiba, Musa menamparnya. Maka ia kembali kepada Rabbnya (Allah) ‘Azza wa Jalla seraya berkata: “Engkau mengutus aku kepada seorang hamba yang tidak menghendaki kematian.”

Maka Allah mengembalikan matanya seraya berfirman: “Kembalilah dan berkatalah kepada dia agar dia meletakkan tangannya di atas belakang seekor lembu jantan. Dari setiap helai rambut yang dapat dilitupi oleh tangannya, maka baginya (umur) satu tahun.”

(Setelah diterangkan kepada Musa, baginda bertanya): “Wahai Rabb, setelah itu apa?”
Allah berfirman: “Kemudian kematian.”
Musa berkata: “Jika begitu sekarang.”

Maka dia meminta kepada Allah agar dibawa mendekati tanah suci, sehampir lemparan batu. Kemudian Rasulullah bersabda: “Jika aku di sana akan aku tunjukkan kuburnya berhampiran Bukit Pasir Merah.”

[ Sahih: Hadis dari Abu Hurairah , dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim, al-Nasa’i ]

Golongan anti hadis selalu kehairanan apabila membaca hadis ini... kerana tidak logik ... sebenarnya persoalan mereka dapat dijawap dengan ilmu dan logik

hadis ini adalah hanya sebagaimana yang tertera di atas... maka jika mereka berlogik maka kita jugak mampu berlogik dengan ilmu

- bagaimana nabi musa mampu menampar malaikat

hal ini dapat dijawap dengan membaca surah Hud ayat 77 sampai 81

Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut dia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: “Ini adalah hari yang amat mencemaskan.” Dan kaumnyapun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: “Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal?”

Mereka menjawab: “Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki.” Nabi Lut berkata: “Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu).”

(Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata): “Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?”

... dalam ayat ini dinyatakan malaikat mampu menyerupai orang [ manusia ]

maka jawapan kita dalam hal ini adalah perjumpaan antara nabi musa dan malaikat maut berlaku apabila malaikat itu menyerupai manusia sehingga mampu ditampar

- apakah nabi musa tidak tau yang datang itu malaikat?

tidak ada perkara yg diketahui oleh para nabi kecuali ada wahyu dari Allah.... surah al-An'aam ayat 50

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku

maka dalam hal ini kedatangan malaikat itu adalah tanpa nabi musa diwahyukan terlebih dahulu tentang kedatangan malaikat itu

Wednesday, August 22, 2012

Ilmu Azbabun Nuzul

Menurut Imam Jalaluddin as-Sayuthi, jika diteliti terdapat dua cara pendekatan Al-Quran iaitu

1. Pendekatan yang Tidak Didahului dengan Pertanyaan.

Pendekatan ini boleh dilihat dalam ayat-ayat Al-Quran yang mengandungi perintah secara langsung dan larangan kepada kaum mukminin. Biasanya pendekatan ini menggunakan ayat-ayat Al-Quran yang didahului dengan ayat seperti :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا

"Wahai orang-orang yang beriman ..."

Contohnya firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah merosakkan pahala sedekah kamu dengan perkataan mengungkit-ngungkit dan (kelakuan yang) menyakiti ..." [ Al-Baqarah: 2/264 ]

Pendekatan yang tidak didahului dengan pertanyaan ini adalah wajib dipatuhi dan dilaksanakan manakala larangan-larangannya hendaklah dijauhi

2. Pendekatan sebagai jawapan terhadap pertanyaan yang diajukan kepada Nabi SAW.

a. Pertanyaan kaum muslimin yang ditujukan kepada Nabi SAW mengenai perkara-perkara yang belum ada ketetapan daripada Allah SWT ataupun sebagai penjelasan yang lebih lanjut terhadap sesuatu ketetapan yang masih memerlukan penjelasan. Contoh ayat seperti ini adalah seperti berikut:

Maksudnya:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ ﴿ البقرة: ١٨٦﴾

"Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahku) dan hendaklah mereka beriman kepadaku supaya mereka menjadi baik serta betul." [ al-Baqarah: 2/186 ]

Pertanyaan-pertanyaan yang diajukan mengandungi perlawanan dan penentangan seperti:

1. Masalah kiamat, terdapat dalam Surah al-A’raf ayat 187, al-Ahzab ayat 163 dan seluruh Surah al-Naziat.

2. Masalah roh, terdapat dalam Surah Al-Isra’ ayat 85.

3. Masalah kejadian masa lampau, terdapat dalam Surah al-Kahfi ayat 83.

Dengan gambaran yang telah disebutkan, jelaslah menunjukkan bahawa ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan mempunyai latar belakang dan peristiwa yang berbeza-beza.

Oleh itu, untuk lebih memahami isi kandungan Al-Quran, kita perlu mengetahui latar belakang sebab penurunannya atau dikenali sebagai "asbabulnuzul". Dengan mengetahui asbabul nuzul ayat-ayat Al-Quran kita akan lebih memahami erti dan makna ayat tersebut. Dengan demikian, hilanglah keraguan dalam mentafsirkan ayat-ayat tersebut.

Kaedah bahasa Arab menggariskan kata "Asbab al-Nuzul" [ أَسْبَابُ النُّزُولِ ] terdiri daripada dua suku kata iaitu "Asbab" [ أَسْبَابٌ ] dan "an-Nuzul" [ النُّزُولُ ]. Kata "Asbab" ialah kata jama' daripada kata "sabab" [ سَبَبٌ ] yang bererti "sebab". Sementara kata "Nuzul" pula adalah kata terbitan atau "mashdar" [ مَصْدَرٌ ] daripada kata kerja atau "fi'il" [ فِعْلٌ ] "nazala" [ نَزَلَ ] yang bererti "telah turun". Oleh itu, frasa "Asbab al-Nuzul" bererti "sebab-sebab turun" yang bermaksud sebab-sebab turunnya ayat-ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagai utusan Allah SWT.

Dari sudut istilah pula, para mufassirin mendefinisikan "Asbab al-Nuzul" sebagai "apa-apa yang menyebabkan penurunan sesuatu ayat atau beberapa ayat atau pemberian jawapan terhadap sebabnya ataupun menerangkan hukumnya pada masa berlakunya peristiwa itu."

Tuesday, July 24, 2012

Menjawap persoalan golongan anti hadis bahawa terdapatnya banyak sunnah nabi yang menyamai agama kristian dan yahudi

Perkara terdapatnya persamaan sunnah nabi dengan agama lain bukan lah sesuatu yang menghairankan... ini kerana asal agama ini sememangya dari Allah iaitu agama samawi... selain dari tiga agama ini terdapat pecahan beberapa agama lain seperti buddha yg sebenarnya berasal dari 3 agama utama ini........

malah persamaan antara agama islam ini dengan agama kristian dan yahudi bukan sahaja terdapat dalam sunnah nabi tetapi al-quran...

jadi apakah golongan anti hadis akan menolak segala isi al-quran hanya kerana terdapat persamaan dengan yahudi dan kristian???

misalnya :

1. Bahtera Nabi Nuh adalah sebuah kapal yang dibangun atas perintah Tuhan untuk menyelamatkan Nabi Nuh a.s., keluarga yang beriman, kaumnya yang beriman dan kumpulan binatang yang ada di seluruh dunia dari air bah. Kisah ini terdapat dalam Kitab Kejadian dalam Perjanjian Lama dan Al-Quran.

Dalam Alquran, kisah Nabi Nuh AS dibahas dalam beberapa surah, di antaranya surah Al-Ankabut [29]: 14-15, Nuh [71]: 1-28, Al-Mu'minun [23]: 23-41, Huud [11]: 25-46, Asy-Syuara [26]: 105-122, Al-A'raf [7]: 59-69, dan Yunus [10] : 71-74.

Sementara itu, dalam Bible (Injil), kisah serupa juga terdapat dalam Genesis 6:15, 7:4-7, 8:3-4, dan 8:29. Begitu pula, dalam Mitologi Sumeria, Mitologi Akkadia, Mitologi Babilonia, serta Kebudayaan India, Wales, Lithuania, dan Cina.

2. Kisah Nabi Musa membelah Laut Merah untuk menyelamatkan kaumnya dari kezaliman Firaun (dikatakan Ramses II) bukan saja dicatatkan di dalam Al-Qur'an bahkan ada disebut di dalam Taurat orang Yahudi dan Perjanjian Lama (Old Testament) orang Kristian.

"Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan." [Al-Baqarah:50]

Peristiwa Musa membelah Laut Merah untuk Bani Israel mungkin adalah keajaiban paling spektakuler yang dijelaskan dalam Perjanjian Lama.

Dalam Kitab Keluaran di Kitab Perjanjian Lama, dikisahkan Nabi Musa dan bangsa Israel terjebak di antara pasukan Mesir yang terus mendekat, dan di tepian laut yang

diyakini adalah Laut Merah sepanjang malam angin timur berembus kencang yang kemudian membelah laut untuk menciptakan sebuah jalan dengan dinding laut di kedua sisinya.
Melalui jalan inilah, bangsa Israel mencapai sisi lain Laut Merah. Namun, ketika pasukan berkuda Firaun mengejar, air laut kembali menyatu dan menenggelamkan seluruh pasukan Mesir.


3. Dalam agama Buddha, mungkin pernah terdengar lafaz seperti ini “NAMO AMITTABHA” yang selalu dibaca oleh penganut agama Budhha. lafaz adalah dari bahasa Sanskrit yang membawa maksud “NAMO = Puji, AMITT= Ahmad, ABHA= akhir” iaitu membawa maksud “selawat kepada Ahmad (Muhammad) rasul terakhir”.


INILAH SEBAHAGIAN PEMBUKTIAN MEMANG BENAR TERDAPAT PERSAMAAN ANTARA AGAMA ISLAM DAN AGAMA2 LAIN...

JADI JIKA IA ADA PERSAMAAN DENGAN AL-QURAN DAN SUNNAH NABI IA SEMEMANGNYA BENDA YANG BENAR DARI ALLAH...





Monday, July 16, 2012

Penjelasan Tentang Masalah Larangan Pembukuan al-Hadis - Sebab-sebab Dilarang Penulisan Hadis Pada Sebilangan Keadaan dan Dibenarkan Pada Keadaan Lain

Di antara alasan yang banyak digunakan oleh golongan anti-hadis untuk menolak hadis-hadis Rasulullah adalah larangan Rasulullah sendiri daripada menulis ucapan-ucapan Baginda. Hadis berikut telah mereka salahertikan untuk menyokong pegangan mereka yang serong, bahawa Islam itu memang tidak perlu kepada al-Hadis dan ia cuma wujud beberapa ratus tahun setelah perkembangan Islam. Mereka telah berhujjahkan hadis berikut:

عن أبي سعيد الخدري أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لا تكتبوا عني ومن كتب عني غير القرآن فليمحه وحدثوا عني ولا حرج ومن كذب علي قال همام أحسبه قال متعمدا فليتبوأ مقعده من النار

Daripada Abi Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda: "Janganlah kalian menulis daripadaku, dan sesiapa yang menulis daripadaku selain dari al-Qur'an, maka hendaklah dia memadamkannya. Dan khabarkanlah daripadaku, tidak ada salahnya dan barangsiapa yang berdusta di atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia menampah tempatnya daripada neraka".

Riwayat-riwayat Penjelasan - Rasulullah Membenarkan Penulisan al-Hadis pada Sebilangan Keadaan

Golongan anti-hadis tidak pula meneliti hadis-hadis lain yang menjadi penjelasan kepada larangan yang terkandung dalam hadis di atas. Ada hadis-hadis di mana Rasulullah membenarkan perkataan Baginda selain daripada al-Qur'an untuk dituliskan dan dipelihara. Berikut kami kemukakan riwayat-riwayatnya:

1. Hadis "tulislah untuk Abu Syah".

عن أبو هريرة قال لما فتحت مكة قام النبي صلى الله عليه وسلم فذكر الخطبة خطبة النبي صلى الله عليه وسلم قال فقام رجل من أهلاليمن يقال له أبو شاه فقال يا رسول الله اكتبوا لي فقال اكتبوا لأبي شاه

Daripada Abu Hurairah katanya: "Apabila dibuka Kota Mekah, Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم berdiri. Maka beliau menyebutkan khutbah, iaitu khutbah Nabi. Katanya (Abu Hurairah): "Maka setelah itu bangunlah seorang lelaki daripada penduduk Yaman bernama Abu Syaah dan beliau berkata: "Wahai Rasulullah, izinkanlah mereka menulis bagi diriku". Maka Rasulullah bersabda: "Tulislah kalian untuk Abu Syaah".

Penjelasan: Imam al-Mubaarakfuri rah. telah menulis bahawa lafaz di dalam hadis di atas "tulislah untuk si Abu Syah" adalah dalil yang jelas kepada dibenarkannya penulisan hadis.

al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rah. menulis: "Dan apa yang dapat difahami daripada hadis ini adalah Rasulullah membenarkan penulisan hadis-hadis dan ia bercanggahan dengan hadis Abu Sa'id al-Khudri (yang kami kemukakan di atas, yang melarang pembukuan hadis). Dan himpunan daripada kedua-duanya :

i. Larangan tersebut terkhusus pada waktu turunnya al-Qur'an kerana bimbang berlakunya " iltibaas " [ إِلْتِبَاسٌ ] ( kesamaran ) dan " ikhtilaath " [ إِخْتِلَاطٌ ] ( percampuran ) di antara al-Qura'an dan perkataan Rasulullah yang biasa dan keizinan itu pula pada waktu selainnya. Yakni dibenarkan menulis hadis-hadis pada waktu selainnya.

ii. Larangan tersebut khusus kepada menulis sesuatu selain dari al-Qur'an ( hadis ) bersama al-Qur'an di dalam satu tempat yang sama dan keizinan itu pula berlaku sekiranya penulisan itu dibezakan / dipisahkan / diasingkan. Yakni, apabila penulisan di lakukan pada dua tempat yang berbeza, maka telah berlakunya " tafriiq " [ تَفْرِيقٌ ] atau " pemisahan ", maka tidak ada sebab lagi untuk dilarangnya penulisan hadis.

iii. Larangan tersebut telah terdahulu, kemudian ia telah di " nasakh " [ نَسَخٌ ] atau "dihapuskan" atau "digantikan" oleh keizinan. Yakni, pada permulaannya dilarang, setelahnya dibenarkan.

iv. Dikatakan juga, larangan ini terkhusus kepada mereka yang ditakuti terlalu bergantung harap kepada penulisan, dan tidak penghafalan. Sedangkan keizinan menulis hadis itu pula kepada sesiapa yang tidak begitu. Yakni dibenarkan menulis hadis-hadis bagi mereka yang banyak terlibat dalam penghafalan dan diketahui pula kuat pula ingatannya.

2. Keizinan Rasulullah kepada 'Abdullah Ibn 'Amru Ibn al-'As untuk menulis hadis.

قال عبد الله بن عمرو : يا رسول الله، إني أسمع منك أشياء أخاف أن أنساها، فتأذن لي أن أكتبها؟ قال : اكتبها. وفي رواية آخر : إني أسمع منك أشياء أفأكتبها؟ قال : نعم. قلت : في الغضب والرضى؟ قال : نعم، فإني لا أقول فيهما إلا حقاً.

Berkata 'Abdullah Ibn 'Amru : "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mendengar daripada engkau perkara-perkara yagn aku takuti akan melupakannya, maka bolehkan engkau mengizinkanku menulisnya?" Jawab Rasulullah: "Tulislah". Di dalam satu riwayat yang lain, "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku mendengar daripada engkau perkara-perkara ( yang berkaitan dengan agama ), apakah boleh aku menulisnya?" Jawab Rasulullah: "Ya". Aku bertanya lagi: "Walaupun di dalam keadaan engkau marah dan gembira?". Jawab Baginda: "Ya, maka sesungguhnya aku tidak mengatakan di dalam kedua-dua keadaan itu melainkan apa yang benar".

Penjelasan: Bererti, Rasulullah tidak ada sesuatu pun yang dikatakan Rasulullah sama ada dalam keadaan Baginda gembira atau marah sekalipun melainkan kebenaran.

قال عبدالله بن عمرو: كنتُ أكتب كلَّ شيءٍ أسمعه من رسول الله -صلى الله عليه وسلم أريد حفظه، فنهتني قريش فقالوا: إنّك تكتب كلَّ شيءٍ تسمعه من رسول الله صلى الله عليه وسلم ورسول الله بشرٌ يتكلم في الغضب والرضى فأمسكت عن الكتاب، فذكرت ذلك لرسول الله -صلى الله عليه وسلم- فقال: اكتب، فوالذي نفسي بيده ما خرج منّي إلا حق.

'Abdullah Ibn 'Amru menceritakan: "Aku telah menulis apa sahaja yang aku dengar daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم , aku berkeinginan memeliharanya, maka kaum Quraisy telah melarangku dengan berkata: "Sesungguhnya engkau menulis apa sahaja yang engkau dengar daripada Rasulullah sedangkan Baginda juga seorang manusia biasa yang berbicara ketika marah dan gembira". Maka aku menahan diriku daripada menulis, lalu aku menceritakan perkara ini kepada Rasulullah. Baginda bersabda: "Tulislah, maka demi Dia yang jiwaku berada dalam tangannya, tidaklah keluar daripada diriku (lisanku) kecuali kebenaran jua".

Dan sesungguhnya riwayat-riwayat ini jelas menunjukkan bagaimana ada sebilangan sahabat-sahabat tertentu yang diberi keizinan oleh Rasulullah untuk mencatat setiap apa yang mereka dengar daripada perkataan Baginda, yakni hadis-hadis.

3. Riwayat-riwayat lain yang menjelaskan kebenaran Rasulullah untuk menulis hadis-hadis.

عن أبي هريرة قال كان رجل من الأنصار يجلس إلى النبي صلى الله عليه وسلم فيسمع من النبي صلى الله عليه وسلم الحديث فيعجبه ولا يحفظه فشكا ذلك إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا رسول الله إني أسمع منك الحديث فيعجبني ولا أحفظه فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم استعن بيمينك وأومأ بيده للخط.

Daripada Abu Hurairah, katanya: "Ada seorang lelaki daripada kaum Anshar duduk kepada Nabi صلى الله عليه وسلم maka beliau mendengarkan hadis, maka ia menyukakan dirinya, namun dia tidak mampu menghafalnya. Maka beliau mengadukan perkara itu kepada Nabi. Baginda bersabda: "Wahai Rasulullah, sesungguh aku mendengar daripada engkau akan hadis, maka hadis itu menyebabkan aku merasa suka, dan tidaklah aku mampu menghafalnya". Maka bersabda Rasulullah: "Mintalah bantuan daripada tangan kananmu", dan dia memberi isyarat dengan tangannya untuk menulis.

Kesimpulan Tentang Sebab-sebab Mengapa Dilarangnya Penulisan Hadis

Sekiranya kita memerhatikan semua riwayat di atas, maka kesimpulan yang dapat diambil adalah penulisan hadis-hadis Rasulullah tidak dilarang secara mutlaq, ianya hanya dilarang kerana Rasulullah melihat kepada beberapa sebab yang mendatangkan mudharat, namun setelah waktu berlalu dan sebab-sebab tersebut tidak wujud lagi, Baginda kembali membenarkannya. Kami telah mengemukakan sebab-sebab yang dimaksudkan itu di atas, pada penjelasan al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani tentang hadis "Tulislah untuk Abu Syah".

Satu sebab lain yang harus ditegaskan, di zaman Rasulullah, tidak wujud satu keperluan yang mendesak supaya hadis-hadis segera ditulis, kerana hadis telah pun menjalani proses pemeliharaan [ الحِفْظُ ], dipelihara dengan cara penghafalan, pemeliharaan dalam dada atau " al-dhabtu bis shadri " [ الضَّبْطُ بِالصَّدْرِ ]. Maka, belum diperlukan lagi pemeliharaan dalam bentuk penulisan, " al-kitaabah " [ الكِتَابَةُ ] atau " at-tadwiin " [ التَّدْوِيْنُ ].

Sikap Golongan Anti-Hadis dalam Memahami Hadis Larangan Terhadap Penulisan al-Hadis

Di dalam hal ini, merujuk kepada sikap golongan anti-hadis, kita dapat memerhatikan 2 perkara:

1. Mereka menggunakan "hadis" ini dan sikap mereka ini sesuatu yang aneh, kerana pada persoalan-persoalan lain, tidak pula mereka menggunakan hadis-hadis. Ini kerana seperti mana yang dapat difahami, golongan anti-hadis menolak al-Hadis dan menerima al-Quran sahaja. Tiba-tiba, hanya pada permasalahan larangan pembukuan hadis ini, sebilangan mereka pula menggunakannya sebagai pegangan. Dari ini, nampak jelas betapa jahat dan kejinya kemunafikan mereka, mereka hanya mempermain-mainkan ajaran Islam dan seperti mana sikap orang-orang Kristian yang membenci Islam, mereka mempergunakan sebilangan perkara yang menjadi kekeliruan pada ajaran Islam untuk menentang Islam sendiri.

2. Mereka hanya melihat kepada hadis yang satu ini, kemudian terus sahaja menimbulkan kesimpulan bahawa hadis-hadis Rasulullah tidak pernah wujud kerana Baginda telah terlebih dulu melarang penulisan hadis. Mereka tidak meneliti dulu hadis-hadis lain di mana Rasulullah membenarkan pula penulisan hadis untuk dilakukan, dan mereka tidak pula melihat kepada bagaimana cara hadis-hadis dipelihara di zaman Rasulullah. Seperti mana yang kami jelaskan di atas, walaupun hadis-hadis tidak dipelihara dengan cara pembukuan, namun ia telah dipelihara dengan begitu bersungguh-sungguh sekali oleh para sahabat Nabi dengan cara penghafalan atau pemeliharaan dalam dada.

Monday, July 9, 2012

Dalil Solat 5 waktu

Posting ini akan memberi bukti jelas bahawa di dalam al-quran sendiri memang terdapat nas yang mengatakan solat adalah lima waktu....


"Hendaklah kamu menjaga solat-solat (solawaat) dan solat wustha (yang ditengah)".
[ al-baqarah 238 ]

Seterusnya kita mengkaji satu ayat lain

"Dirikanlah sembahyang pada waktu dua tepian siang (tarafayin-nahar) dan sebahagian daripada awal (zulafan atau zulafun) malam,...." [ hud 114 ]

kita kaji ayat di atas berpandukan bahasa arab.....

Perhatikan pada ayat pertama, perkataan yang digunakan adalah "solawaat" iaitu perkataan jamak kepada solat. Dalam tertib bahasa Arab, perkataan solat adalah mufradah (singular), solatan (dual) manakala solawaat pula adalah dalam bentuk (plural) jamak mu'annas. Maka tidak mungkin ayat pertama tadi (solawat) merujuk kepada 2 sembahyang, tetapi mestilah 3 atau lebih.

Ada pun perkataan 'wustha' merujuk kepada sesuatu yang berada "di antara" atau "ditengah". Maka, perkataan 'solawat' yang dirujukkan di sini patutlah merujuk kepada bilangan genap, iaitu 4 atau lebih, supaya 'solat wustha' boleh betul-betul berada 'di tengah-tengah/ di antara' secara saksama (unbiased).

Apabila kita cantumkan faham ayat ini dengan ayat yang kedua, ternyata sekali yang dimaksudkan di sini adalah LIMA.

Perkataan pertama (tarafayin -lit: 2 tepian) secara jelas merujuk kepada dua (kebanyakan terjemahan pun telah menterjemahkan sebegini). Mengikut para pentafsir, yang dimaksudkan di sini ialah solat Subuh dan solat Dzuhur. Begitu juga perkataan zulafan adalah perkataan yang bersifat plural (jamak) terhadap perkataan 'zulfatun' yang membawa maksud 'yang mendekati' atau 'menghampiri'. Oleh kerana ia berbentuk jamak, tentulah ia berbilang tiga atau lebih. Menurut para mufassirin, waktu-waktu tersebut ialah 'Asr, Maghrib dan 'Isyak, iaitu waktu-waktu yang jelas berkaitan dengan malam.


manakala cara solat itu dilakukan adalah berpandukan sunnah nabi.. ia adalah selari dengan satu hadis nabi....

Telah mencerikan kepada kami Muhammad Bin Al Mutsanna berkata, telah menceritakan kepada kami Abdul Wahhab berkata, telah menceritakan kepada kami Ayyub dari Abu Qilabah berkata, telan menceritakan kepada kami Malik berkata, Nabi bersada

"...... Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.... " [ Sahih Bukhari no 595 kitab Azan ]

Sunday, July 8, 2012

Lahwal Hadis

Firman Allah (bermaksud); “Dan ada di antara manusia orang yang membeli Lahwal-Hadith untuk menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah tanpa sebarang ilmu/pengetahuan dan ia menjadikan ayat-ayat Allah sebagai bahan ejekan. Mereka itu bagi mereka azab yang menghinakan”. (Surah Luqman, ayat 6).


Golongan anti hadis metafsirkan lahwal hadis dalam ayat ini sebagai hadis nabi yg sememangnya diwahyukan oleh Allah....

tetapi apabila diminta dalil untuk membuktikan hal ini mereka gagal sama sekali...

memang benar tiada satu ayat al-quran pun yang menerangkan definasi lahwal hadis ini...

jadi apakah itu lahwal hadis??

di sini la salah satu kegunaan hadis nabi dan athar sahabat dibuktikan....



1) Abdullah bin Abbas radhiallahu 'anhuma berkata:

نزلت في الغناء وأشباهه

"Turunnya ayat ini berkenaan nyanian dan yang serupa dengannya."(Dikeluarkan oleh Al-Bukhari dalam Adabul Mufrad no:1265, Ibnu Abi Syaibah 6/310, Ibnu Jarir dalam Tafsirnya 40/21, Ibnu Abid Dunya dalam Dzammul Malahi dan Al-Baihaqi dalam As-Sunan 10/221 dan 223)


(2) Abdullah bin Mas'ud radhiallahu 'anhuma berkata:

هو الغناء والذي لا إله إلا هو

"Ia adalah nyanyian, demi Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia." (Beliau mengulangkannya sebanyak 3 kali. Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Ibnu Jarir, Ibnu Abid Dunya dan Al-Hakim 2/411, Al-Baihaqi dalam Syu'abul Iman 4/278/5096, Ibnu Jauzi dalam Talbis Iblis ms. 246. Al-Hakim berkata: Sanadnya sahih)

(3) Ikrimah (Beliau merupakan Tabi'in pertengahan pada Tabaqat yang ke-3 nama beliau adalah Ja'far bin Abi Tsaur):

قال شعيب بن يسار : سألت عكرمة عن ( لهو الحديث ) ؟ قال : هو الغناء

Syuaib bin Yassar berkata: Aku pernah bertanya kepada Ikrimah tentang (Lahwal Hadis)? Beliau menjawab: "Ia adalah nyanyian." (Dikeluarkan oleh Al-Bukhari dalam Tarikh 2/2/217, Ibnu Jarir, Ibnu Syaibah, Ibnu Abid Dunya dan lafaz ini darinya)

(4) Mujahid (wafat 104 Hijrah) berkata:

اللهو: الطبل

"Al-Lahwu adalah gendang." (Riwayat Ibnu Jarir dari jalan Ibnu Juraij, beliau mendengar Mujahid berkata seperti di atas)

(5) Hasan Al-Basri (wafat 110 Hijrah) berkata:

نزلت هذه الآية ( ومن الناس . . ) إلخ في الغناء والمزامير

"Turunnya ayat ini (Dan diantara manusia...) hingga akhir ayat adalah berkenaan nyanyian dan seruling." (As-Suyuti menyebutkan atsar ini dalam Ad-Durrul Mantsur 5/159 dan menyandarkan kepada riwayat Ibnu Abi Hatim)

jadi jelas la kepada kita apa yang dimaksudkan dengan lahwal hadis adalah perkara2 yang melalaikan kita dari mengingati Allah....