عن أبي سعيد الخدري أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لا تكتبوا عني ومن كتب عني غير القرآن فليمحه وحدثوا عني ولا حرج ومن كذب علي قال همام أحسبه قال متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
Daripada Abi Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda: "Janganlah kalian menulis daripadaku, dan sesiapa yang menulis daripadaku selain dari al-Qur'an, maka hendaklah dia memadamkannya. Dan khabarkanlah daripadaku, tidak ada salahnya dan barangsiapa yang berdusta di atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia menampah tempatnya daripada neraka".
Riwayat-riwayat Penjelasan - Rasulullah Membenarkan Penulisan al-Hadis pada Sebilangan Keadaan
Golongan anti-hadis tidak pula meneliti hadis-hadis lain yang menjadi penjelasan kepada larangan yang terkandung dalam hadis di atas. Ada hadis-hadis di mana Rasulullah membenarkan perkataan Baginda selain daripada al-Qur'an untuk dituliskan dan dipelihara. Berikut kami kemukakan riwayat-riwayatnya:
1. Hadis "tulislah untuk Abu Syah".
عن أبو هريرة قال لما فتحت مكة قام النبي صلى الله عليه وسلم فذكر الخطبة خطبة النبي صلى الله عليه وسلم قال فقام رجل من أهلاليمن يقال له أبو شاه فقال يا رسول الله اكتبوا لي فقال اكتبوا لأبي شاه
Daripada Abu Hurairah katanya: "Apabila dibuka Kota Mekah, Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم berdiri. Maka beliau menyebutkan khutbah, iaitu khutbah Nabi. Katanya (Abu Hurairah): "Maka setelah itu bangunlah seorang lelaki daripada penduduk Yaman bernama Abu Syaah dan beliau berkata: "Wahai Rasulullah, izinkanlah mereka menulis bagi diriku". Maka Rasulullah bersabda: "Tulislah kalian untuk Abu Syaah".
Penjelasan: Imam al-Mubaarakfuri rah. telah menulis bahawa lafaz di dalam hadis di atas "tulislah untuk si Abu Syah" adalah dalil yang jelas kepada dibenarkannya penulisan hadis.
al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rah. menulis: "Dan apa yang dapat difahami daripada hadis ini adalah Rasulullah membenarkan penulisan hadis-hadis dan ia bercanggahan dengan hadis Abu Sa'id al-Khudri (yang kami kemukakan di atas, yang melarang pembukuan hadis). Dan himpunan daripada kedua-duanya :
i. Larangan tersebut terkhusus pada waktu turunnya al-Qur'an kerana bimbang berlakunya " iltibaas " [ إِلْتِبَاسٌ ] ( kesamaran ) dan " ikhtilaath " [ إِخْتِلَاطٌ ] ( percampuran ) di antara al-Qura'an dan perkataan Rasulullah yang biasa dan keizinan itu pula pada waktu selainnya. Yakni dibenarkan menulis hadis-hadis pada waktu selainnya.
ii. Larangan tersebut khusus kepada menulis sesuatu selain dari al-Qur'an ( hadis ) bersama al-Qur'an di dalam satu tempat yang sama dan keizinan itu pula berlaku sekiranya penulisan itu dibezakan / dipisahkan / diasingkan. Yakni, apabila penulisan di lakukan pada dua tempat yang berbeza, maka telah berlakunya " tafriiq " [ تَفْرِيقٌ ] atau " pemisahan ", maka tidak ada sebab lagi untuk dilarangnya penulisan hadis.
iii. Larangan tersebut telah terdahulu, kemudian ia telah di " nasakh " [ نَسَخٌ ] atau "dihapuskan" atau "digantikan" oleh keizinan. Yakni, pada permulaannya dilarang, setelahnya dibenarkan.
iv. Dikatakan juga, larangan ini terkhusus kepada mereka yang ditakuti terlalu bergantung harap kepada penulisan, dan tidak penghafalan. Sedangkan keizinan menulis hadis itu pula kepada sesiapa yang tidak begitu. Yakni dibenarkan menulis hadis-hadis bagi mereka yang banyak terlibat dalam penghafalan dan diketahui pula kuat pula ingatannya.
2. Keizinan Rasulullah kepada 'Abdullah Ibn 'Amru Ibn al-'As untuk menulis hadis.
قال عبد الله بن عمرو : يا رسول الله، إني أسمع منك أشياء أخاف أن أنساها، فتأذن لي أن أكتبها؟ قال : اكتبها. وفي رواية آخر : إني أسمع منك أشياء أفأكتبها؟ قال : نعم. قلت : في الغضب والرضى؟ قال : نعم، فإني لا أقول فيهما إلا حقاً.
Berkata 'Abdullah Ibn 'Amru : "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mendengar daripada engkau perkara-perkara yagn aku takuti akan melupakannya, maka bolehkan engkau mengizinkanku menulisnya?" Jawab Rasulullah: "Tulislah". Di dalam satu riwayat yang lain, "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku mendengar daripada engkau perkara-perkara ( yang berkaitan dengan agama ), apakah boleh aku menulisnya?" Jawab Rasulullah: "Ya". Aku bertanya lagi: "Walaupun di dalam keadaan engkau marah dan gembira?". Jawab Baginda: "Ya, maka sesungguhnya aku tidak mengatakan di dalam kedua-dua keadaan itu melainkan apa yang benar".
Penjelasan: Bererti, Rasulullah tidak ada sesuatu pun yang dikatakan Rasulullah sama ada dalam keadaan Baginda gembira atau marah sekalipun melainkan kebenaran.
قال عبدالله بن عمرو: كنتُ أكتب كلَّ شيءٍ أسمعه من رسول الله -صلى الله عليه وسلم أريد حفظه، فنهتني قريش فقالوا: إنّك تكتب كلَّ شيءٍ تسمعه من رسول الله صلى الله عليه وسلم ورسول الله بشرٌ يتكلم في الغضب والرضى فأمسكت عن الكتاب، فذكرت ذلك لرسول الله -صلى الله عليه وسلم- فقال: اكتب، فوالذي نفسي بيده ما خرج منّي إلا حق.
'Abdullah Ibn 'Amru menceritakan: "Aku telah menulis apa sahaja yang aku dengar daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم , aku berkeinginan memeliharanya, maka kaum Quraisy telah melarangku dengan berkata: "Sesungguhnya engkau menulis apa sahaja yang engkau dengar daripada Rasulullah sedangkan Baginda juga seorang manusia biasa yang berbicara ketika marah dan gembira". Maka aku menahan diriku daripada menulis, lalu aku menceritakan perkara ini kepada Rasulullah. Baginda bersabda: "Tulislah, maka demi Dia yang jiwaku berada dalam tangannya, tidaklah keluar daripada diriku (lisanku) kecuali kebenaran jua".
Dan sesungguhnya riwayat-riwayat ini jelas menunjukkan bagaimana ada sebilangan sahabat-sahabat tertentu yang diberi keizinan oleh Rasulullah untuk mencatat setiap apa yang mereka dengar daripada perkataan Baginda, yakni hadis-hadis.
3. Riwayat-riwayat lain yang menjelaskan kebenaran Rasulullah untuk menulis hadis-hadis.
عن أبي هريرة قال كان رجل من الأنصار يجلس إلى النبي صلى الله عليه وسلم فيسمع من النبي صلى الله عليه وسلم الحديث فيعجبه ولا يحفظه فشكا ذلك إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا رسول الله إني أسمع منك الحديث فيعجبني ولا أحفظه فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم استعن بيمينك وأومأ بيده للخط.
Daripada Abu Hurairah, katanya: "Ada seorang lelaki daripada kaum Anshar duduk kepada Nabi صلى الله عليه وسلم maka beliau mendengarkan hadis, maka ia menyukakan dirinya, namun dia tidak mampu menghafalnya. Maka beliau mengadukan perkara itu kepada Nabi. Baginda bersabda: "Wahai Rasulullah, sesungguh aku mendengar daripada engkau akan hadis, maka hadis itu menyebabkan aku merasa suka, dan tidaklah aku mampu menghafalnya". Maka bersabda Rasulullah: "Mintalah bantuan daripada tangan kananmu", dan dia memberi isyarat dengan tangannya untuk menulis.
Kesimpulan Tentang Sebab-sebab Mengapa Dilarangnya Penulisan Hadis
Sekiranya kita memerhatikan semua riwayat di atas, maka kesimpulan yang dapat diambil adalah penulisan hadis-hadis Rasulullah tidak dilarang secara mutlaq, ianya hanya dilarang kerana Rasulullah melihat kepada beberapa sebab yang mendatangkan mudharat, namun setelah waktu berlalu dan sebab-sebab tersebut tidak wujud lagi, Baginda kembali membenarkannya. Kami telah mengemukakan sebab-sebab yang dimaksudkan itu di atas, pada penjelasan al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani tentang hadis "Tulislah untuk Abu Syah".
Satu sebab lain yang harus ditegaskan, di zaman Rasulullah, tidak wujud satu keperluan yang mendesak supaya hadis-hadis segera ditulis, kerana hadis telah pun menjalani proses pemeliharaan [ الحِفْظُ ], dipelihara dengan cara penghafalan, pemeliharaan dalam dada atau " al-dhabtu bis shadri " [ الضَّبْطُ بِالصَّدْرِ ]. Maka, belum diperlukan lagi pemeliharaan dalam bentuk penulisan, " al-kitaabah " [ الكِتَابَةُ ] atau " at-tadwiin " [ التَّدْوِيْنُ ].
Sikap Golongan Anti-Hadis dalam Memahami Hadis Larangan Terhadap Penulisan al-Hadis
Di dalam hal ini, merujuk kepada sikap golongan anti-hadis, kita dapat memerhatikan 2 perkara:
1. Mereka menggunakan "hadis" ini dan sikap mereka ini sesuatu yang aneh, kerana pada persoalan-persoalan lain, tidak pula mereka menggunakan hadis-hadis. Ini kerana seperti mana yang dapat difahami, golongan anti-hadis menolak al-Hadis dan menerima al-Quran sahaja. Tiba-tiba, hanya pada permasalahan larangan pembukuan hadis ini, sebilangan mereka pula menggunakannya sebagai pegangan. Dari ini, nampak jelas betapa jahat dan kejinya kemunafikan mereka, mereka hanya mempermain-mainkan ajaran Islam dan seperti mana sikap orang-orang Kristian yang membenci Islam, mereka mempergunakan sebilangan perkara yang menjadi kekeliruan pada ajaran Islam untuk menentang Islam sendiri.
2. Mereka hanya melihat kepada hadis yang satu ini, kemudian terus sahaja menimbulkan kesimpulan bahawa hadis-hadis Rasulullah tidak pernah wujud kerana Baginda telah terlebih dulu melarang penulisan hadis. Mereka tidak meneliti dulu hadis-hadis lain di mana Rasulullah membenarkan pula penulisan hadis untuk dilakukan, dan mereka tidak pula melihat kepada bagaimana cara hadis-hadis dipelihara di zaman Rasulullah. Seperti mana yang kami jelaskan di atas, walaupun hadis-hadis tidak dipelihara dengan cara pembukuan, namun ia telah dipelihara dengan begitu bersungguh-sungguh sekali oleh para sahabat Nabi dengan cara penghafalan atau pemeliharaan dalam dada.
Tuan berkata... "i. Larangan tersebut terkhusus pada waktu turunnya al-Qur'an kerana bimbang berlakunya " iltibaas " [ إِلْتِبَاسٌ ] ( kesamaran ) dan " ikhtilaath " [ إِخْتِلَاطٌ ] ( percampuran ) di antara al-Qura'an dan perkataan Rasulullah yang biasa dan keizinan itu pula pada waktu selainnya. Yakni dibenarkan menulis hadis-hadis pada waktu selainnya."
ReplyDeleteSalam,
Di artikel lain dlm blog tuan ini, tuan mengatakan bahwa "segala yg diucapkan oleh nabi adalah wahyu" dan dilain artikel pula tuan mengatakan "bahwa bukan Al Quran sahaja wahyu ada wahyu lain lagi selain Al Quran".... maka jika selain yg diucapkan oleh nabi itu juga wahyu mengapa pula tuan mengatakan seperti yg saya qoute diatas.... apa salahnya jika ianya bercampur, kan tuan kata segala yg diucapakn oleh nabi adalah wahyu....
Lihat juga frasa ayat tuan "perkataan Rasulullah yang biasa"... nampak tak percanggahan apa yg tuan perkatakan..... dilain artikel tuan kata "segala ucapan nabia dalah wahyu" dalam artikle diatas lain pula.....
Nampak sangat siapa yg keliru disini....
Sebenarnya tuan tiada siapa yg "anti hadis" atau "anti riwayat hadis" seperti yg tuan segolongan labelkan..... Nabi adalah manusia biasa yg dilantk menjadi nabi dan utusan (rasul) maka disamping menerima dan menyampaikan wahyu kepada orang ramai, nabi juga berkata-kata seperti orang lain.... nabi pergi ke pasar, takkanlah nak bertanya harga kat penjual kurma kat pasar nabi pun nabi menunggu wahyu barulah nabi bertanya... takkanlah wahyu tak sampai maka nabi diam seribu bahasa...
ReplyDeleteSebenarnya yg tuan segolongan labelkan anti hadis sangat berhati-hati mengikuti atau menerima riwayat hadis.... mana-mana riwayat hadis yg bertentangan dengan Al Quran dan yg menokok tambah apa yg ada dlm Al Quran maka itu yg ditolak.... jika pendirian serupa itu tuan label sebagai "anti hadis" maka label yg sama tuan segolongan patut berikan kepada Imam Bukhari N The Geng sebab mereka pun menerima dan banyak pula yg mereka tolak atas alasan2 tertentu.....