Selamat Datang


Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].

Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].

Friday, April 13, 2012

Berpegang Kepada al-Quran dan as-Sunnah - Sebab Kepada Terhindarnya Kesesatan Ummah

Sabda Baginda Rasulullah   صلى الله عليه وسلم

"Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan SESAT selama-lamanya selagi kalian berpegang kepada kedua-duanya: Kitab Allah ( al-Quran ) dan Sunnah RasulNya".

Nota: Perhatikan dengan baik perkataan SESAT di situ. Baginda bersabda bahawa ummat Islam tidak akan SESAT kalau mereka berpegang kepada kedua-duanya sekali, bukan hanya satu sahaja dengan "mencacatkan" al-Quran tanpa as-Sunnah. Kerana al-Quran memerintahkan kita supaya beramal dengan Sunnah dan Sunnah berfungsi sebagai sokongan kepada al-Quran. Dan hadis ini bukan hadis palsu atau hadis maudhu' ( مَوْضُوْعٌ ), dan bukan juga hadis ganjil atau hadis syaaz ( شَاذٌّ )

Hadis ini telah didengar sendiri oleh para sahabat Rasulullah yang hidup di zaman Baginda serta berjuang bersama-sama Baginda, yang mendengarnya ketika Baginda berkhutbah, kemudian mereka telah menyematkan wasiat ini di dalam fikiran mereka. Mereka menyeru pula seluruh ummat Islam yang benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat supaya mematuhi wasiat ini. Kemudian, seruan ini diteruskan pula oleh generasi setelah mereka yang mewarisi tugas dakwah Islam yang diletakkan di atas bahu mereka. Mereka mengajarkan dan menyebarkan seruan yang terkandung dalam wasiat Rasul ini dengan penuh kesungguhan dan semangat kerana mereka telah mengetahui bahawa wasiat yang diajarkan oleh Rasul inilah yang merupakan prinsip sebenar ajaran Islam yang suci murni.

Lalu, menjadi masyhurlah al-Quran dan Sunnah sebagai penetapan Islam yang hakiki, yang menjadi akar tunjang kepada akidah Islam yang mulia, sehingga tidak ada sesiapa dari kalangan ummat Islam yang hidup di zaman Rasulullah ( yakni para sahabat-sahabatnya yang sempat bertemu, berjumpa, melihat dan mengambil perkataan dan wasiatnya ) yang berani membantah ketentuan ini, kerana apabila mereka mengetahui bahawa ia telah menjadi ketentuan yang sebati dengan asal Islam, membantahnya bererti membantah Islam itu sendiri. Mereka saling menyebarkan wasiat itu dan saling menyeru ke arahnya sehingga semua orang tidak dapat lagi mengelakkan diri mereka dari mengetahuinya.

Penetapan ini telah ma'ruuf ( diketahui ) secara umumnya oleh sesiapa sahaja dari kalangan ummat Islam ketika itu sebagai sesuatu yang menjadi seruan hakiki Islam kepada seluruh ummat manusia. Yakni, barangsiapa yang benar tunduk patuh dan menyerah diri kepada Allah melalui agamaNya, Islam, hendaklah dia menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai pedoman hidupnya dalam segala permasalahan yang dihadapinya. Tidak ada sesiapa yang berani membantah ketetapan ini kecuali sebilangan musuh-musuh Islam seperti orang-orang munafiq dan sebagainya.

Adapun golongan anti-hadis yang baru muncul di akhir zaman ini, mereka adalah sekumpulan manusia yang masih lemah akalnya, mereka tidak memahami langsung asas-asas akidah Islam dengan betul, selok belok dan asal usulnya, bagaimana al-Quran yang merupakan kitab suci Islam disampaikan, diajarkan, diterangkan, disebarkan dan dikembangkan ajarannya ke seluruh pelosok dunia, namun mereka mengakui dengan bodohnya sambil berkata "Kami hanyalah manusia yang berpegang kepada al-Quran sahaja, dan kami tidak mengikuti Sunnah".

Perbuatan mereka ini seolah-olah mengatakan "Kami hanyalah manusia yang SESAT sahaja, dan kami tidak berpegang kepada jalan yang lurus".

2 comments:

  1. Salam....

    Golonan ahli sunnah waljamaah (sunnah) mempergunakan nama baginda dengan riwayat hadis;

    "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan SESAT selama-lamanya selagi kalian berpegang kepada kedua-duanya: Kitab Allah ( al-Quran ) dan Sunnah RasulNya".

    Golongan Syiah pula mempergunakan nama baginda nabi dengan riwayat hadis;

    "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan SESAT selama-lamanya selagi kalian berpegang kepada kedua-duanya: Kitab Allah ( al-Quran ) dan Ahlul Baytku".

    Dan kedua-dua golongan ini saling mendakwa bahwa mereka sahaja yang betul manakala yang lain sesat...... walhal mereka sedar bahwa kedua-dua mereka ini 2X5 sahaja..... dua-dua pun memperkuda nama baginda nabi demi kepentingan kefahaman golongan masin-masing.....

    Tuan nak tahu siapa yang SESAT sebenar-benarnya menurut Allah dan rasulNya ? Kita lihat amaran Allah ini;

    QS23:52-54 Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku. Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing). Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya sampai suatu waktu.

    NOTA : Perhatikan frasa ayat ”Maka biarkanlah mereka dalam KESESATANNYA SAMPAI WAKTU” siapa yang Allah biarkan kesesatan mereka sampai kiamat ? Mereka itulah yang membuat pecahan dalam agama dan dari pecahan itu mereka membuat golongan masing-masing.

    Ayat diatas Allah rujuk kepada umat terdahulu agar umat islam jangan seperti mereka (umat terdahulu)..... tetapi malangnya umat baginda nabi Muhammad tidak memperdulikan amarant Allah dalam ayat diatas dan mereka (umat nabi Muhammad) terpecah dan membentuk golongan masing-masing seperti Sunnah, Syiah, Wahabi, Muntazillah dsbnya. Lebih malang lagi kepada golongan Sunnah yang perpecah lagi kepada beberapa mazhab..... Kesimpulannya merujuk ayat Allah diatas, tak kiralah golongan sunnah ke. Syiah ke, Wahabi ke dsbnya maka mereka semua SESAT sehingga hari kiamat......
    Kita rujuk ayat2 lain pula;
    Surah Ar Ruum 30-32 ............. dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, yaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.
    Surah Al An'aam 6:65. Katakanlah, "Dia berkuasa untuk mengirimkan kepada kamu azab, dari atas kamu atau dari bawah kaki kamu, atau untuk mengelirukan kamu dalam golongan-golongan, dan untuk merasakan kepada kamu bencana satu sama lain." Perhatikanlah bagaimana Kami mengulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka memahami.
    Perhatikan surah Al An'nam ayat 65 diatas, bukankah itu apa yg berlaku kepada umat islam pada hari ini.... lihat sahaja di benua arab sana, sesama islam yg berlainan golongan saling berbunuhan, jelas ianya becana satu sama lain yg Allah azabkan.
    Al An'aam 6:159. Orang-orang yang membuat pecahan dalam agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, kamu (Muhammad) bukanlah daripada mereka dalam apa-apa pun. Urusan mereka hanyalah kepada Allah, kemudian Dia akan memberitahu mereka apa yang mereka telah buat.
    Ayat diatas juga jelas.... membuat golongan dlm beragama maka ianya bukan lagi termasuk umat baginda nabi. NABI MUHAMMAD TAK MENGAKU UMATNYA KEPADA TUAN SEGOLONGAN DAN GOLONGAN 2 LAIN..... INSFAFLAH...

    ReplyDelete
  2. Asslmkm, Wahai saudara dinginpanas, dalam sunnah tiada yg terpecah, adanya 4 mazhab adalah disebabkan permasalahan yang tidak melibatkan aqidah cuma permasalahan perlaksanaan shja. Dan ke empat2 mazhab ini adalah betul mengikut situasi tempat, waktu dan keadaan. Ada pun syiah ini adalah kumpulan yang datang selepas kematian Nabi Muhammad s.a.w. Disebabkan faktor politik. Rukun iman mereka ada yang ditokok tambah. Btul Islam tidak mahu ada perpecahan, selagi anak adam itu masih hidup selagi itu pintu taubat masih dibuka. Moga kita semua diberi petunjuk yang benar dan dihindari dari bisikan syaitan yang direjam musuh manusia yang nyata. Aslmkm

    ReplyDelete