Selamat Datang


Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].

Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].

Friday, April 6, 2012

Menyanggah penghinaan golongan anti hadis terhadap para ulama

Oleh : Tok Janggut

9:31. Mereka mengambil habr (ulama agama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara selain daripada Allah, dan al-Masih, putera Mariam; dan mereka diperintah untuk menyembah hanya Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia disanjung, di atas apa yang mereka menyekutukan.

di ambil dari laman ebacaan

golongan anti hadis [ GAH ] selalu menggunakan ayat ini untuk menghina para ulama pewaris nabi sedangkan.....

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ

“Ulama adalah pewaris para nabi.” (HR At-Tirmidzi dari Abu Ad-Darda radhiallahu ‘anhu)

Satu masalah yang pasti bagi anti hadis ini ialah kebanyakan mereka tidak tahu berbahasa arab dan bergantung kepada terjemahan. Kedua, terjemahan mereka juga bergantung kepada kadah tafsir mereka sendiri. Ie akal mereka.

Ok, kita tengok ayat surah at taubah 9:31:

(untuk ayat lebih jelas rujuk Di sini)

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَٰهًا وَاحِدًا ۖ لَّا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

GAH mentaftasirkan ayat ini merujuk kepada "Ulama agama" termasuklah ulama-ulama Islam. Mereka menyamakan ulama2 Islam ini mengikut hawa nafsu mentafsirkan agama Islam ini dan kemudian mengubahnya sesuka hati. Ini saya maksudkan mereka mentafsir sesuka hati dan luar dari konteks. Konteks ayat ini ialah dengan membaca ayat sebelumnya:

وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ ۖ ذَٰلِكَ قَوْلُهُم بِأَفْوَاهِهِمْ ۖ يُضَاهِئُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن قَبْلُ ۚ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ ۚ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ

"Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?" (at Taubah:30)

Ayat ini menyentuh mengenai kaum yahudi dan nasrani mengubah agama Allah. Kemudian ayat 31 Allah menyebut dengan perkataan "Hum" iaitu bermaksud mereka yakni merujuk kepada ayat 30 yakni orang yahudi dan nasrani. Dalam terjemahan kamus arab "ahbar" merujuk kepada Rabbai kaum yahudi dan Ruhba (rahib) ialah biarawan/wati atau dalam bahasa Inggerisnya "monk" untuk kaum nasrani. Perhatikan ayat 31:

"Mereka menjadikan Rabbai dan biarawan mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan."(At Taubah : 31)

Perhatikan ayat ahbar dan ruhba itu merujuk kepada golongan yang mengambil al Masih ibni Maryam sebagai tuhan mereka. Golongan manakah ini melainkan kaum nasrani. Bagaimana pula ayat ini boleh merujuk kepada orang Islam dan ulama Islam yang jelas menolak akidah trinity?

Jadi ini adalah contoh jelas bagaimana GAH ini akan sewenang2nya mengambil sahaja mana-mana ayat yang agak-agak "sedap" atau "macam tepat" sahaja bunyinya dan menggunakanya sebagai dalil. Jadi persoalannya, adakah pendapat mereka boleh diterima sedangkan akidah mereka MENOLAK tafsiran manusia.



pada asalnya puak anti hadis pun cakap kita hanya kena berpandukan kepada terjemahan asal tanpa tafsir...

tapi saya tengok die orang sendiri da mula tafsir sini dan sana...

Sama seperti ayat at Taubah : 31 di atas. Bagaimana dia boleh menyimpulkan bahawa ayat 31 ini adalah tafsiran utk ulama dan menjelaskan mengenai ulama zaman sekarang? Ayat mana menyatakan bahawa inilah maksud dan tafsiran ayat tersebut? Ada tak dalam al quran menyebut "ayat 31 inilah tafsiran kepada ulama... bla bla bla..."


Kesimpulannya, dari mana datang tafsir ar ruhba ini kalau tidak dari akal sendiri. Tetapi bukankah anti hadis menolak tafsir akal? Pening?

No comments:

Post a Comment