Mempertahankan maruah, kesucian dan kemuliaan ajaran Islam dan akidah Islam yang suci murni dari serangan fahaman Anti-Sunnah atau Anti-Hadis. Mempertegaskan bantahan terhadap orang-orang yang mempermain-mainkan Kitab Allah dengan membawa tafsiran-tafsiran yang salah tanpa berhujjahkan pengetahuan yang kukuh semata-mata untuk menyokong kesesatan yang dibawa oleh prinsip akal mereka yang tidak berdisiplin serta kecenderungan untuk menuruti hawa nafsu di dalam memahami ayat-ayat Allah.
Selamat Datang
Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].
Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].
Wednesday, June 27, 2012
Jawapan terhadap hadis sahih yang cuba dipertikaikan oleh golongan anti hadis [ syaitan menginap dalam hidung manusia, larangan bermain catur ]
3. Syaitan dan Iblis menginap di dalam lubang hidung manusia di waktu malam. Ia boleh disembur keluar dengan menghembus air kedalam hidung dan kemudian disembur keluar melalui lubang hidung yang sama.
Hadith Sahih Bukhari IV no.516, HS Muslim I no.462
Soalan-soalannya: Betapa besarkah saiznya Iblis itu ?
Adakah ia menginapi lubang-lubang hidung setiap orang??
Adakah si Iblis itu wujud di merata tempat pada waktu yang sama ??
Sesudah dikeluarkan dari hidung-hidung manusia - apakah rupa dan bentuk si Iblis itu?
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
syaitan dan iblis adalah sebahagian dari jin...
Zubair Salim ,
iblis yg pastinya bukan seekor, ada keturunan iblis ... jadi begitu byknya manusia, maka begitu banyaknya ibis
hal ini disokong oleh sebuah hadis sahih yang lain...
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ.
Sesungguhnya syaitan bergerak dalam badan anak Adam
(manusia) seperti aliran darah.
[ Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 7171 (Kitab al-Ahkam, Bab persaksian hakim…). ]
dan syaitan boleh memasuki tubuh manusia ada dalil yg sah dari al-quran
firman Allah s.w.t:
الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ
Maksudnya: “orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu…” [al-Baqarah: 275]
4. Muhammad melarang permainan Catur! Larangan pelik ini langsung tidak masuk akal sekali bagi sesiapa pun!
Hadis Sahih Muslim IV no.5612
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
untuk pengetahuan bersama bagi orang2 berakal... catur hanya muncul pada zaman sahabat2 nabi.....
jadi jika ada hadis mengenai catur yang dikaitkan dengan nabi maka ia adalah dhaif dan tertolak.....
mengenai hadis sahih muslim di atas sila rujuk balik teks asal....
Dari Sulaiman bin Buraidah, dari bapanya r.a., katanya Nabi SAW bersabda : “Siapa yang bermain permainan Nardasyir, maka seolah-olah dia melumuri tangannya dengan daging dan darah babi.”
(riwayat Imam Muslim)
apa yang dilarang oleh nabi adalah nard dan bukannya catur....
Catur merupakan permaianan yg bergantung kepada kebijakan dan kecerdikan, Nard pula sebaliknya. Ia bergantung kepada menyerah nasib semata mata seperti judi.
bersambung di.....
http://anti-ingkar-sunnah.blogspot.com/2012/06/jawapan-terhadap-hadis-sahih-yang-cuba_1467.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment