Firman Allah (bermaksud); “Dan ada di antara manusia orang yang membeli Lahwal-Hadith untuk menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah tanpa sebarang ilmu/pengetahuan dan ia menjadikan ayat-ayat Allah sebagai bahan ejekan. Mereka itu bagi mereka azab yang menghinakan”. (Surah Luqman, ayat 6).
Golongan anti hadis metafsirkan lahwal hadis dalam ayat ini sebagai hadis nabi yg sememangnya diwahyukan oleh Allah....
tetapi apabila diminta dalil untuk membuktikan hal ini mereka gagal sama sekali...
memang benar tiada satu ayat al-quran pun yang menerangkan definasi lahwal hadis ini...
jadi apakah itu lahwal hadis??
di sini la salah satu kegunaan hadis nabi dan athar sahabat dibuktikan....
1) Abdullah bin Abbas radhiallahu 'anhuma berkata:
نزلت في الغناء وأشباهه
"Turunnya ayat ini berkenaan nyanian dan yang serupa dengannya."(Dikeluarkan oleh Al-Bukhari dalam Adabul Mufrad no:1265, Ibnu Abi Syaibah 6/310, Ibnu Jarir dalam Tafsirnya 40/21, Ibnu Abid Dunya dalam Dzammul Malahi dan Al-Baihaqi dalam As-Sunan 10/221 dan 223)
(2) Abdullah bin Mas'ud radhiallahu 'anhuma berkata:
هو الغناء والذي لا إله إلا هو
"Ia adalah nyanyian, demi Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia." (Beliau mengulangkannya sebanyak 3 kali. Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Ibnu Jarir, Ibnu Abid Dunya dan Al-Hakim 2/411, Al-Baihaqi dalam Syu'abul Iman 4/278/5096, Ibnu Jauzi dalam Talbis Iblis ms. 246. Al-Hakim berkata: Sanadnya sahih)
(3) Ikrimah (Beliau merupakan Tabi'in pertengahan pada Tabaqat yang ke-3 nama beliau adalah Ja'far bin Abi Tsaur):
قال شعيب بن يسار : سألت عكرمة عن ( لهو الحديث ) ؟ قال : هو الغناء
Syuaib bin Yassar berkata: Aku pernah bertanya kepada Ikrimah tentang (Lahwal Hadis)? Beliau menjawab: "Ia adalah nyanyian." (Dikeluarkan oleh Al-Bukhari dalam Tarikh 2/2/217, Ibnu Jarir, Ibnu Syaibah, Ibnu Abid Dunya dan lafaz ini darinya)
(4) Mujahid (wafat 104 Hijrah) berkata:
اللهو: الطبل
"Al-Lahwu adalah gendang." (Riwayat Ibnu Jarir dari jalan Ibnu Juraij, beliau mendengar Mujahid berkata seperti di atas)
(5) Hasan Al-Basri (wafat 110 Hijrah) berkata:
نزلت هذه الآية ( ومن الناس . . ) إلخ في الغناء والمزامير
"Turunnya ayat ini (Dan diantara manusia...) hingga akhir ayat adalah berkenaan nyanyian dan seruling." (As-Suyuti menyebutkan atsar ini dalam Ad-Durrul Mantsur 5/159 dan menyandarkan kepada riwayat Ibnu Abi Hatim)
jadi jelas la kepada kita apa yang dimaksudkan dengan lahwal hadis adalah perkara2 yang melalaikan kita dari mengingati Allah....
Mempertahankan maruah, kesucian dan kemuliaan ajaran Islam dan akidah Islam yang suci murni dari serangan fahaman Anti-Sunnah atau Anti-Hadis. Mempertegaskan bantahan terhadap orang-orang yang mempermain-mainkan Kitab Allah dengan membawa tafsiran-tafsiran yang salah tanpa berhujjahkan pengetahuan yang kukuh semata-mata untuk menyokong kesesatan yang dibawa oleh prinsip akal mereka yang tidak berdisiplin serta kecenderungan untuk menuruti hawa nafsu di dalam memahami ayat-ayat Allah.
Selamat Datang
Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].
Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].
No comments:
Post a Comment