Di bawah ini ada disenaraikan beberapa contoh-contoh Hadith 'sahih' itu yang membuktikan betapa pelik, janggal dan tidak masuk akal sumber Ahli Sunnah wal jamaah (bukan islam).
..........................................
kalo sekadr nak kata x masuk akal.. saya menjawap kembali
1. nabi musa membelah laut
2. nabi isa bercakap ketika bayi
sekadar contoh.. masuk akal?
apa pun jawapan2 ilmiah diberikan terhadap hadis2 yang ditimbulkan
............................................
1.Nabi Adam adalah setinggi 87 kaki (60 CUBITS) ! - Hadith Sahih Bukhari IV,no.543. Jika begitu, berapa tinggikah Siti Hawa, isterinya itu? Jika mereka sebenarnya setinggi itu, kenapa cucu-cicit mereka yaitu manusia hari ini TIDAK SETINGGI BEGITU!? Adakah ini mungkin dari segi perubatan mahupun biologis bagi mereka menjadi setinggi itu ?ih' itu yang membuktikan betapa pelik, janggal dan tidak masuk akal sumber Ahli Sunnah wal jamaah (bukan islam).
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
berapakah tinggi siti hawa tidak dinyatakan......
tetapi mengenai ketinggian nabi adam saya menjawap secara logik mudah
kalo kita diberitahu bahawa dinasour bentuknya sekian besar dan besar kamu percaya? jd apa mo heran dgn hadis no 1....
berikut adalah bukti saintifik
http://yakinkeyofwealth73.blogspot.com/2011/06/manusia-raksaksa-zaman-dulu.html
2. Nabi Muhammad adalah pembenci anjing. Dalam Hadith tercatat pengajaran Muhammad bahawa Malaikat Tuhan tidak akan masuki ke dalam sebuah rumah jika ada anjing di sana! Juga dia ajar bahawa anjing berwarna hitam itu adalah iblis! Jadi, dia telah mengarahkan supaya anjing-anjing dibunuh, serta ditegah daripada menjual anjing.
Hadith Sahih Bukhari IV no.539,540; Hadith Sahih Muslim I no.551, 552;HSM II no.3803, 3829
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Zubair Salim
anjing yg disuruh bunuh adalah anjing hitam dgn 2 titik putih di keningnya ini adalah jelmaan iblis, tapi bukan anjing lain...hanya disuruh anjing hitam dgn 2 titik putih
tambahan saya.....
orang Islam pun ramai tidak terhingga yang benci anjing dan mau anjing yang berkeliaran dibunuh...
guna logik mudah ini pun sudah menjawap kesahihan hadis di atas ini.....
dalil al-quran....
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
[ Al-A'araf; 7:176 ]
kadang2 Allah sendiri mengambarkan anjing adlah haiwan yg buruk ...
bersambung di....
http://anti-ingkar-sunnah.blogspot.com/2012/06/jawapan-terhadap-hadis-sahih-yang-cuba_27.html">http://anti-ingkar-sunnah.blogspot.com/2012/06/jawapan-terhadap-hadis-sahih-yang-cuba_27.html">http://anti-ingkar-sunnah.blogspot.com/2012/06/jawapan-terhadap-hadis-sahih-yang-cuba_27.html
Mempertahankan maruah, kesucian dan kemuliaan ajaran Islam dan akidah Islam yang suci murni dari serangan fahaman Anti-Sunnah atau Anti-Hadis. Mempertegaskan bantahan terhadap orang-orang yang mempermain-mainkan Kitab Allah dengan membawa tafsiran-tafsiran yang salah tanpa berhujjahkan pengetahuan yang kukuh semata-mata untuk menyokong kesesatan yang dibawa oleh prinsip akal mereka yang tidak berdisiplin serta kecenderungan untuk menuruti hawa nafsu di dalam memahami ayat-ayat Allah.
Selamat Datang
Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].
Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment