Selamat Datang


Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].

Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].

Monday, July 9, 2012

Dalil Solat 5 waktu

Posting ini akan memberi bukti jelas bahawa di dalam al-quran sendiri memang terdapat nas yang mengatakan solat adalah lima waktu....


"Hendaklah kamu menjaga solat-solat (solawaat) dan solat wustha (yang ditengah)".
[ al-baqarah 238 ]

Seterusnya kita mengkaji satu ayat lain

"Dirikanlah sembahyang pada waktu dua tepian siang (tarafayin-nahar) dan sebahagian daripada awal (zulafan atau zulafun) malam,...." [ hud 114 ]

kita kaji ayat di atas berpandukan bahasa arab.....

Perhatikan pada ayat pertama, perkataan yang digunakan adalah "solawaat" iaitu perkataan jamak kepada solat. Dalam tertib bahasa Arab, perkataan solat adalah mufradah (singular), solatan (dual) manakala solawaat pula adalah dalam bentuk (plural) jamak mu'annas. Maka tidak mungkin ayat pertama tadi (solawat) merujuk kepada 2 sembahyang, tetapi mestilah 3 atau lebih.

Ada pun perkataan 'wustha' merujuk kepada sesuatu yang berada "di antara" atau "ditengah". Maka, perkataan 'solawat' yang dirujukkan di sini patutlah merujuk kepada bilangan genap, iaitu 4 atau lebih, supaya 'solat wustha' boleh betul-betul berada 'di tengah-tengah/ di antara' secara saksama (unbiased).

Apabila kita cantumkan faham ayat ini dengan ayat yang kedua, ternyata sekali yang dimaksudkan di sini adalah LIMA.

Perkataan pertama (tarafayin -lit: 2 tepian) secara jelas merujuk kepada dua (kebanyakan terjemahan pun telah menterjemahkan sebegini). Mengikut para pentafsir, yang dimaksudkan di sini ialah solat Subuh dan solat Dzuhur. Begitu juga perkataan zulafan adalah perkataan yang bersifat plural (jamak) terhadap perkataan 'zulfatun' yang membawa maksud 'yang mendekati' atau 'menghampiri'. Oleh kerana ia berbentuk jamak, tentulah ia berbilang tiga atau lebih. Menurut para mufassirin, waktu-waktu tersebut ialah 'Asr, Maghrib dan 'Isyak, iaitu waktu-waktu yang jelas berkaitan dengan malam.


manakala cara solat itu dilakukan adalah berpandukan sunnah nabi.. ia adalah selari dengan satu hadis nabi....

Telah mencerikan kepada kami Muhammad Bin Al Mutsanna berkata, telah menceritakan kepada kami Abdul Wahhab berkata, telah menceritakan kepada kami Ayyub dari Abu Qilabah berkata, telan menceritakan kepada kami Malik berkata, Nabi bersada

"...... Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.... " [ Sahih Bukhari no 595 kitab Azan ]

2 comments:

  1. blh sy send email kat sedara berkenaan dgn post nih...

    ReplyDelete
  2. Macam tak kena aje. Jamak ialah 3 atau lebih.

    ReplyDelete