maklumat penting:
Dan 'illat / kecacatan dalam hadis ini adalah perawi Muhammad bin Ishaq, sesungguhnya dia telah diperselisihkan dengan amat banyak sekali dan dia menyalahi sekalian perawi terpercaya yang lain.
Ada 1 pembahasan yang panjang tentang sanad hadis ini dari berbagai-bagai sudut, yang tidak mungkin akan mampu difahami oleh orang-orang yang tidak memahami ilmu sanad hadis. Namun, kesimpulan yang dilakukan oleh ahli hadis yang mengkaji sanad hadis ini, mereka mengatakan: Hadis ini MUNKAR. (Berada dalam ketegori mardud / tertolak).
Oleh : Ahmad Dailami Fauzi
Hadis Imam Ibn Majah :
Daripada 'Aisyah ranha. katanya "Ketika diturunkan kepada kami akan ayat rejam dan penyusuan orang dewasa sepuluh kali, sesungguhnya di bawah tilamku ada terdapat satu muka surat, maka ketika wafatnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم kami menjadi sibuk dengan kewafatannya, masuklah seekor kambing lalu memakannya".
Dikeluarkan oleh Imam Ahmad (6/269), Abu Ya'la dalam musnadnya (4587), at-Thabarani dalam al-Ausath (8/12) dan selainnya daripada jalan Muhammad bin Ishaq, katanya "Telah menceritakan kepadaku 'Abdullah bin Abi Bakar bin Hazam, daripada 'Amrah binti 'Abdul Rahman daripada Aisyah ranha, isteri Rasulullah صلى الله عليه وسلم".
Dan 'illat / kecacatan dalam hadis ini adalah perawi Muhammad bin Ishaq, sesungguhnya dia telah diperselisihkan dengan amat banyak sekali dan dia menyalahi sekalian perawi terpercaya yang lain.
Ada 1 pembahasan yang panjang tentang sanad hadis ini dari berbagai-bagai sudut, yang tidak mungkin akan mampu difahami oleh orang-orang yang tidak memahami ilmu sanad hadis. Namun, kesimpulan yang dilakukan oleh ahli hadis yang mengkaji sanad hadis ini, mereka mengatakan: Hadis ini MUNKAR. (Berada dalam ketegori mardud / tertolak).
Ulama-ulama memiliki penjelasan dan bantahan mereka terhadap hadis ini. Berikut saya kemukakannya :
Ketika diturunkan satu ayat daripada ayat-ayat al-Quran, ketahuilah, para sahabat telah bersepakat dan berhimpun untuk menghafalnya, lalu datanglah seekor kambing dan memakan satu muka surat, dan yang demikian itu tidak logik untuk dikatakan, ia memudharatkan al-Quran sedikit pun dengan pengurangan atau penambahan. Maka sesungguhnya al-Quran itu terpelihara dalam dada sahabat-sahabat, dan sekiranya dikatakan seorang lelaki memelihara al-Quran, kemudian api muncul dan membakar segala helaian-helaian yang terdapat dalam rumahnya, nescaya al-Quran itu tetap terpelihara dalam dadanya. Bantahan terhadap hadis ini wujud dalam beberapa bentuk :-
1) Dalam hadis Bukhari :-
Berkata 'Abdullah Ibn Masud: "Demi Allah yang tidak ada Tuhan melainkannya, tidak turun satu ayat pun daripada kitab Allah, melainkan aku mengetahui dari mana ia diturunkan, dan tidak turun satu ayat pun daripada kitab Allah melainkan aku mengetahui tentang apa ia diturunkan, dan sekiranya aku mengetahui seseorang yang lebih mengetahui Kitab Allah daripadaku, disampaikan oleh unta, nescaya aku akan menunggang ke aranya.
2) Di dalam riwayat ini ada disebutkan tentang 'katil', yakni Aisyah meletakkan satu muka surat al-Quran di bawah katil. Sedangkan dalam riwayat-riwayat yang sahih, mengatakan bahawa Rasulullah tidak memiliki katil.
3) Sesuatu yang mustahil untuk dikatakan bahawa Rasulullah meletakkan muka surat al-Quran di bawah sebuah katil?
4) Riwayat ini adalah riwayat yang MUNKAR diriwayatkan oleh Ibn Ishaq. Ia tidak boleh digunakan. Imam as-Sarkhasi rah mengatakan "Hadis Aisyah ini hampir-hampir sahaja tidak sahih.. maka kita mengetahui bahawa hadis ini, tidak ada asalnya".
tetapi yang paling sahih adalah
Muhammad Nasri......
Muhammad Nasri Cuba baca athar yang sahih dari Saidina Umar seperti berikut:
قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ وَهُوَ جَالِسٌ عَلَى مِنْبَرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَدْ بَعَثَ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْحَقِّ وَأَنْزَلَ عَلَيْهِ الْكِتَابَ فَكَانَ مِمَّا أُنْزِلَ عَلَيْهِ آيَةُ الرَّجْمِ قَرَأْنَاهَا وَوَعَيْنَاهَا وَعَقَلْنَاهَا فَرَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجَمْنَا بَعْدَهُ فَأَخْشَى إِنْ طَالَ بِالنَّاسِ زَمَانٌ أَنْ يَقُولَ قَائِلٌ مَا نَجِدُ الرَّجْمَ فِي كِتَابِ اللَّهِ فَيَضِلُّوا بِتَرْكِ فَرِيضَةٍ أَنْزَلَهَا اللَّهُ وَإِنَّ الرَّجْمَ فِي كِتَابِ اللَّهِ حَقٌّ عَلَى مَنْ زَنَى إِذَا أَحْصَنَ مِنْ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ إِذَا قَامَتْ الْبَيِّنَةُ أَوْ كَانَ الْحَبَلُ أَوْ الِاعْتِرَافُ
Umar bin al-Khattab berkata ketika ia berada di atas minbar Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya Allah telah mengutuskan Muhammad s.a.w. membawa kebenaran dan menurunkan kepadanya kitab. Di antara yang diturunkan kepadanya ialah ayat rejam di mana kami telah membacanya, mengingatinya dan memahaminya. Maka Rasulullah s.a.w. telah merejam dan kami juga telah merejam selepas itu. Saya bimbang setelah berlalu beberapa ketika akan ada orang yang berkata “kami tidak mendapati ayat rejam di dalam kitab Allah” lalu mereka menjadi sesat kerana meninggalkan salah satu kefardhuan yang telah diturunkan oleh Allah. Sesungguhnya rejam di dalam kitab Allah adalah benar ke atas orang yang berzina bila dia telah muhshon sama ada lelaki dan perempuan bila terbukti atau dia mengandung atau dia mengaku”.
[ Sahih Muslim Bab Merejam Orang Yang Telah Berkahwin Kerana Berzina, Sahih Al-Bukhari Bab Pengakuan Berzina Dan Bab Merejam Perempuan Mengandung Kerana Berzina Bila Ia Telah Muhshon, Sunan At-Termizi Bab Hadith Yang Datang Berkenaan Memastikan Hukum Rejam. ]..
Mempertahankan maruah, kesucian dan kemuliaan ajaran Islam dan akidah Islam yang suci murni dari serangan fahaman Anti-Sunnah atau Anti-Hadis. Mempertegaskan bantahan terhadap orang-orang yang mempermain-mainkan Kitab Allah dengan membawa tafsiran-tafsiran yang salah tanpa berhujjahkan pengetahuan yang kukuh semata-mata untuk menyokong kesesatan yang dibawa oleh prinsip akal mereka yang tidak berdisiplin serta kecenderungan untuk menuruti hawa nafsu di dalam memahami ayat-ayat Allah.
Selamat Datang
Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].
Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Di manakah ayat rejam dalam al Quran seperti yg disebut Saidina Umar tu?. Tak ada sebenarnya.
ReplyDeleteBlog ni tak jawab pun persoalan berkenaan hadis ayat quran di makan kambing tu? Hadis tu ada dalam Bukhari. Sila jawab dengan fakta
ReplyDeleteKepala hotak kau ada dlm sahih Bukhari. Memandai je. Mak bagi makan semut lah ni. Mak ko hijau!!!
DeleteSabar sabar
Delete