Selamat Datang


Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].

Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].

Thursday, May 10, 2012

Penjelasan tentang hadis sahabat meminum air kencing unta

GOLONGAN ANTI HADIS MERAGUI HADIS TENTANG NABI MUHAMMAD MENYURUH SAHABAT MEMINUM AIR KENCING UNTA HANYA KERANA IA TIDAK SESUAI DENGAN LOGIK AKAL YANG SEMEMANGNYA TERBATAS. BERIKUT ADALAH PENJELASAN TENTANG HADIS TERSEBUT DAN BAGAIMANA SAINS MODEN MENGAKUI MUKJIZAT NABI MUHAMMAD TERSEBUT

Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata:

Cuaca Madinah tidak sesuai untuk beberapa orang, maka Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh mereka mengikut pengembala untanya dan untuk mereka minum susu dan kencing unta tersebut.

Maka mereka mengikut pengembala itu dan minum susu serta kencing unta sehingga menjadi sihat semula badan mereka.

[ Sahih: Hadis dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi, al-Nasa’i, Ibn Majah dan lain-lain dengan lafaz yang sedikit berbeza-beza tetapi dengan pengajaran yang sama, iaitu disuruh minum susu dan air kencing unta sebagai ubat. Di atas adalah lafaz al-Bukhari, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5686 (Kitab Tibb, Bab Berubat dengan air kencing unta). ]


HADIS INI PADA ZAHIRNYA PELIK TETAPI LIHAT BAGAIMANA ANAS MENGATAKAN "Maka mereka mengikut pengembala itu dan minum susu serta kencing unta sehingga menjadi sihat semula badan mereka". INI ADALAH BUKTI BAGAIMANA SUSU DAN AIR KENCING UNTA MAMPU MEMBERI UBAT KEPADA SESETENGAH PENYAKIT.......

Ini adalah satu contoh kaedah perubatan yang dilakukan oleh Rasulullah yang sesuai dengan suasana masyarakat di zamannya. Ia adalah sesuatu yang diterima dan terbukti berkesan. Orang ramai di ketika itu tidak menolaknya, malah mereka menerimanya sebagai sejenis ubat yang mujarab. Ia hanya dipandang aneh oleh masyarakat di zaman kebelakangan kerana tidak biasa dengannya.

Perlu diingatkan bahawa apabila Rasulullah menetapkan jenis-jenis ubat, ia bukanlah sesuatu yang diteka atau dipilih secara rambang tetapi ia adalah berdasarkan ilmu yang benar, sama ada merupakan ijtihad baginda atau pembelajaran baginda daripada suasana di sekelilingnya. Semua ini berada di bawah pengawasan wahyu. Hal ini baginda lakukan dengan penuh tanggungjawab dan baginda juga berpesan kepada orang lain agar melakukannya juga dengan penuh tanggungjawab.

Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).

Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

[ An-Najm 53: 2 - 4 ]

Adapun persoalan tentang najisnya kencing unta, para ahli fiqh mengatakan bahawa berdasarkan hadis di atas, dibolehkan minum air kencing daripada binatang yang halal dimakan dagingnya. Ia tidak lagi dipandang sebagai najis.

[ Dalam bab ini ada beberapa pendapat dan semuanya telah dikupas oleh al-Syaukani dalam Nail al-Authar (terj: Hadimulyo & K. Suhardi; CV. asy-Syifa’, Semarang 1994), jld 1, ms 101-108. ]

Hadis yang menjelaskan tentang air kencing unta itu merujuk kepada sekumpulan musafir yang sakit, lalu mengadu kepada Rasulullah. Maka, daripada perkara ini, kita dapat memerhatikan satu "qariinah" ( petunjuk ) yang jelas: Hadis itu TIDAK membawa maksud, kita disuruh menjadikan air kencing unta sebagai "minuman rasmi" atau "minuman adat" kita seperti Pepsi atau Coca Cola atau air kosong. Penggunaan air kencing unta mengikuti petunjuk yang berada di dalam hadis ini khusus untuk penggunaan perubatan ketika 'dharuurah' atau keterdesakan sahaja. Maka, ini tergolong dalam Bab "Berubat Dengan Menggunakan Benda-benda Haram". Adakah dibolehkan atau tidak. Jawapannya dibolehkan ketika dharuurat.

Seperti mana Allah menjelaskan di dalam al-Quran pengharaman makan bangkai, daging khinzir dan darah, tapi Allah membenarkan kita makan semua itu apabila keadaan berubah kepada "dharuurah" atau keterdesakan. Maka, perkara yang najis, kotor, dan jijik pun Allah benarkan kita makan ketika 'dharuurah', yakni ketika dibimbangi berlakunya kebinasaan jiwa dan kematian, ketika tidak ada lagi makanan lain yang boleh dimakan dan ditakuti seseorang itu akan mati kebuluran.

Maka, tidakkah dihalalkan makan benda najis seperti babi, bangkai dan darah yang disebutkan dalam firman Allah itu serupa dengan dibenarkan berubat dengan "air kecing unta" yang juga merupakan najis ketika keadaan mendesak atau dharuurat?

Saintis telah mengkaji kandungan dalam air kencing unta dan mereka telah mendapati ia ada memiliki khasiat-khasiat tertentu yang dapat merawat kanser dan penyakit-penyakit lain. Apakah tidak ini satu bukti bahawa kandungan hadis-hadis Rasulullah itu terbukti benar?

BUKTI SAINS MODEN MEMPERAKUI DAN MENGGUNAKAN KAEDAH NABI MUHAMMAD

Jeddah: Ketua Jabatan Implan Tisu di Pusat Penyelidikan Raja Fahd berkata, dia dihubungi Kedutaan Jepun di Malaysia yang ingin mengetahui mengenai kegunaan air kencing unta untuk merawat kanser dan mencegah radiasi nuklear.

Dr Fatin Khoursheed (gambar) yang juga penyelia Kerusi Al-Zamil untuk Kanser memberitahu akhbar berbahasa Arab Al-Hayat, panggilan telefon itu diterimanya ketika krisis nuklear di Jepun semakin bertambah buruk.

Dr Fatin berkata, dia sudah menjalankan penyelidikan mulai 2004 selepas berjaya memulihkan berpuluh-puluh kes pelbagai penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu. Pesakit yang sudah menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98 peratus.

http://greenboc.blogspot.com/2011/04/air-kencing-unta-cegah-kesan-radiasi.html

No comments:

Post a Comment