Terjemahan
Terjemahan Al-Qur'an adalah hasil usaha penerjemahan secara literal teks Al-Qur'an yang tidak dibarengi dengan usaha interpretasi lebih jauh.
Terjemahan secara literal tidak boleh dianggap sebagai arti sesungguhnya dari Al-Qur'an.
Sebab Al-Qur'an menggunakan suatu lafazh dengan berbagai gaya dan untuk suatu maksud yang bervariasi; kadang-kadang untuk arti hakiki, kadang-kadang pula untuk arti majazi (kiasan) atau arti dan maksud lainnya.
Terjemahan dalam bahasa Indonesia di antaranya dilaksanakan oleh:
Al-Qur'an dan Terjemahannya, oleh Departemen Agama Republik Indonesia, ada dua edisi revisi, yaitu tahun 1989 dan 2002
Terjemah Al-Qur'an, oleh Prof. Mahmud Yunus
An-Nur, oleh Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash-Siddieqy
Al-Furqan, oleh A. Hassan guru Persatuan Islam
Terjemahan dalam bahasa Inggris antara lain:
The Holy Qur'an: Text, Translation and Commentary, oleh Abdullah Yusuf Ali
The Meaning of the Holy Qur'an, oleh Marmaduke Pickthall......
PALING PENTING....
Terjemahan secara literal tidak boleh dianggap sebagai arti sesungguhnya dari Al-Qur'an.
Sebab Al-Qur'an menggunakan suatu lafazh dengan berbagai gaya dan untuk suatu maksud yang bervariasi; kadang-kadang untuk arti hakiki, kadang-kadang pula untuk arti majazi (kiasan) atau arti dan maksud lainnya.
JADI.....
Tafsir
Upaya penafsiran Al-Qur'an telah berkembang sejak semasa hidupnya Nabi Muhammad, saat itu para sahabat tinggal menanyakan kepada sang Nabi jika memerlukan penjelasan atas ayat tertentu. Kemudian setelah wafatnya Nabi Muhammad hingga saat ini usaha menggali lebih dalam ayat-ayat Al-Qur'an terus berlanjut. Pendekatan (metodologi) yang digunakan juga beragam, mulai dari metode analitik, tematik, hingga perbandingan antar ayat. Corak yang dihasilkan juga beragam, terdapat tafsir dengan corak sastra-bahasa, sastra-budaya, filsafat dan teologis bahkan corak ilmiah.
Tafsiran dan terjemahan adalah 2 perkara yg berbeza. terjemahan adalah kita menterjemahkan sama ada ayat ke ayat atau setiap perkataan di dalam ayat tersebut ke bahasa lain selain arab yg memudahkan kita untuk memahami makna ayat.
manakala tafsir pula menerangkan maksud sesuatu ayat atau surah...bermula dari asbabun nuzul (sebab turun), kaedah i'rab (nahu dan saraf) bacaan qiraat (7 cara bacaan yg disepakati) dan hadis2 serta athar yg menyokong makna sebenar ayat yg ditafsirkan.
sbb itu dlm islam hanya wujud ulamak tafsir, dan tiadalah wujud istilah ulamak tarjim (terjemah).
maka itu, jika kita ingin membawakan ayat al-Quran sebagai dalil hujjah kita, maka kita mendatangkan terjemahan al-Quran. Namun ianya bukan 100% tepat kecualilah disertai dengan tafsiran hadis mahupun athar sahabat.
“Terjemahan” dari sudut bahasa ialah: penerangan dan penjelasan. Terjemahan dari sudut istilah ialah: penjelasan sesuatu kata-kata dalam bahasa lain. Terjemahan al-Quran ialah: penjelasan erti al-Quran dalam selain bahasa Arab. Terjemahan al-Quran terbahagi dua:
1. Terjemahan harfiyah: iaitu menukar perkataan dengan perkataan.
2. Terjemahan ma’nawiyah atau tafsiriyah: iaitu penjelasan erti percakapan dengan bahasa lain tanpa menghiraukan susunan tertib perkataan.
Contohnya ialah firman Allah Ta‘ala ( al-Zukhruf 43:3) - Maksudnya:
Sesungguhnya Kami menjadikan al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memahaminya.
Terjemah harfiyah terhadap ayat ini ialah menterjemahkan satu persatu perkataan dalam ayat ini iaitu ‘inna’ kemudian ‘ja‘alna’ kemudian ‘qara’na’ kemudian ‘arabiyan’ dan seterusnya.
Terjemahan ma‘nawiyah terhadap ayat ini ialah menterjemahkan erti keseluruhan ayat ini tanpa melihat secara spesifik erti setiap perkataan dan susunan perkataan-perkataannya. Dalam erti kata lain, ianya lebih kepada tafsir secara ringkas.
Kebanyyakan penterjemah mentafsirkan juga pada terjemahan mereka maka di situ wujud la kurungan pada terjemahan.
Hukum Terjemahan Al-Quran
Di sisi kebanyakan ulamak, terjemahan harfiyah adalah mustahil kerana ianya mempunyai syarat-syarat yang tidak boleh dipenuhi iaitu:
1. Mempunyai perbendaharaan kata yang serupa dalam dua bahasa.
2. Mempunyai alat-alat yang membawa erti-erti tertentu yang serupa antara dua bahasa.
3. Mempunyai persamaan antara dua bahasa dalam susunan perkataan daripada konteks ayat, sifat dan sandaran.
Sesetengah ulamak pula mengatakan bahawa terjemahan harfiyah boleh dilaksanakan pada sesetengah ayat. Akan tetapi, walaupun ianya boleh dilaksanakan, hukumnya tetap haram kerana ianya tidak mungkin dapat menyampaikan maksud dengan sempurna, tidak memberi kesan pada jiwa-jiwa seperti kesan al-Quran yang berbahasa Arab yang jelas dan tiada keperluan (darurat) kepadanya kerana terjemahan ma‘nawiyah sudah mencukupi.
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Ushul%20Tafsir/tafsir4.htm
Al-Syathibi mengemukakan, lafal-lafal dalam bahasa Arab memiliki dua bentuk
pertama
(dalalah ashliyyah) yang dapat dipahami langsung dan ditemukan padanannya dalam bahasa lain;
kedua
(dalalah tabi'ah/ tsanawiyyah) yang menjadi keunikkan bahasa Arab dan merupakan bahasa Alquran yang hanya dapat dipahami dengan mengetahui karakteristik keindahan bahasanya. (Lihat: Al-Muwafaqat, Al-Syathibi, 2/46, Manahil al-'Irfan, al-Zarqaniy, 2/18).
Selain itu bahasa Alquran juga banyak menggunakan bentuk majaz (metafor), musytarak (satu kata dengan dua makna atau lebih yang berbeda), adhdad (satu kata dengan dua makna yang bertolak belakang) dan kekhasan lainnya yang tidak ditemukan dalam bahasa lain. Atas dasar itu para ulama sepakat bahwa banyak kata dan ungkapan dalam bahasa Arab, lebih-lebih Alquran yang memiliki kualiti sastera tinggi, dan tidak ditemukan padanannya dalam bahasa lain.
Melihat karakter bahasa Alquran yang sedemikian rupa, tentu tidak mungkin untuk menerjemahkan Alquran secara harfiah. Terjemah harfiah akan mengabaikan sekian banyak makna sekunder dalam Alquran, baik yang timbul karena karakteristik bahasa Arab yang menggunakan bentuk-bentuk majaz, musytarak dan lainnya, atau yang timbul dari hasil ijtihad dan istinbath hukum di balik lafal yang
http://myquran.org/forum/index.php?topic=72205.0
Dan bagi saya yang paling utama adakah terjemahan perkataan demi perkataan betul dari aspek sejarah dan akidahnya. Itu persoalan utama.
Terjemahan golongan anti hadis [ GAH ] yang sesat.,,...
Golongan anti hadis terlampau suke menggunakan terjemahan harfiyah.... ada kalanya terjemahan yang dibawakan oleh mereka itu begitu terpesong dari maksud sebenar
contohnya :
Dan apabila Ibrahim, dan Ismail bersamanya, menaikkan asas-asas sistem (baiti), "Wahai Pemelihara kami, terimalah ini daripada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui [ Al-baqarah 127 ]
Perkataan Rabbana dari kata dasar Rab diterjemahkan sebagai Tuhan. GAH menterjemahkan sebagai Pemelihara. Pemelihara atau Murabbi mempunyai kata dasar yang sama rab. Sama juga seperti Tarbiyah dari root word Rab. Tapi, dalam konteks terjemahan ini, rabbana ialah "Tuhan kami" dan bukannya pemelihara.
GAH menterjemahkan BAITI sebagai sistem-sistem sedangkah terjemahan baiti ialah rumah. Kalau tidak silap saya sistem boleh diterjemahkan sebagai nizam, tartib, tarikah. Tetapi baiti selau diterjemahkan sebagai rumah.
Sebaliknaya mereka GAH sering mendakwa terjemahan al-quran oleh para ulama sesat dan ada tokok tambah kerana sesetangah dari terjemahan ada kurungan...
tetapi ia menujukkan kedangkalan mereka dalam ilmu al-quran...
Al-Quran sangat tinggi bahasanya sehingga kita sukar memahaminya, justeru memerlukan pentafsiran daripada Rasulullah saw, sahabat, tabiin dan ulama
Ilmu-ilmu yangdiperlukan oleh seorang pentafsir/penterjemah
(a)Ilmu bahasa
(b) Ilmu Qiraat
(c)Ilmu Usuluddin
(d)Ilmu Usul fiqh
(e)Ilmu Asbab al-Nuzul
(f) IlmuNasikh-Mansukh
(g) Ilmu fiqh
(h) Ilmu hadith
Cara penterjemahan / pentafsiran al-quran......
1. Tafsir al-Quran bi al-Ma’thur
Definisi: Penafsiran ayat-ayat al-Quran yang dibuat menggunakan penjelasan dari ayat al-Quran dan hadith-hadith rasul saw yang sahih.
2. Tafsir al-Quran bi Al-Ray al-Mahmud
Tafsir al-Quran bermaksud tafsir al-Quran dengan menggunakan akal fikiran. Tafsir ini juga dinamakan dengan tafsir al-Aql atau tafsir al-Nazari
Tafsir bi al-Ray terbahagi kepada dua:
(a) Tafsir bi al-Ray al-Mahmud
Definisi: Tafsir yang berlandaskan ilmu pengetahuan yang mantap dalam bahasa Arab,kaedah perundangan dan asas-asas agama termasuk ilmu usul fiqh, ilmu hadith dan sebagainya. Ia juga tidak bertentangan dengan sumber yang sahih, akal yang sejahtera, ilmu yang pasti dan berusaha keras untuk mencari kebenaran, membersihkan diri daripada hawa nafsu serta mengingati Allah terhadap apa yang diperkatakan.
contoh : Terjemahan Abdullah Yusuf Ali dan beberapa penterjemah lain... tetapi di bahagian "commentary" mereka ada sertakan tafsiran yang selaras dengan para ulamak... sila beli buku2 mereka di pasaran....
b) Tafsir bi al-Ray al-Mazmum
Pentafsiran yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak berkelayakan untuk mentafsir ayat-ayat al-Quran atau dengan menyokong mazhab yang sesat. Tafsir jenis ini berdasarkan sumber yang palsu atau meragukan dan tidak mempunyai asas
Contoh : e- bacaan dari othman Ali
Mempertahankan maruah, kesucian dan kemuliaan ajaran Islam dan akidah Islam yang suci murni dari serangan fahaman Anti-Sunnah atau Anti-Hadis. Mempertegaskan bantahan terhadap orang-orang yang mempermain-mainkan Kitab Allah dengan membawa tafsiran-tafsiran yang salah tanpa berhujjahkan pengetahuan yang kukuh semata-mata untuk menyokong kesesatan yang dibawa oleh prinsip akal mereka yang tidak berdisiplin serta kecenderungan untuk menuruti hawa nafsu di dalam memahami ayat-ayat Allah.
Selamat Datang
Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].
Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau terjemahan model begini bagaimana tuan
ReplyDeletehttp://personalquran.blogspot.com/2011/08/654.html
Al-Quran menetapkan hanya 3 syarat utama utk menafsir (mengeluarkan makna dan ilmu2) ayat-ayat Al-quran.
ReplyDelete1. Mestilah menggunakan bahasa Arab iaitu ayat-ayat Al-Quran asal dalam bahasa Arab klasik (bukan kitab terjemahan) dan mengkaji dgn menggunakan kaedah bahasa Arab klasik.
2. Mesti mempunyai kepakaran dlm sesuatu bidang. Inilah yg dipanggil "ulu albab" misalnya dlm bidang prubatan, kejuruteraan, dan sebagainya.
3. Mestilah menggunakan kaedah Al-Quran bil-Quran iaitu kaedah yg telah dijelaskan oleh Al-Quran itu sendiri.
Wallahu a'lam.