Selamat Datang


Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].

Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].

Thursday, April 12, 2012

Nabi Muhammad penutup segala Nabi dan Rasul...

”Bukanlah Muhammad itu bapa salah seorang laki-laki di antara kamu tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup Nabi-nabi” [ Surah Al Ahzaab : Ayat 40 ]

dalil dari ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa nabi muhammad adalah penutup segala nabi dan rasul.....

golongan anti hadis berkata bahawa ayat di atas hanya ditujukan pada nabi sahaja... tetapi apakah mereka sedar akan kewuujudan beberapa ayat lain yang secara jelas menyatakan kepada kita bahawa nabi muhammad adalah penutup segala Rasul...

sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur. [an-Nisaa’ 4:163]

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui. [an-Nahl 16:43]

Dalam dua ayat di atas Allah telah menerangkan bahawa semua para Nabi dan Rasul-Nya menerima wahyu.

dan nabi serta Rasul terakhir yang menerima wahyu adalah nabi muhammad....

dan ia adalah selari dengan hadis nabi dibawah

Rasulullah S.A.W juga bersabda dalam hadith lain: “Rantai Kerasulan dan Kenabian telah sampai pada akhirnya. Tidak akan ada lagi rasul dan nabi sesudahku”. (Tirmizi, Kitab-ur-Rouya, Bab Zahab-un-Nubuwwa; Musnad Ahmad; Marwiyat-Anas bin Malik).

3 comments:

  1. katanya Quran itu konsisten kata demi kata, dan memang tidak ada "khataman_arrasul", sehingga tidak ada ayat yang bisa ditafsirkan bahwa rasul telah ditutup.

    fakta ini signifikan bahwa setidaknya rasul dari golongan Malaikat akan tetap ada sampai akhir zaman.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Nampaknya tuan tidak dapat memahami dan terkeliru maksud antara perkataan "nabi" dengan "rasul" bagi tuan mungkin maksudnya sama sahaja.... jika sama mengapa kedua-dua istilah tersebut diguna pakai dalam Al Quran ?

    Kita lihat apa maksud "Nabi"

    Nabi bermaksud individu yang diberi kitab... dalilnya (terjemahan);

    QS3:81. Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: "Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, niscaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya"[209]. Allah berfirman: "Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami mengakui." Allah berfirman: "Kalau begitu saksikanlah (hai para nabi) dan Aku menjadi saksi (pula) bersama kamu."

    Antara lain ayat di atas menerangkan, Allah membuat perjanjian dengan para nabi bahwa mereka diberi kitab dan hikmah.

    "Rasul" membawa maksud "Utusan atau Penyampai"

    Dalam Al Quran "utusan" boleh dirujuk kepada Malaikat, Jin dan Manusia. Oleh kerana para nabi diberi kitab dan dipertanggungjawabkan menyampaikan kepada manusia lain maka mereka di gelar "Nabi dan Rasul/Utusan" sedangkan penyampai-penyampai lain yang terdiri dari malaikat, jin dan manusia yg tidak diberi kitab maka mereka digelar utusan/pemyampai atau dalam bahasa arabnya "rasul"....

    Oleh itu apabila kita rujuk Surah Al Ahzaab ayat 40, sangat jelas yang ditutup adalah "nabi" kerana tiada lagi wahyu selepas Al Quran dan nabi terakhir menerima wahyu adalah baginda nabi Muhammad dan dalam ayat itu "rasul" tidak ditutup.... jika rasul ditutup maka tiada lagilah pemyampai2 ayat2 Al Quran pada hari ini.... maka apakah fungsi rasul atau utusan/pemyampai sudah tidak diperlukan lagi dari masa kesemasa... ?

    Maka kesimpulannya;

    Nabi sudah semestinya seorang Rasul atau Utusan/Pemyampai kerana menerima wahyu dan menyampaikan kepada manusia lain. Rasul pula tidak semestinya seorang Nabi kerana rasul hanya menyampaikan kepada jin/manusia yg lain....

    ReplyDelete