Selamat Datang


Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].

Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].

Friday, April 27, 2012

Siapakah Pemberi Syafaat di Akhirat?

"Hari apabila Dia memanggil mereka, dan Dia berkata, "Di manakah sekutu-sekutu-Ku yang kamu menyangka? ( bahawa mereka itu adalah sekutu-sekutuKu? )" - [ al-Qishash: 28/74 ].

"Dan Kami mengeluarkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi, dan Kami berkata: Kemukakanlah bukti kamu! Kemudian mereka mengetahui bahawa kebenaran itu kepunyaan Allah, dan hilanglah daripada mereka apa yang mereka pernah reka ciptakan ( dustakan )" - [ al-Qishash: 28/75 ].

"Pada hari itu, syafaat (pengantaraan) tidak bermanfaat kecuali orang yang kepadanya Yang Pemurah memberi izin, dan ucapannya Dia sangat berpuas hati." - [ Taahaa: 20/109 ].

Golongan anti hadis menggunakan ayat-ayat ini untuk menyokong kenyataan mereka bahawa Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم tidak mampu memberi syafa'at di Hari Kiamat kelak. Ini merupakan salah satu daripada tafsiran-tafsiran mereka yang tersasar daripada pemahaman zahir al-Qur'an itu sendiri, yang tidak boleh sama sekali dijadikan dasar untuk memahami Kitab Allah dengan betul.

Sekiranya kita memerhatikan ayat-ayat tersebut, kita akan mendapati bahawa konteksnya tidak merujuk kepada syafaat Rasulullah, dan amat jauh sekali untuk dikatakan bahawa ia menafikan kelebihan Rasulullah untuk memberi syafaat kepada ummat Baginda.

Kalau ia merujuk kepada nabi, apakah dalilnya? apakah menggunakan aqal sendiri dalam mentafsir ayat dan juga mengambil ayat dari luar konteks nya sudah dikira betul memadai?

Mereka mendakwa bahawa ayat-ayat ini adalah ayat TUNTAS bahawa nabi muhammad saw tidak boleh memberi syafaat dan dakwaan orang Islam itu karut.

Tetapi, mereka ni tidak ke membaca ayat berikut:

“Dan berapa banyaknya malaikat di langit, syafaat mereka sedikitpun tidak berguna kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi orang yang dikehendaki dan diridhai (Nya).” (An- Najm:26)

Dan seterusnya:

“Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya.” (Al- Baqarah:255)

“Pada hari itu tidak berguna syafaat, kecuali (syafaat) orang yang Allah Maha Pemurah telah memberi izin kepadanya, dan Dia telah meridhai perkataannya.” (Thahaa: 109)

Kemudian Allah menyebut lagi dalam surah yang lain.

“Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafaat melainkan kepada orang yang diridhai Allah, dan mereka itu selalu berhati-hati karena takut kepada- Nya.” (Al-Anbiya: 28)

Di dalam Al Quran Allah sendiri telah memperluaskan maksud syafaat tersebut kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Ini bermaksud sekiranya di kehendakiNya, golongan anti hadis atau saya pun boleh memberi syafaat kalau kena syaratnya.

Sedangkan kalau dibandingkan kita dan nabi muhammad saw yang menerima direct wahyu, apa sangatlah kita ini. Adakah ini bermakna nabi muhammad saw itu tidak layak utk memberi syafaat setelah Al quran itu memuji baginda dengan selangit2 pujian?

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [al-Ahzab 33:56]

Tetapi dengan mudahnya golongan anti hadis yang mengaku menyannjung al-Quran itu menghina nabi yang di angkat sendiri oleh Al Quran. Sungguh keji golongan ini. Al quran mereka sanjung apabila memenangkan akal mereka, tetapi keji apabila mereka mahu mengkeji.

Inilah golngan manusia yang memandu al-Quran mereka dengan akal, dan bukannya di pandu oleh Al Quran.

No comments:

Post a Comment