Selamat Datang


Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].

Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].

Tuesday, July 24, 2012

Menjawap persoalan golongan anti hadis bahawa terdapatnya banyak sunnah nabi yang menyamai agama kristian dan yahudi

Perkara terdapatnya persamaan sunnah nabi dengan agama lain bukan lah sesuatu yang menghairankan... ini kerana asal agama ini sememangya dari Allah iaitu agama samawi... selain dari tiga agama ini terdapat pecahan beberapa agama lain seperti buddha yg sebenarnya berasal dari 3 agama utama ini........

malah persamaan antara agama islam ini dengan agama kristian dan yahudi bukan sahaja terdapat dalam sunnah nabi tetapi al-quran...

jadi apakah golongan anti hadis akan menolak segala isi al-quran hanya kerana terdapat persamaan dengan yahudi dan kristian???

misalnya :

1. Bahtera Nabi Nuh adalah sebuah kapal yang dibangun atas perintah Tuhan untuk menyelamatkan Nabi Nuh a.s., keluarga yang beriman, kaumnya yang beriman dan kumpulan binatang yang ada di seluruh dunia dari air bah. Kisah ini terdapat dalam Kitab Kejadian dalam Perjanjian Lama dan Al-Quran.

Dalam Alquran, kisah Nabi Nuh AS dibahas dalam beberapa surah, di antaranya surah Al-Ankabut [29]: 14-15, Nuh [71]: 1-28, Al-Mu'minun [23]: 23-41, Huud [11]: 25-46, Asy-Syuara [26]: 105-122, Al-A'raf [7]: 59-69, dan Yunus [10] : 71-74.

Sementara itu, dalam Bible (Injil), kisah serupa juga terdapat dalam Genesis 6:15, 7:4-7, 8:3-4, dan 8:29. Begitu pula, dalam Mitologi Sumeria, Mitologi Akkadia, Mitologi Babilonia, serta Kebudayaan India, Wales, Lithuania, dan Cina.

2. Kisah Nabi Musa membelah Laut Merah untuk menyelamatkan kaumnya dari kezaliman Firaun (dikatakan Ramses II) bukan saja dicatatkan di dalam Al-Qur'an bahkan ada disebut di dalam Taurat orang Yahudi dan Perjanjian Lama (Old Testament) orang Kristian.

"Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan." [Al-Baqarah:50]

Peristiwa Musa membelah Laut Merah untuk Bani Israel mungkin adalah keajaiban paling spektakuler yang dijelaskan dalam Perjanjian Lama.

Dalam Kitab Keluaran di Kitab Perjanjian Lama, dikisahkan Nabi Musa dan bangsa Israel terjebak di antara pasukan Mesir yang terus mendekat, dan di tepian laut yang

diyakini adalah Laut Merah sepanjang malam angin timur berembus kencang yang kemudian membelah laut untuk menciptakan sebuah jalan dengan dinding laut di kedua sisinya.
Melalui jalan inilah, bangsa Israel mencapai sisi lain Laut Merah. Namun, ketika pasukan berkuda Firaun mengejar, air laut kembali menyatu dan menenggelamkan seluruh pasukan Mesir.


3. Dalam agama Buddha, mungkin pernah terdengar lafaz seperti ini “NAMO AMITTABHA” yang selalu dibaca oleh penganut agama Budhha. lafaz adalah dari bahasa Sanskrit yang membawa maksud “NAMO = Puji, AMITT= Ahmad, ABHA= akhir” iaitu membawa maksud “selawat kepada Ahmad (Muhammad) rasul terakhir”.


INILAH SEBAHAGIAN PEMBUKTIAN MEMANG BENAR TERDAPAT PERSAMAAN ANTARA AGAMA ISLAM DAN AGAMA2 LAIN...

JADI JIKA IA ADA PERSAMAAN DENGAN AL-QURAN DAN SUNNAH NABI IA SEMEMANGNYA BENDA YANG BENAR DARI ALLAH...





1 comment:

  1. Tuan berkata;

    "INILAH SEBAHAGIAN PEMBUKTIAN MEMANG BENAR TERDAPAT PERSAMAAN ANTARA AGAMA ISLAM DAN AGAMA2 LAIN...

    JADI JIKA IA ADA PERSAMAAN DENGAN AL-QURAN DAN SUNNAH NABI IA SEMEMANGNYA BENDA YANG BENAR DARI ALLAH..."

    Salam,

    Tuan segolongan sendiri mengakui jika ada persamaan Al Quran dan kitab Kristian atau Yahudi sememangnya benar dari Allah... Persoalannya sekarang ialah ada dalam kitab Kristian atau Yahudi tetapi TIDAK ADA dalam Al Quran... renungkan amaran Allah ini;

    QS2:120. Orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristain)tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti millah mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

    Antara pengertian perkataan "millah" dlm ayat diatas adalah risalah, agama, anutan, amalan, kepercayaan.

    Mereka (Yahudi/Kristian) tidak akan puas hati selagi umat islam tidak ikut amalan mereka... apa yang mereka buat adalah mempergunakan nama baginda nabi untuk menyebarkan amalan-amalan mereka atau ajaran-ajaran yg terdapat dlm kitab mereka. Maka apa amalan2 tuan segolongan buat yg terdapat dalam riwayat2 hadis itu sebenarnya bukan dari baginda nabi tetapi mempergunakan nama baginda..... takkan itu pun tak nampak lagi.

    Ingatlah pesanan baginda.... "Berhati-hati dengan tafsiran Israilliyat...."

    ReplyDelete