Selamat Datang


Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].

Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].

Monday, April 30, 2012

Siapakah "Ahlul Zikr'... satu penjelasan ayat 39:18 yang telah dipesongkon oleh golongan anti hadis

Kassim Ahmad very recently privately said this -
God says: "Listen to all views and follow the best."

"Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang mempunyai minda." (39:18)

>>>>

Kassim Ahmad jgn syok sendiri dalam mentafsirkan ayat ini untuk mengatakan anda pun layak mentafsir al-Quran... tidak kah anda menyedari ayat ini seharusnya dibaca bersama beberapa ayat lain....

sebelum mengemukakan ayat itu.... saya bagi logik mudah untuk anda.....

sebagai contoh dalam perubatan saya seharusnya mendengar penerangan anda atau doktor?

begitu juga seharusnya dalam bidang agama antara anda dan ulama siapakah yg lebih layak dalam bidang agama?

seterusnya saya mengemukakan dalil sokongan saya untuk kenyataan ini.....

Firman Allah:

وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ إِلَّا رِجَالاً۬ نُّوحِىٓ إِلَيۡہِمۡ*ۚ فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
بِٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَٱلزُّبُرِ*ۗ وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلذِّڪۡرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيۡہِمۡ وَلَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ 

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada ahl adh-dhikr (orang-orang yang berpengetahuan agama) jika kamu tidak mengetahui (43)
(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) adh-dhikr (Al-Quran) yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya. (44)

(An-Nahl, 43, 44)

Mereka yang di rujuk sebagai "ahl zikr" di dalam ayat ini adalah secara umumnya mereka yang berpengetahuan terhadap sesuatu bidang. Contohnya kalau tukang baiki kereta, maka sewajarnya kita bertanya kepadanya tentang kereta.

Demikian adalah rumusan dari kitab-kitab tafsir

"Adh-dhikr itu adalah kitab-kitab suci yang diturunkan Allah untuk memberi peringatan. Dalam konteks ayat 43, ahli adh-dhikr itu merujuk kepada ahli al-kitab (orang yang ahli dari kalangan ahli kitab) sebelum kedatangan Nabi Muhammad. Hal ini kerana ayat tersebut diturunkan (asbabun nuzul) kerana ada orang tidak mempercayai ayat2 Al-Quran, maka mereka disarankan untuk bertanya kepada Ahli Kitab untuk mendapatkan kepastian. Ini tafsiran berdasarkan turunnya ayat ini. Tafsiran ini boleh diluaskan lagi (perenggan akhir)

Berikutnya, ayat 44, menyebut perihal Adh-dhikr. Ayat ini menyatakan Adh-dhikr diturunkan kepada Nabi Muhammad, dan hanya satu kitab saja diturunkan kepada Nabi Muhammad. Dengan ini, adh-dhikr pada ayat ini adalah jelas Al-Quran (kitab suci) yang memberi peringatan.

Inilah pemahaman Ahli Adh-dhikr dan Adh-dhikr menurut Ahli Sunnnah wal Jamaah.

Dan sedikit tambahan, disebabkan oleh Al-Quran itu sah sehingga hari Kiamat, maka ayat 43 Surah An-Nahl juga diterangkan secara umum saranan supaya bertanyakan kepada yang mahir dan berpengetahuan Agama.Pengetahuan agama yang dimaksudkan adalah pengetahuan dalam adh-dhikr yakni Al-Quran, dan untuk memahami Al-Quran maka perlulah menguasai cabang2 ilmu tafsir termasuklah Hadith berkaitan tafsir ayat Al-Quran, dan juga sentiasa mengingati Allah untuk beroleh hidayah dan panduan.... maka seharusnya orang yang layak dalam bab agama ini adalah Ulama kerana mereka memang terlatih dalam bidang agama...

dan mereka juga diangkat sebagai orang yang paling dihormati dalam al-Quran dan Hadis Nabi.....

No comments:

Post a Comment