Dalam bahagian ini beberapa persoalan mudah yg selalu ditimbulkan oleh golongan anti hadis berkaitan isu di atas akan dijawap.....
1. Peritiwa Isra'
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [ al-Israa'; 17:1 ]
Golongan anti hadis mengatakan hamba dalam ayat ini adalah nabi musa setelah mereka membaca ayat ke 2 surah yg sama....
maka jawapan saya....
jika anda ingin menyambung sehingga ayat ke 2 seharusnya ia disambung sampai ayat yang ke 9 surah yg sama....
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.
ia menjelaskan al-Quran sebagai bimbingan ke jalan paling lurus, oleh krn al-Quran diturunkan melalui Nabi Muhammad maka "abdi" pada ayat Q17:1 dpt difahami adalah Nabi Muhammad...
2. Peristiwa Mi'raj
Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).
Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, -
Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, -
Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);
Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,
Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;
Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.
Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?
Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,
Di sisi “Sidratul-Muntaha”;
Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.
(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa ” Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.
Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.
Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya. [ an-najm; 53: 2-18 ]
golongan anti hadis mengatakan juga nabi dalam ayat ini adalah nabi musa... sebahagian besar hujah mereka berpandukan 4:163-164 Allah bercakap hanya dengan Nabi Musa sahaja.
maka jawapan saya.....
a )
Ayat dalam surah an-najm itu perlu dibaca sehingga ayat Q53:22 dimana pada ayat Q53:19 menyatakan tentang "al-Lata dan al-Uzza" berhala yg disembah oleh orang2 Arab pd zaman Nabi Muhammad. Pada zaman Nabi Musa tidak ada berhala bernama al-Lata dan al-Uzza...
b )
surah an-najm menerangkan pertemuan nabi dengan malaikat manakala 4:163-164 Allah bercakap dengan Nabi Musa.
bagaimana anda mengaitkan surah an-najm dengan 4:163-164???
3.
Golongan anti hadis mengatakan tawar menawar yg berlaku antara nabi muhammad dan Allah sehingga solat menjadi lima rakaat merendahkan martabat Allah....
jawapan saya
apa yang berlaku itu saya kategorikan sebagai diolag dengan Allah dan para hambanya.... perkara ini adalah sesuatu yang biasa....
kerana para malaikat pun selalu berdialog dgn Allah... misalnya
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. [ al-baqarah, 2:30 ]
4.
untuk jawapan ini penerangan oleh saudara tok janggut dari BDN akan digunakan...
.........................
Golongan anti hadis yang menolak sepenuhnya peristiwa agung ini mengatakan bahawa
mustahil nabi muhammad akan ber Isra' ke baitulmaqdis kerana ianya hanya dibina ketika pemerintahan khalifah omar....
Jawapan :
ketahuilah bahawa....
masjid al-aqsa dalam ayat di atas diertikan sebagai masjid yang jauh bukan beerti masjid yg kita npk sebiji ada sekarang ini..
lebih tetap diertikan seluruh kawasan baitulmaqdis di palestin tersebut dikenali sebagai masjid al-aqsa.... pada waktu nabi hijrah......
masjid yg kita nmpk sebiji itu dinamakan sebagai masjid al-aqsa sempena peristiwa agung ini............
Terletaknya aqsa syarif (kawasan masjid al aqsa) sudah ada sejak zaman nabi2 terdahulu lagi. Macam juga mekah pada kita sudah sedia ada sebelum ada nabi muhammad saw.
Cuma pembinaan masjid dalam bentuknya yang gah berlaku pada zaman umar al khatab r.a setelah ia di perintah oleh Islam. (sebelum itu di duduki oleh orang Yahudi dan nasrani).......
kawasan jerusalem/baitulmaqdis ni dah wujud masa zaman Nabi Daud lagi......
Kita kena faham satu perkara, pada isra' dan mikraj, 6 CE - 638 CE, Jerusalem adalah di bawah kekuasaan orang Kristian (empayar rom). Dengan erti kata lain sudah terdapat bangunan2 di situ di mana tempat nabi Isa a.s berdakwah kepada kaumnya.
Masjid bermaksud tempat sujud dan kesucian tanah jerusalem dan Palestin menjadikan Jerusalem sebagai salah satu tempat sujud yang utama bagi umat Islam dan juga kiblat kita yang pertama.....
Bangunan berupa masjid seperti yang dilihat sekrang memang tidak wujud kerana ia hanyalah bangunan yang didirikan pada zaman khalifah umar al khatab. Tetapi tapak nya telah ujud sejak dahulu lagi malah sebelum kedatangan Islam lagi.......
lain2 jawapan terhadapa persoalan anti hadis boleh di baca di web saudara hafiz firdaus....
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah/risalah08.html
Mempertahankan maruah, kesucian dan kemuliaan ajaran Islam dan akidah Islam yang suci murni dari serangan fahaman Anti-Sunnah atau Anti-Hadis. Mempertegaskan bantahan terhadap orang-orang yang mempermain-mainkan Kitab Allah dengan membawa tafsiran-tafsiran yang salah tanpa berhujjahkan pengetahuan yang kukuh semata-mata untuk menyokong kesesatan yang dibawa oleh prinsip akal mereka yang tidak berdisiplin serta kecenderungan untuk menuruti hawa nafsu di dalam memahami ayat-ayat Allah.
Selamat Datang
Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].
Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].
No comments:
Post a Comment