Selamat Datang


Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].

Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].

Tuesday, April 3, 2012

Kesilapan golongan anti hadis [ GAH ] : 2. Suka berdebat dan engganmengalah kerana mereka tidak hafal Al-Quran, maka mereka hanya memetikbeberapa ayat Al-Quran sahaja yang sempat dicapai sebagai rujukan.

Walaupun idea-idea mereka ini telahpun dipatahkan secara jelas dan tiada hujjah diterima daripada mereka untuk menolak kembali hujjah yang telah kita kemukakan, dapati mereka masih lagi membawakan hujjah-hujjah lama. Hal ini sangat jelek kerana mereka hanya ambil ayat yang sesuai dengan ajwapan mereka, walahal, AlQuran begitu banyak ayatnya, dan ayat-ayat Al-Quran melengakapi antara satu sama lain.

Golongan Anti Hadis Menjawab:

kami mempunyai perisian yang membolehkan kami melakukan carian dengan pantas.

Kami menjawab:

kami uji kamu, boleh kamu berikan ayat-ayat yang telah dinaskh , yang mempunyai sebab peristiwa, beserta penjelasan dalam perisian kamu? Nyata mereka gagal.
Kami teringatkan Tindakan Golongan Anti Hadis ini adalah mirip kepada tindakan kaum Yahudi dan Nasrani yang sering menyembunyikan ayat-ayat dalam kitab Taurat dan Injil masing-masing apabila ayat tersebut tidak secocok dengan kehendak mereka. Al-Qur’anul Karim telah beberapa kali menyinggung sikap seperti ini:

Maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain ?

Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. [al-Baqarah 2:85]

Dan orang-orang yang Kami berikan Kitab, mereka bersukacita dengan apa yang Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) dan di antara beberapa kumpulan dari orang-orang itu ada yang mengingkari sebahagiannya. [ar-Ra’d 13:36]

Samalah seperti Kami menurunkan (Kitab-kitab) kepada orang-orang yang membahagi-bahagi; (Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain). [Hijr 15:90-91]

1 comment:

  1. Tuan berkata "walahal, AlQuran begitu banyak ayatnya, dan ayat-ayat Al-Quran melengakapi antara satu sama lain."

    Sedar pun tuan bahwa ayat2 Al Quran itu saling melengkapkan antara satu sama lain..... maka mengapa pula tuan segolongan mengatakan riwayat2 hadis itu pelengkap atau perincian kepada Al Quran seperti mana tulisan tuan dlm artikel yg lain dlm blog ini....

    Nampak sangat tuan segolongan keliru dengan kefahaman tuan sendiri....

    ReplyDelete