Selamat Datang


Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].

Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].

Wednesday, June 27, 2012

Jawapan terhadap hadis sahih yang cuba dipertikaikan oleh golongan anti hadis [ manusia diubah bentu haiwan, orang kafir 7 usus ]

5. Manusia telah diubah ke dalam bentuk Tikus, Babi/khinzir dan juga Monyet-monyet/Kera ! Hadis Sahih Bukhari IV,No.524,627, HS Muslim IV,no.7135.
Bapa Nabi Ibrahim telah ditukar menjadi seekor haiwan, menurut Hadis Sahih Bukhari IV no.569.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Yang dimaksud dengan manusia mengalami perubahan ke dalam bentuk haiwan (seperti ke dalam bentuk monyet) adalah hukuman bentuk dari dosa yang telah dilakukan diberikan kepadanya di dunia ini untuk menutupi bentuk manusianya dan mengubahnya menjadi manusia. Atau dengan ungkapan yang lebih sederhana dikatakan sebagai manusia yang berbentuk hewan.

tidak sesuatu yang menghairankan kerana memang ada dalil dlm al-quran yang Allah menukarkan manusia menjadi kera/monyet

"Demi telah Kami ketahui orang-orang yang melanggar peraturan di antara kamu - pada hari Sabtu (hari kelepasan orang-orang Yahudi), maka Kami telah bertitah kepada mereka:"Jadilah kamu kera yang hina."

[ al-baqarah; 2:64 ]


6. Umat Islam mempunyai SATU USUS, sementara mereka yang bukan Islam mempunyai TUJUH usus!
Hadith Sahih Muslim III,no.5113-5115

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Zubair Salim , Umat Islam MAKAN dgn satu usus, bukan ada satu usus. tapi bukan islam MAKAN dgn 7 usus, ada ketinggalan perkataan MAKAN disitu


ini adalah hadis yang sebenarnya


Orang mukmin makan dengan satu usus manakala orang kafir makan dengan tujuh usus.

[ Sahih: Hadis daripada ‘Abdullah ibn ‘Umar, Abu Musa dan Abu Hurairah radiallahu ‘anhum, dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5393 (Kitab Makanan, Bab Seorang mukmin dia makan.......). ]

dan yang dimaksudkan makan dengan 7 usus dan 1 usus adalah orang bukan Islam makan dan minum dalam jumlah yang banyak. Berbeza halnya dengan orang mukmin, mereka makan dan minum dengan penuh hemat dan disiplin.

dan hanya orang2 beriman akan makan tanpa melampau.... ( Insya Allah )

.......... dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; ...... [al-A’raaf 7:31 ]

bersambung di.....

http://anti-ingkar-sunnah.blogspot.com/2012/06/jawapan-terhadap-hadis-sahih-yang-cuba_9906.html

No comments:

Post a Comment