oleh : Tok Janggut
Apa yang kita maksudkan dengan golongan yang memandu dan dipandu ialah golongan yang berhujah dan beriman dengan Al-Qur’an. Jelas bahawa apabila disebut al-Quran, ia juga merangkumi sunnah Rasullulah shallallahu 'alaihi wasallam. Hakikatnya terdapat dua golongan di dalam konteks perbincangan kita ini. Pertama ialah golongan yang memandu al-Quran sementara kedua ialah golongan yang dipandu oleh al-Qur’an.
Golongan yang memandu al-Quran banyak wujud pada ketika ini. Mereka menggunakan al-Qur’an dengan membacanya dan menafsirnya. Akan tetapi al-Qur’an tidak membimbingnya, namun merekalah yang membimbing al-Qur’an. Golongan ini apabila melihat satu situasi, peristiwa atau permasalahan dalam realiti kehidupan, mereka akan cuba mencari ayat-ayat al-Qur’an untuk menjustifikasikan situasi tersebut.
Apabila mereka berhujah para wanita muslimah tidak perlu bertudung, mereka memandu ayat al-Qur’an agar ia selari dengan pendapat bahawa bertudung itu tidak wajib, malah haram. Apabila mereka berhujah tidak perlunya hukum hudud, qisas atau yang sewaktu dengannya, mereka menggunakan al-Qur’an untuk membenarkan kata-kata mereka. Begitu juga apabila mereka kata tidak perlu kepada hadis atau sunnah Nabi kerana ia ditulis beratus tahun selepas Nabi wafat, mereka juga menggunakan nas al-Qur’an bagi memenuhi selera mereka.
Sebaliknya golongan yang dipandu oleh al-Qur’an adalah golongan yang melihat bahawa apa sahaja perilaku mereka, ia adalah di bawah batas dan sempadan al-Qur’an. Apabila syara’ (hukum yang jelas daripada al-Qur’an dan as-Sunnah) menyatakan ‘tidak boleh’, maka berhentilah mereka daripada melakukannya. Apabila syara’ memberikan kebolehan, mereka memanfaatkannya sambil berhati-hati daripada terlangar sesuatu yang berada di dalam wilayah ‘tidak boleh’. Golongan inilah yang saya lihat sebagai golongan yang dimaksudkan oleh Allah di dalam surah al-Anfal, ayat kedua:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, maka gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, maka bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
[Al Anfal 8:2]
Bayangkan ciri-ciri golongan yang dipandu oleh Al-Qur’an ini. Tidak sekadar taat apabila diperintahkan kepada mereka untuk melakukan sesuatu, malah apabila diperdengarkan nama Allah kepada mereka, gementar hati mereka kerana takut dan cinta kepada Allah. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepada mereka, bertambahlah iman mereka lantas tetap teguh mereka kepada perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala tanpa mereka berasa ragu-ragu kerana ragu-ragu bukanlah ciri orang yang beriman. Firman Allah:
Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.
[al-Nur 24:51]
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
[al-Hujurat 49:15]
Golongan kedua inilah yang dipanggil sebagai generasi al-Qur’an. Golongan yang menyerahkan diri mereka kepada Islam dan yang tunduk sujud bukan sahaja secara zahir tetapi juga secara batin dan rohani mereka. Golongan ini tidak akan duduk senang selagi mana al-Qur’an itu tidak memandu masyarakat mereka dan tidak menjadi perlembagaan negara mereka. Golongan ini tidak akan tidur lena selagi mana al-Qur’an itu letaknya hanya di para-para masjid dan sudut-sudut tertinggi almari di rumah tanpa dibaca dan dipraktikkan sepenuhnya.
Sayang sekali bagi umat Islam pada masa kini, majoriti pemimpin dan bijak pandainya adalah darpadapada golongan yang pertama. Majoriti daripada pengikutnya pula turut daripada golongan yang pertama.
Mempertahankan maruah, kesucian dan kemuliaan ajaran Islam dan akidah Islam yang suci murni dari serangan fahaman Anti-Sunnah atau Anti-Hadis. Mempertegaskan bantahan terhadap orang-orang yang mempermain-mainkan Kitab Allah dengan membawa tafsiran-tafsiran yang salah tanpa berhujjahkan pengetahuan yang kukuh semata-mata untuk menyokong kesesatan yang dibawa oleh prinsip akal mereka yang tidak berdisiplin serta kecenderungan untuk menuruti hawa nafsu di dalam memahami ayat-ayat Allah.
Selamat Datang
Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].
Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].
Salam,
ReplyDeleteBetul ke apabila mendengar ayat2 Allah, hati tuan gementar dan takut.... jika benar apasal apabila Allah larang mmebuat pecahan dalam agama dan dari pecahan itu wujud golongan-golongan seperti Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunnah), Syiah, Wahabi, Muntazillah dsbnya. Dan sudah tentu tuan termasuk salah seorang dalam golongan yang wujud itu....
QS23:52-54 Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku. Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing). Maka biarkanlah mereka dalam KESESATANNYA sampai suatu waktu.
Jika betul hati tuan gementar.... dah tentu tuan mematuhi larangan Allah dalam ayat diatas...
Adakah sesiapa mengatakan bahwa bertudung itu haram.... kalau harap habis itu bagaimana mereka-mereka yg mempunyai kebudayaan tertudung atas faktor suasan persekitaran mereka.... haram ke tuan ? Tuan tahu ke bagaimana ianya boleh jatuh haram.... ? Ianya akan jatuh "haram" apabila sesuatu yg tidak disyariatkan oleh Allah dan rasulNya tetapi tuan memandai-mandai mensyariatkannya mempergunakan nama baginda nabi maka jatuhlah "haram".... tetapi jika tuan mengatakan ianya satu kebudayaan setempat yg tidak menyangahi syariat maka diperbolehkan..... harap tuan faham keadaan ini k.
ReplyDeleteAdakah ke juga orang yg mengatakan "Hudud" itu tidak perlu.... ? Habis tu hukum sebat 100 kali bagi penzina yg Allah sebutkan dalam Al Quran itu bukan salah satu contoh "hudud" ke.... ?
Habis tu hukum bunuh dibalas dengan bunuh yang Allah sebut dalam Quran dalam Al Quran bukan Qisas ke.... ?
Nak memfitnah agak-agaklah.....