http://trulyislam.blogspot.com/2009/01/muhammad-tidak-buta-tulis.html
http://wahyuislam.wordpress.com/2011/03/23/muhammad-tidak-buta-tulis/
http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TMKR9KTJM0L7MV0QI/p418
Pada fikiran kami, artikel ini sebenarnya ditulis oleh seorang penganut Kristian ( atau berkemungkinan juga Yahudi ) bertujuan untuk menegakkan dakwaan bahawa Rasulullah itu bukan seorang yang buta huruf, namun banyak berlaku penyimpangan fakta dan artikel ini telah digunakan oleh golongan anti-hadis bagi menyokong dakwaan bahawa al-Hadis ( hadis-hadis ) tidak pernah wujud kerana menurut penulis artikel tersebut, Rasulullah adalah seorang manusia yang ummi dan buta huruf, maka al-Hadis tidak pernah ditulis dan dibukukan seperti mana yang ada sekarang. Dia telah mengemukakan beberapa fakta yang disalah tafsirkan dan diselewengkan maknanya, yang secara jelasnya melambangkan betapa lemah dan dangkalnya pengetahuan si penulis terhadap Islam.
PETIKAN:
"Kaum muslim mempercayai bahwa Quran 100% adalah perkataan Allah, tanpa terkontaminasi oleh perkataan manusia. Dengan mengklaim Muhammad sebagai nabi buta huruf, maka dengan sendirinya tidaklah mungkin seorang Muhammad mengarang, atau mendapatkan pengetahuan ilahi selain dari Allah sendiri. Muhammad tidak mungkin membaca dari kitab2 terdahulu seperti Talmud, Taurat, Injil serta Kitab2 yang lain, dan menceritakannya kembali dalam Quran. Seperti yang dimaksud pada ayat dibawah ini;"
Dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya (Al Qur’an) sesuatu Kitab pun dan kamu tidak (pernah) menulis suatu kitab dengan tangan kananmu; andai kata (kamu pernah membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang yang mengingkari (mu). (QS 29:48)"
JAWAPAN:
Ini adalah persoalan akidah dasar Islam yang paling penting dan paling unggul sekali. Kami memang telah diwajibkan beriman kepada al-Qur'an sebagai perkataan Allah yang Maha Agung, tidak tercampur sedikit pun oleh perkataan manusia biasa, bebas dari sebarang bentuk perubahan dan penyimpangan dari segi makna dan lafaznya.
Maka, perkataan "mengklaim" yang digunakan oleh penulis artikel ini tidak pantas diletakkan di situ, kerana apa yang kami yakini daripada kebenaran al-Qur'an itu bukanlah hanya "dakwaan" atau "sangkaan" sahaja, sebaliknya telah dibuktikan melalui pengkajian dan penelitian pada bukti-bukti saintifik dan sejarah. Kebenaran Muhammad yang membawa al-Qur'an dan kenyataan Baginda sebagai seorang yang buta huruf adalah satu kepastian yang tidak dapat dibantah, sehingga perkara ini sahaja telah membuka mata para musuh Islam sendiri, dan para orientalis Barat pun merasa kagum dengan kebenaran yang menakjubkan ini. Mereka telah mengkaji segala bukti sejarah dan tidak mereka dapati sesuatu pun kecuali rasa kagum kepada kemegahan dan kekuatan Islam.
Kebenaran Muhammad sebagai pembawa al-Qur'an, wahyu Allah yang mutlaq memang telah diperakui sendiri oleh musuh-musuhnya yang paling ketat seperti Abu Jahal dan sebagainya. Mereka sendiri telah membenarkan apa yang diperkatakan oleh Muhammad itu bukanlah sesuatu yang biasa, ianya merupakan perkataan yang memukau, tidak boleh terbit perkataan-perkataan sebegitu rupa daripada lidah seorang manusia biasa yang buta huruf, tidak tahu membaca dan menulis.
Adapun ayat,
"Dan engkau ( wahai Muhammad ) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; ( sekiranya tidak begitu ) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu ( tentang kebenaranmu )." - [ al-'Ankabuut: 29/48 ].
Maka, maksud yang betul yang harus difahami daripada ayat ini ialah, Allah membatalkan dakwaan bahawa Muhammad itu mengambil daripada kitab-kitab terdahulu, lalu membentuknya menjadi kitab suci al-Qur'an.
Frasa "dan kamu pula tidak pernah menulisnya dengan tangan kananmu" membawa maksud, Muhammad seorang yang buta huruf, tidak pandai membaca mahupun menulis, maka tidaklah Baginda pandai menulis sesuatu.
Frasa "sekiranya begitu, benar-benar ragulah orang yang mengingkarimu" membawa maksud sekiranya Muhammad membaca atau menulis dengan tangannya sesuatu sebelum turunnya al-Qur'an kepada Baginda, maka orang-orang Yahudi dan Nasrani yang terbatal akidahnya pasti akan merasa ragu-ragu tentang perkara ini, kerana mustahil orang yang memang tidak pandai membaca atau menulis mampu mencipta perkataan-perkataan seperti al-Qur'an.
PETIKAN:
"Ayat2 Quran yang lain juga menyebutkan bahwa Muhammad adalah seorang yang bodoh (umi), yang tidak bisa baca dan tulis.
(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang umi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. (QS 7:157)
“….maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul Nya, Nabi yang umi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk”. (QS 7:158)
Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka,….(QS 62:2)
Tetapi dalam ayat lain disebutkan bahwa Muhammad bukanlah seseorang yang umi;
Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. (QS 96:4 versi DEPAG RI)
Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis. (QS 68:1 versi DEPAG RI)"
JAWAPAN:
Adapun berkenaan dengan ayat-ayat yang menjelaskan keadaan Rasulullah sebagai seorang yang ummi dan buta huruf, maka yang demikian ini terjadi sebelum kerasulan Baginda, iaitu sebelum Baginda diutuskan sebagai Rasul yang memimpin manusia ke arah jalan yang benar. Namun, setelah Baginda dilantik menjadi Rasul dan diwahyukan dengan al-Qur'an, keadaan tersebut berubah, tidaklah Baginda seorang yang buta huruf lagi, sebaliknya, Baginda telah diajarkan oleh Malaikat Jibrail as. dengan pengetahuan membaca dan menulis. Demikian ini adalah satu anugerah teristimewa kepada peribadi Baginda Rasul, yang tidak diberikan kepada mana-mana manusia biasa yang lain.
Adapun berkenaan dengan ayat-ayat yang menjelaskan bagaimana Allah mengajarkan dengan perantaraan "al-qalam", seperti ayat al-'Alaq, 96/4 dan ayat surah al-Qalam, 68/1, maka kedua-dua ayat ini merujuk secara umum kepada semua ummat manusia, bukan terkhusus kepada Muhammad sahaja. Tidak wujud perkataan "Muhammad" yang diletakkan secara khusus pada kedua-dua ayat tersebut. Bahkan, sekiranya kita memerhatikan dengan teliti pada teks asal ayat 68/1, akan kita dapati, Allah menggunakan perkataan "yasthuruun" [ يَسْطُرُوْنَ ] di situ yang membawa maksud "mereka menulis", bukan "dia menulis". Kata ganti nama jamak / banyak telah digunakan yang tidak lain merujuk kepada "banyak yang menulis", bukan hanya "seorang tertentu yang menulis". Yakni, demi "al-qalam" ( pena ) dan apa yang "mereka" tuliskan - merujuk kepada apa yang ditulis oleh para malaikat pencatit yang ditugaskan Allah khusus untuk mencatit ketentuan Allah melalui "pena". Dikatakan, Allah menciptakan "al-qalam" atau pena sebelum diciptakan sekalian makhluk lain. Pena adalah makhluk pertama yang diciptakanNya, bertujuan untuk mencatit segala ketentuan, nasib dan perhitungan makhluk-makhlukNya.
Adapun pada ayat 96/4, maka petunjuknya dapat dilihat pada ayat seterusnya, iaitu:
"Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya" - [ al-Qalam: 96/4 ].
Di dalam ayat ini, yang disebutkan adalah perkataan "al-insaan" [ الإِنْسَانُ ] secara umum, yang membawa maksud semua insan atau manusia, bukan hanya khusus kepada Muhammad sahaja. Maka, Allah mengajarkan kepada semua manusia apa yang tidak mereka ketahui, melalui perantaraan "al-qalam" atau "pena" tersebut.
Maka, kami tidak mengerti, apakah alasannya yang digunakan oleh pengarang artikel ini untuk menujukan ayat ini hanya kepada Muhammad? Di dalam Dan seperti mana yang kami jelaskan di atas, Muhammad hanya seorang yang buta huruf sebelum Baginda dilantik menjadi Rasul, namun setelah itu, Baginda kembali kepada keadaan terdidik dan berilmu pengetahuan, memimpin sekalian ummatnya dengan penuh kejayaan, melalui cahaya kemurniaan semangat dan roh penghayatan Islami, berpandukan kepada syariat Allah yang Maha Benar, sehingga Islam naik menjadi satu-satunya agama yang berjaya mendominasi dunia dan perkembangan tamadunnya.
PETIKAN:
Dasar kepercayaan buta huruf Muhammad juga berasal dari hadis dimana Aisha, isteri tersayang Muhamamd mengatakan:
".... Malaikat datang padanya dan memintanya untuk membaca. Nabi menjawab "Saya tidak tahu bagaimana membaca". Nabi menambahkan, "Malaikat memegang saya dan menekan saya begitu keras sampai saya tidak tahan lagi. Ia kemudian membebaskan saya dan sekali lagi meminta saya untuk membaca Ikrar dan saya jawab, “Saya tidak tahu bagaimana membaca ...." (Sahih Bukhari 1:3)
Pernyataan Muhammad bahwa ia tidak tahu membaca lebih logis jika dipahami dengan maksud; “APA YANG HARUS SAYA BACA?” Amatlah mengherankan jika Jibril memerintahkan Muhammad membaca, namun ternyata ia tidak dapat membaca.
JAWAPAN:
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab hadis terulung, Sahih al-Bukhari, yang tertera dalam perenggan di atas, kami kemukakan terjemahan sepenuhnya, kerana penulis artikel ini dengan kedangkalannya, tidak mengetahui cerita penuh, lalu langsung melakukan kesimpulan.
عن عائشة أم المؤمنين أنها قالت أول ما بدئ به رسول الله صلى الله عليه وسلم من الوحي الرؤيا الصالحة في النوم فكان لا يرى رؤيا إلا جاءت مثل فلق الصبح ثم حبب إليه الخلاء وكان يخلو بغار حراء فيتحنث فيه وهو التعبد الليالي ذوات العدد قبل أن ينزع إلى أهله ويتزود لذلك ثم يرجع إلى خديجة فيتزود لمثلها حتى جاءه الحق وهو في غار حراء فجاءه الملك فقال اقرأ قال ما أنا بقارئ قال فأخذني فغطني حتى بلغ مني الجهد ثم أرسلني فقال اقرأ قلت ما أنا بقارئ فأخذني فغطني الثانية حتى بلغ مني الجهد ثم أرسلني فقال اقرأ فقلت ما أنا بقارئ فأخذني فغطني الثالثة ثم أرسلني فقال اقرأ باسم ربك الذي خلق خلق الإنسان من علق اقرأ وربك الأكرم فرجع بها رسول الله صلى الله عليه وسلم يرجف فؤاده فدخل على خديجة بنت خويلد رضي الله عنها فقال زملوني زملوني فزملوه حتى ذهب عنه الروع فقال لخديجة وأخبرها الخبر لقد خشيت على نفسي فقالت خديجة كلا والله ما يخزيك الله أبدا إنك لتصل الرحم وتحمل الكل وتكسب المعدوم وتقري الضيف وتعين على نوائب الحق فانطلقت به خديجة حتى أتت به ورقة بن نوفل بن أسد بن عبد العزى ابن عم خديجة وكان امرأ قد تنصر في الجاهلية وكان يكتب الكتاب العبراني فيكتب من الإنجيل بالعبرانية ما شاء الله أن يكتب وكان شيخا كبيرا قد عمي فقالت له خديجة يا ابن عم اسمع من ابن أخيك فقال له ورقة يا ابن أخي ماذا ترى فأخبره رسول الله صلى الله عليه وسلم خبر ما رأى فقال له ورقة هذا الناموس الذي نزل الله على موسى يا ليتني فيها جذعا ليتني أكون حيا إذ يخرجك قومك فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم أومخرجي هم قال نعم لم يأت رجل قط بمثل ما جئت به إلا عودي وإن يدركني يومك أنصرك نصرا مؤزرا ثم لم ينشب ورقة أن توفي وفتر الوحي
Daripada Ummul Mu'minin Aisyah ranha, katanya: "Keadaan yang mula-mula sekali Rasulullah menerima wahyu dengannya adalah melalui mimpi yang baik di dalam tidur. Baginda tidak melihat satu mimpi pun melainkan berlalunya ia seperti cahaya subuh. Kemudian, hatinya telah dijadikan cinta kepada bersendirian, dan Baginda bersendirian mengasingkan diri dari orang ramai di gua Hiraa'. Maka, Baginda beribadat di dalamnya dan ia adalah peribadatan waktu malam-malam yang memiliki bilangan, sebelum Baginda merasa rindu kepada keluarganya. Baginda pun melakukan persiapan untuk itu dan kembali kepada Khadijah (isterinya), maka Baginda melakukan persiapan lagi untuk malam-malam seperti sebelumnya sehinggalah datang kepadanya kebenaran, sedangkan Baginda berada di dalam gua Hiraa'. Maka datanglah kepadanya Malaikat (Jibrail as) dan berkata: "Bacalah". Katanya: "Tidaklah aku pandai membaca". Katanya: "Maka dia memelukku dan melitupi diriku dengan sekuat-kuatnya, kemudian dia melepaskanku". Maka dia berkata (sekali lagi): "Bacalah". Aku menjawab: "Tidaklah aku pandai membaca". Maka dia memelukku dan melitupiku untuk kali kedua dengan sekuat-kuatnya, kemudian dia melepaskanku". Maka dia berkata (sekali lagi): "Bacalah". Aku menjawab: "Tidaklah aku pandai membaca". Maka dia memelukku dan melitupiku untuk kali ketiga dengan sekuat-kuatnya, kemudian dia melepaskanku". Kemudian dia berkata: "Bacalah dengan nama Tuhanmu. Yang menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah".
Hadis ini menjelaskan tentang bagaimana keadaan permulaan Rasulullah menerima wahyu, ketika Baginda mula-mula didatangi oleh Malaikat Jibrail as. Pada ketika itu, Baginda belum pandai menulis atau membaca. Baginda masih dalam keadaan buta huruf. Dengan ini, nampak sangatlah jelas, penulis artikel ini tidak mengerti zaman / waktu terjadinya peristiwa dalam hadis ini, sekaligus menyebabkan dia salah faham terhadap maksud kandungannya. Adapun perkataan penulis artikel setelahnya:
"Amatlah mengherankan jika Jibril memerintahkan Muhammad membaca, namun ternyata ia tidak dapat membaca."
Sebenarnya, perintah Jibrail as. supaya Rasulullah membaca, walaupun ketika itu Baginda tidak tahu membaca, hanyalah berniat untuk menegaskan kepentingan pembacaan dan memasukkan satu rasa semangat ke dalam jiwa Baginda supaya memerhatikan arahan pembacaan itu dengan sebaik-baiknya, bukanlah berniat untuk mengemukakan satu bentuk " al-amru " [ الأَمْرُ ] atau " perintah " yang mustahil dilakukan oleh orang yang diperintahkan, kerana seperti mana yang dapat difahami, Baginda masih tidak tahu membaca, maka tidak ada maksud arahan tersebut dikeluarkan untuk "memaksa" Baginda melakukan sesuatu yang dia sendiri tidak mampu melakukannya. Kemudian, ada satu maksud lain: Tujuan disebutkan sebanyak 3 kali arahan "bacalah", disertai dengan "pelukan" Jibrail as. kepada Baginda adalah untuk memasukkan kekuatan rohani dan pengajaran terhadap ilmu pembacaan tersebut, daripada Jibrail as, ke dalam jiwa Baginda. Maka, untuk memastikan penyampaian tersebut, dilakukan perbuatan "memeluk" itu.
Maka, penjelasan ini menjawab seluruh salah faham yang telah disuntikkan oleh penulis artikel ini dalam mentafsirkan dalil-dalil yang telah dibawakannya, yang diniatkannya untuk menyokong ketetapan bahawa Rasulullah itu buta huruf dan tidak tahu membaca, maka al-Hadis tidak mungkin boleh wujud dalam bentuk penulisan seperti mana yang ada sekarang.
PETIKAN:
Quran juga menyebut kaum buta huruf dengan sebutan Ahlul Kitab. Quran membuat perbandingan ini : ‘Katakan kepada kaum Ahlul Kitab dan mereka yang tidak terpelajar : apakah kalian menyerahkan diri ?’ (QS 3:20)
Ayat ini menunjukkan keinginan para ‘buta huruf’ untuk mempelajari kitab suci.
‘Mereka diantara orang buta huruf yang tidak mengenal kitab suci, tetapi hanya cerita2 khayalan.’ (QS 2:7)
Kaum Ahlul Kitab sendiri tahu benar akan perbedaan antara mereka dan para ’buta huruf.’ ‘Tidak ada suruhan bagi kami untuk mencari jalan bagi para buta huruf.’(QS 3:75)
Jadi keadaan ‘buta huruf’ ini lebih menunjuk kepada status sosial, daripada kemampuan baca tulis. Ayat2 berikut menunjukkan bawha Muhammad percaya bahwa ia datang dari latar belakang ‘buta huruf’ ini. ‘Mereka yang mengikuti Rasul, nabi buta huruf …’ (QS 7:157) dan ‘Percaya kepada Allah dan rasulnya, nabi buta huruf yang juga percaya kepada Allah.’ (QS 7:158)
Jadi, kaum ‘buta huruf’ adalah bangsa Arab, keturunan Ismael, yang tidak memiliki kitab suci, sementara Ahlul Kitab, adalah keturunan Ishak yang memiliki Taurat dan Injil.
Dalam uraian terdahulu, kita telah mengetahui bahwa paman Muhammad, Abu Thalib begitu mengasihi keponakannya itu lebih dari anaknya sendiri. Ali, sepupu Muhammad, yang adalah anak Abu Thalib adalah seorang yang terpelajar, bahkan ia menulis sebuah karya berjudul Nahj al Balaghah (The Path of Eloquence). Sehingga tidaklah mungkin Abu Thalib membiarkan Muhammad tumbuh dewasa tanpa mendapatkan pendidikan baca tulis sama sekali.
Dimasa mudanya Muhammad bekerja pada Khadijah, sebagai agen perdagangan. Seorang agen perdagangan haruslah memiliki cukup pengetahuan tentang dagang dan pembukuan. Pengetahuan macam ini tidak dimungkinkan bagi orang yg tidak mampu membaca dan menulis.
JAWAPAN:
Penulis artikel ini telah menulis:
"Quran juga menyebut kaum buta huruf dengan sebutan Ahlul Kitab".
Kemudian, dia telah membawakan beberapa firman Allah, ada sebilangannya yang telah disalah tafsirkan. Berikut kami kemukakan bentuk-bentuk kesilapannya:
Di dalam hal ini, penulis artikel telah membawa 2 kesilapan yang jelas:
Kesilapan pertama
Perkataan penulis:
"Quran membuat perbandingan ini".
Kemudian, dia membawakan ayat:
"Oleh sebab itu jika mereka berhujjah ( menyangkal dan membantahmu, wahai Muhammad ), maka katakanlah: "Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku". Dan bertanyalah kepada orang-orang yang diberi al-Kitab, dan orang-orang yang buta huruf: "Sudahkah kamu menyerah diri ( kepada agama Islam yang aku bawa )?" Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling ( tidak mahu menerima Islam ), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya" - [ Aali 'Imran: 3/20 ].
Ayat ini tidak menggunakan " shigaat " [ صِيْغَةٌ ] atau bentuk perbandingan seperti yang didakwakan penulis. Ini kerana, sekiranya dikaji dari sudut bentuk ayat dalam ilmu Bahasa 'Arab, frasa "dan bertanyalah kepada orang-orang yang diberi al-Kitab, dan orang-orang yang buta huruf: Sudahkah kamu menyerah diri?" menggunakan dua bentuk: bentuk " al-amru " ( perintah ) dan " al-istifhaam " ( pertanyaan ), seperti mana yang akan kami jelaskan berikutnya.
Kesilapan kedua
"Ayat ini menunjukkan keinginan para ‘buta huruf’ untuk mempelajari kitab suci".
Perkataan ini bercanggahan dengan apa sebenarnya yang dikehendaki oleh ayat itu, kerana ia tidak menjelaskan tentang " keinginan " orang-orang Musyrikin Mekah yang buta huruf untuk mempelajari kitab suci, sebaliknya bentuk ayat ini sahaja, dari sudut " lughah " [ لُغَةً ] atau bahasanya memakai bentuk " al-amru " [ الأَمْرُ ] atau " perintah ", digabungkan pula dengan " al-istifhaam " [ الإِسْتِفْهَامُ ] atau " pertanyaan ". Yakni, perintah kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم supaya melontarkan pertanyaan kepada orang-orang yang diberi al-Kitab ( Yahudi dan Nasrani ) dan orang-orang yang buta huruf ( kaum Musyrikin Mekah ), adakah mereka telah menyerah diri kepada agama yang dibawa oleh Baginda Rasulullah, bukannya menunjukkan ke arah " al-iraadah " [ الإِرَادَةُ ] atau " kehendak " orang-orang buta huruf tersebut untuk mempeljari kitab suci, kerana seperti mana yang dapat difahami, orang-orang Musyrikin di zaman Rasulullah adalah penentang Baginda, maka mana mungkin mereka boleh ada keinginan untuk menuruti kitab suci yang dibawanya, apatah lagi mempelajarinya?
2. Adapun firman Allah, Surah al-Baqarah, ayat 2/78, maka penulis artikel telah tersilap dalam memasukkan rujukan ayat. Dia telah membawakan ayat 2/7, padahal yang sebenarnya adalah 2/78.
"Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].
Perkataan penulis:
"Ayat2 berikut menunjukkan bahawa Muhammad percaya bahwa ia datang dari latar belakang ‘buta huruf’ ini".
Kemudian beliau membawakan dua ayat, kami kemukakan terjemahan penuhnya:
"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah, Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya." - [ al-A'raaf: 7/157 ].
"Katakanlah ( wahai Muhammad ): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, Dia ( Allah ) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk." - [ al-A'raaf: 7/158 ].
Kami sesungguhnya tidak memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh penulis artikel ini daripada perkataannya: "Ayat2 berikut menunjukkan bahawa Muhammad percaya bahwa ia datang dari latar belakang ‘buta huruf’ ini", kerana ayat di atas sama sekali tidak menjelaskan perkataan Nabi yang menjelaskan kepercayaan Baginda bahawa dirinya adalah seorang yang buta huruf, kerana apa sebenarnya yang dijelaskan dalam ayat ini ialah, Allah mempertegaskan kedudukan Rasulullah sebagai seorang manusia biasa yang buta huruf sebelum datangnya al-Qur'an kepada Baginda, sebagai bantahan kepada dakwaan orang-orang kafir bahawa mereka menuduh Muhammad mereka-reka cerita atau memetik daripada kitab-kitab yang terdahulu, seperti Taurat dan Injil, lalu membentuknya menjadi al-Qur'an. Mustahil Baginda mampu melakukan demikian kerana Baginda seorang yang buta huruf, tidak mampu memahami kitab-kitab yang terdahulu. Inilah maksud yang betul yang dikehendaki daripada tujuan disebutkan kalimah " an-nabiyy al-ummiyy " dalam ayat-ayat di atas.
Perkataan penulis:
"Jadi, kaum ‘buta huruf’ adalah bangsa Arab, keturunan Ismael, yang tidak memiliki kitab suci, sementara Ahlul Kitab, adalah keturunan Ishak yang memiliki Taurat dan Injil".
Bercanggahan dengan firman Allah, Surah al-Baqarah, ayat 2/78, seperti yang dikemukakan terjemahannya di atas:
"Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].
Di dalam firman ini, " orang-orang yang buta huruf " yang dimaksudkan di sini adalah satu kumpulan daripada kaum Bani Israel yang telah dirujukkan oleh ayat-ayat sebelumnya. Bererti, dari kalangan Ahlul Kitab sendiri pun, ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak memahami apa-apa pun daripada Kitab Allah itu kecuali cerita-cerita rekaan dan dusta yang mereka ambil daripada pemimpin-pemimpin mereka. Maka, bukanlah bangsa 'Arab sahaja yang dianggap sebagai buta huruf, para Ahlul Kitab juga ada yang buta huruf.
Perkataan penulis:
"Dalam uraian terdahulu, kita telah mengetahui bahwa paman Muhammad, Abu Thalib begitu mengasihi keponakannya itu lebih dari anaknya sendiri. Ali, sepupu Muhammad, yang adalah anak Abu Thalib adalah seorang yang terpelajar, bahkan ia menulis sebuah karya berjudul Nahj al Balaghah (The Path of Eloquence). Sehingga tidaklah mungkin Abu Thalib membiarkan Muhammad tumbuh dewasa tanpa mendapatkan pendidikan baca tulis sama sekali".
Kami katakan, ini satu lagi jenis penyimpangan yang dilakukan oleh orang yang terlalu tergesa-gesa, sangat singkat penilaiannya, sama sekali tidak memiliki ilmu pengetahuan yang cukup, namun dia masih ingin menulis, sehingga mengakibatkan orang ramai yang membaca tulisannya " terfitnah " di atas kebodohan dan kejahilannya sendiri. Di dalam hal ini, penulis telah membawakan satu fakta yang salah sama sekali.
Kitab " Nahj al-Balaaghah " [ نَهْجُ البَلَاغَةِ ] bukan dikarang oleh sepupu Rasulullah, Khalifah 'Ali bin Abi Thaalib, tetapi sebaliknya ia telah dikarang oleh as-Syeikh Abul Hasan Muhammad bin al-Husain bin Musa ( 359H - 406H ) yang lebih terkenal dengan gelaran " as-Syarif ar-Radhiyy ". Beliau telah mengarang sebuah kitab yang bertajuk " Nahj al-Balaaghah ", dan mengaitkannya dengan Khalifah 'Ali bin Abi Thaalib, kerana beliau menghimpunkan nasihat-nasihat dan kata hikmah Khalifah 'Ali di dalam kitab tersebut. Namun, pengarang artikel ini, oleh kerana dangkal pengetahuannya tentang fakta sejarah, telah terkeliru dengan menganggap bahawa kitab ini dikarang sendiri oleh Khalifah Ali, padahal, sama sekali tidak begitu. Telah diketahui bahawa orang-orang 'Arab Jahiliyyah itu ummi, buta huruf, tidak pandai membaca dan menulis. Di zaman tersebut pun, tidak ada alat kelengkapan menulis yang sempurna. Maka, tidaklah wujud satu dakwaan bahawa sebelum kedatangan Islam, Khalifah 'Ali seorang yang terpelajar sehingga berjaya pula menulis sebuah kitab, bahkan setelah Khalifah 'Ali memeluk Islam dan menjadi khalifah yang memimpin kerajaan Islam pun, tidak wujud walau satu riwayat yang menegaskan bahawa beliau ada menulis apa-apa buku atau kitab.
Perkataan penulis:
"Dimasa mudanya Muhammad bekerja pada Khadijah, sebagai agen perdagangan. Seorang agen perdagangan haruslah memiliki cukup pengetahuan tentang dagang dan pembukuan. Pengetahuan macam ini tidak dimungkinkan bagi orang yg tidak mampu membaca dan menulis".
Kami menegaskan: Penulis telah membawakan satu kenyataan yang sungguh dangkal dan tidak berdasar. Seperti mana yang dapat dilihat, tidaklah semua jenis perniagaan itu sama, ia memiliki tingkatan-tingkatannya tertentu, yang memerlukan kepakaran yang berbeza. Dan kita telah mengetahui, tidaklah keadaan ekonomi orang-orang 'Arab Jahiliyyah di zaman terdahulu kala itu sama seperti keadaan ekonomi di zaman kita sekarang, yang sentiasa berkembang pesat sehingga ia menuntut si peniaga untuk bukan sahaja memerlukan kemahiran asas dalam pembacaan dan penulisan, bahkan pengetahuan dalam segala aspek dan selok belok pernigaaan. Masyarakat'Arab Jahiliyyah hidup dalam kejahilan, buta huruf, tidak pandai membaca dan menulis, namun ramai daripada mereka yang menjadi petani-petani yang memiliki kebun-kebun besar, peniaga-peniaga besar yang memiliki keuntungan yang berganda, dan tidak pula semua pekerjaan mereka itu terkait dengan kemampuan mereka untuk membaca dan menulis bagi melaksanakannya.
Maka, begitulah keadaan ekonomi ketika Rasulullah menguruskan perniagaan isterinya, Khadijah. Ketika itu, ada ramai peniaga 'Arab yang lain, dan Rasulullah, seperti keadaannya kebanyakan masyarakat 'Arab ketika itu, Baginda belum lagi pandai membaca dan menulis.
Masalah yang terbesar mengapa boleh wujud kenyataan sebegini adalah penulis telah cuba menyamakan keadaan ekonomi dan keperluan untuk menguruskannya di zaman kita sekarang dengan keadaan ketika di zaman Rasulullah, di mana seperti yang disebutkan di atas, kejahilan masih merata pada diri mereka, namun itu tidak pun menghalang mereka daripada menjadi petani, peniaga dan sebagainya.
PETIKAN:
MARI KITA MEMBEDAH HADIS DAN SIRAT NABI UNTUK MEMBUKTIKAN KEBOHONGAN TERSEBUT.
Salah satu hadis menceritakan Muhammad yang sedang membuat perjanjian dengan kaum kafir, namun terdapat beberapa point yang tidak disetujui Muhammad; “Rasulullah mengatakan kepada Ali: “Hapus kata2 itu!” Ia, (Ali) mengatakan: “Saya tidak akan menghapuskannya.” Akhirnya Rasulullah menghapuskannya dengan tangannya sendiri……….” (Sahih Muslim 4401),
Jika Muhamad tidak dapat membaca bagaimana ia tahu kata2 mana yang harus dihapuskan ?
JAWAPAN:
Kami katakan, dengan apa yang ditulisnya pada soalannya di atas, dapatlah kami fahami betapa lemah dan sedikitnya ilmu pengetahuan yang dimiliknya dalam selok belok disiplin ilmu hadis. Maka, kami berniat untuk memperjelaskan kesilapan yang dilakukan oleh penulis artikel ini dan kami memberi peringatan kepada para pembaca sekalian di atas sikap jahil tidak bertempat seperti ini dan kami ingin mengajak pembaca supaya berhati-hati apabila membawakan hadis-hadis Rasul tanpa disertai dengan pemahaman yang benar tentang maksudnya serta lain-lain permasalahan yang terkait dengannya.
Di dalam penjelasan sebelumnya, kami telah mengemukakan keterangan tentang hadis permulaan turunnya wahyu kepada Rasulullah, di mana Malaikat Jibrail as. telah datang dan menyampaikan al-Qur'an kepada Baginda Rasul. Malaikat Jibrail as. telah memerintahkan supaya Baginda membaca sebanyak 3 kali, sambil memeluk dan meliputi tubuhnya. Ketika inilah, terjadinya penyampaian ilmu, di mana al-Qur'an telah diajarkan kepada Baginda Rasulullah. Dengan itu, berubahlah keadaan dirinya, daripada seorang lelaki yang buta huruf, menjadi seorang lelaki yang celik, pandai membaca, bahkan menulis. Maka, Baginda telah diberi kebolehan untuk membaca al-Qur'an yang telah disampaikan kepada dirinya dengan penuh kefasihan dan kelancaran.
Keadaan ini terjadi sejurus selepas Baginda mendapat wahyu dan dianggap sebagai seorang Rasul utusan Allah secara rasminya. Dan seperti mana yang dapat difahami daripada riwayat-riwayat sejarah yang masyhur, perkara ini terjadi ketika Rasulullah masih berada di Kota Mekah, 13 tahun sebelum berlakunya al-Hijrah atau perpindahan ke Kota Madinah.
Adapun hadis yang dibawakan oleh penulis di atas, yang menjelaskan keadaan bagaimana Rasulullah membuat perjanjian dengan orang-orang kafir, ini tidak lain telah terjadi setelah perpindahan Rasulullah ke Kota Madinah, di mana pada ketika itu, satu kerajaan Islam yang sempurna dan kukuh telah terbentuk di Madinah. Maka, Rasulullah berniat untuk melakukan perjanjian dengan orang-orang kafir untuk menjaga hak orang-orang Islam dan orang-orang kafir bagi memastikan kedamaian bersama-sama.
Keadaannya tidak begitu ketika permulaan Islam dikembangkan di Kota Mekah, kerana pada ketika itu, Islam masih berada pada tahap permulaan, bilangan orang-orang beriman yang menjadi pengikut Rasul masih sangat sedikit, tidak wujud kekuasaan di Kota Mekah kecuali didominasi oleh orang-orang Musyrikin Mekah, sehingga orang-orang beriman yang memang sedikit itu ditindas dan disiksa sepanjang waktu. Maka pada ketika ini, tidaklah masuk akal untuk dikatakan bahawa Rasulullah ada melakukan apa-apa perjanjian dengan orang-orang kafir, kerana bukan Rasulullah yang menjadi pemimpin pada ketika itu, sebaliknya Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Sufyan al-Harb dan sebagainya.
Perkara ini adalah penjelasan kepada hadis-hadis dan riwayat-riwayat yang dibawakan oleh penulis seterusnya:
“Diriwayahkan Amir ibn Shahr: …….Rasulullah MENULIS dokumen bagi Dhu Marran……” (Sunan Abu-Dawud Book 19, Number 3021)
Yazid ibn Abdullah, yan, meriwayahkan, “Kami berada di Mirbad. Datanglah seorang dengan rambut terurai dan memegang selembar kulit merah ditangannya. …Kami kemudian bertanya: Siapa menuliskan dokumen ini untuk mu ? Ia menjawab: Rasulullah.” (Sunan Abu-Dawud Book 19, Number 2993)
Ibn “Abbas mengatakan , “Pada saat penyakit Rasul semakin parah, ia mengatakan, “Bawakan saya kertas (tulis) dan saya akan MENULISpernyataan sehingga kau tidak akan lengah.” (Sahih Bukhari 3:114)
Dikisahkan oleh Anas bin Malik: Ketika Nabi menulis suatu surat atau mempunyai ide dalam penulisan sebuah surat. Nabi diberitahu bahwa mereka ( para penguasa) tidak akan membaca surat tersebut kecuali surat tersebut disegel…. ( Sahih Bukhari 3:65)
Dikisahkan oleh Abdullah bin Abbas: Rasulullah menulis ke Kaisar dan mengundang dia untuk menerima Islam dan rasul mengirim suratnya beserta Dihya Al-Kalbi yang diperintah untuk membawa surat tersebut kepada Gubernur Busra agar disampaikan ke Kaisar. ( Sahih Bukhari 52:191)
Dikisahkan oleh Abdullah ibn Abbas: Nabi menulis sebuah surat ke Heraclius: ” Dari Muhammad, Rasul Allah, kepada Hiraql (Heraclius), Pemimpin Byzantine…. (Abu Dawud 41: 5117)
Anas melaporkan: “Kapan rasulullah berniat untuk menulis surat kepada para raja Ajam (non arab), mengundang mereka untuk masuk ke Islam, orang-orang berkata bahwa mereka tidak menerima surat jika tanpa suatu segel ( perangko) diatas surat tersebut.. ( Hadis Sunan Pada Tirmidzi 4:85)
Anas melaporkan bahwa: Rasulullah berniat untuk menulis surat kepada Kisra, Qaysur ( Ceasar) dan Najashi, mengundang mereka untuk menerima Islam. Orang-Orang berkata: ‘( O Rasulullah) orang-orang itu tidak menerima surat tanpa suatu perangko diatas surat itu’ ( Hadis Sunan Pada Tirmidzi 6 : 87)
Diceriterakan berdasarkan otoritas Anas bahwa rasulullah menulis ke Chosroes ( Raja Persia), Kaisar ( Kaisar Roma), Negus ( Raja Abyssinia) dan semua raja2 kafir untuk mengundang mereka kepada Allah… ( Sahih Muslim 4382)
Diceriterakan oleh Anas: Ketika Nabi berniat untuk menulis suatu surat kepada penguasa Byzantine, ia diberitahu bahwa orang-orang itu tidak membaca surat apapun kecuali jika surat tersebut dicap dengan suatu segel… (Sahih Bukhari, 52:189)
“Ketika penyakit nabi bertambah parah ia berkata, ‘ Beri aku pena dan kertas, saya akan menulis sebuah dokumen untukmu sehingga kau tidak akan tersesat. ( Tabari V 9, p174)
Keterangan terakhir: Semua riwayat yang disebutkan di atas terjadi setelah Rasulullah dilantik menjadi Rasul, ketika Baginda telah pun memiliki kemampuan membaca dan menulis, setelah berlakunya peristiwa Jibrail as. menyampaikan wahyu al-Qur'an kepada Baginda, sejuruh selepas itu, Baginda bukan lagi seorang yang ummi atau buta huruf, sebaliknya telah menjadi seorang yang celik, tahu membaca dan menulis, bahkan Baginda Rasulullah telah dikurniakan dengan ilmu pengetahuan yang tidak pernah dikurniakan oleh mana-mana manusia selain Baginda.
Di sini, kesimpulan secara menyeluruh yang dapat kita perhatikan, hanya kerana belaku sedikit salah faham pada dalil-dalil al-Qur'an dan as-Sunnah, penulis telah tertipu dengan menganggap bahawa Muhammad itu bukan seorang yang buta huruf. Hanya kerana tidak melihat kepada keadaan Muhammad sebelum dibangkitkan menjadi Rasul, dengan memahami perbezaannya setelah Baginda menjadi Rasul, dia telah melakukan kesilapan yang paling kritikal yang membawanya kepada salah faham di atas seluruh dalil yang lain.
PETIKAN:
TERBUKTI SUDAH BAHWA KLAIM MUHAMMAD ADALAH SEORANG YANG BUTA HURUF HANYALAH KEBOHONGAN BELAKA.
Namun terlepas dari kekurangan dan kebohongan Muhammad, kita harus akui bahwa ia adalah penulis best seller segala jaman. Lupakanlah sukses Harry Potter, Quran adalah buku terlaris segala jaman. Jika Muhammad lahir di tahun ini, ia tidak perlu mencari nafkah dengan merampok atau membunuh. Cukup dengan menulis buku, dengan khayalan dan halusinasinya. Ia memang tahu bagaimana menarik perhatian orang dengan tulisannya.
JAWAPAN:
Apa yang telah menjadi satu " kebuktian " di sini hanyalah, penulis telah berjaya membuktikan sejenis sikap kebodohan dan kejahilan yang amat parah, penyimpangan-penyimpangan fakta dan keadaannya yang tidak memiliki pengetahuan yang sempurna terhadap ilmu hadis, aspek-aspek periwayata hadis, bagaimana kaitan hadis terhadap sejarah dan tarikh-tarikhnya dan lain-lain masalah yang terkait dengan selok belok disiplin " ilmu musthalah al-hadis " atau " ilmu kajian hadis " yang memang amat diperlukan untuk seseorang itu " membedah " hadis-hadis Rasulullah dengan kefahaman yang setepat-tepatnya. Sesungguhnya manusia ini, akal fikirannya terlalu sedikit, pengetahuannya seumpama sebutir pasir di tepian pantai, namun dia ingin mempergunakan akalnya yang amat keji itu untuk menghancurkan kehormatan dan kesucian nilai ajaran Islam, lalu merobohkan tiang-tiangnya. Inilah sikapnya orang-orang Kristian, tidak memiliki pengetahuan langsung tentang sejarah Islam, bagaimana tamadun Islam berkembang, bagaimana Islam telah maju dengan jayanya sehingga agama Kristian pun terpengaruhi oleh kemajuannya.
Kebenaran Muhammad yang membawa al-Qur'an dan kenyataan Baginda sebagai seorang yang buta huruf adalah satu kepastian yang tidak dapat dibantah, sehingga perkara ini sahaja telah membuka mata para musuh Islam sendiri, dan para orientalis Barat pun merasa kagum dengan kebenaran yang jelas ini. Mereka telah mengkaji segala bukti sejarah dengan hati yang terbuka, dan tidak mereka dapati sesuatu pun kecuali rasa kagum kepada kemegahan dan kekuatan Islam.
Di kala kesempatan ini, kami mohon taufiq dan hidayah dari Allah serta kami berlindung dengan namaNya yang mulia daripada kami melakukan kedustaan dan penipuan yang sebegitu buruk terhadap agama yang diredhai Allah ini, Islam. Kami juga bersyukur kepada Allah, kerana melalui bantuan, pertolongan dan petunjukNya kepada kami, berjayalah kami " membongkarkan " satu lagi rahsia penipuan yang dilakukan oleh penulis artikel ini, yang tidak lain, seorang musuh Islam yang nyata. Tidaklah dia berjaya menentang hujjah-hujjah Allah, dan semoga Allah sentiasa menyelamatkan kita daripada manusia-manusia seperti ini.
Hahaha..... ini lagi satu cakap tak serupa bikin, tuan segolonagan menwar-warkan ikut sunnah nabi... ikut sunnah nabi...... tetapi nabi buta huruf menurut pemahaman tuan segolongan, tuan segolongan tak nak pula ikut macam nabi tu..... bukankah lebih baik tuan segolong semuanya buta huruf agar ikut sunnah dan dapat pahala berterusan............ nampaknya tuan segolongan juga ingkar sunnah..... kakakakaka.....
ReplyDeleteBaginda Nabi lahir dalam keluarga bangsawan dan didik dengan akhlak yang mulia, sudah tentu keluarganya menitik beratkan ilmu agar baginda tidak buta huruf..... kemudian semasa remajanya baginda adalah seorang perniaga yang berjaya, tak mungkin nabi tiada keinginan untuk belajar membaca/menulis..... seterusnya nabi menerima wahyu dan menjadi nabi yang perlu diteladani oleh umatnya..... kemudian nabi menjadi pemerintah yang perlu menulis surat2 utusan kepada nagara2 lain..... surat2 tersebut perlu di cop mohor oleh baginda.... adakah baginda menurunkan cop mohor tanpa membaca surat tersebut...... maka hentikan memfitnah nabi bahwa nabi buta huruf sekira tuan segolongan mencintai baginda..... jgn ckp tak serupa bikin....
ReplyDeleteKenapa jika baginda nabi pandai membaca/menulis tuan segolongan pun tidak percaya ke bahwa Al Quran tu dari Allah macam perangai orang2 kafir tu.... ?
ReplyDeleteUntuk membuktikan bahwa Al Quran itu wahyu dari Allah tidak perlulah mengatakan nabi buta huruf..... Al Quran boleh berdiri dengan sendirinya, banyak firman2 Allah yang menegaskan bahwa Al Quran itu benar2 wahyu;
QS4:82. Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.
Qs10:38. Atau (patutkah) mereka mengatakan "Muhammad membuat-buatnya." Katakanlah: "(Kalau benar yang kamu katakan itu), maka cobalah datangkan sebuah surat seumpamanya dan panggillah siapa-siapa yang dapat kamu panggil (untuk membuatnya) selain Allah, jika kamu orang yang benar."
Banyak ayat2 Al Quran yg Allah tegaskan bahwa Al Quran itu benar2 wahyu Allah..... tapi ialah tuan segolongan tak akan percaya bahwa nabi pandai menulis..... tuan segolongan fitnah nabi buta huruf baru tuan segolongan nak terima Al Quran kononnya.... macam perangai golongan munafik je...