Cara pengucapan salam -'salamu 'alaikum untuk ramai ( Al-An'am 6:54 ) dan untuk seorang 'salamun 'alaika'( Maryam 19:47 )". Mereka beranggapan bahawa inilah cara yang dianjurkan oleh al-Qur'an, malahan pengucapan salam secara lain daripada ini bererti engkar kepada suruhan al-Qur'an, maka jadi kafir! Begitulah dangkalnya pandangan mereka, malahan begitu mudah menuduh orang kafir pula, padahal kebodohan mereka sendiri yang tidak faham bahasa arab, gagal menanggapi maksud khusus atau anjuran bermaksud umum. Isu ini telah disentuh oleh akh THTL dan Abu Hassan Chan(kita merinduinya) iaitu mengikut sunnah, ucapan terbaik ialah "As-salamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh!" dengan disertakan beberapa dalil dan penerangan.
Dalam maksud ayat al-Quran 6:54 , di sebut katakanlah ni bukannya katakanlah salamun 'alaikum aje , tapi seluruh ayat tu termasuk sekali "Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya ..........sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
6:54 "Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka katakanlah: ""(Selamat sejahtera atas kalian ) Salaamun 'alaikum . Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya barang siapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertobat setelah mengerjakannya dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Dalam maksud ayat al-Quran ( Ar-Ra'ad 13:24 ) ni pula, salamun 'alaikum bima shabartum adalah kata-kata greeting ahli syurga di syurga .
Quran 13:22 -24 "Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridaan Tuhannya, mendirikan salat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik),"
"(yaitu) surga Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang saleh dari bapak-bapaknya, istri-istrinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu;"
"(sambil mengucapkan): ""Salaamun 'alaikum bima shabartum"". Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu."
Nabi Ibrahim berkata: ” Selamat tinggalah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku. [ 19:47 ]
Apa yang melucukan saya di sini ialah mereka mengambil ucapan Nabi Ibrahim(AS) kepada ayahnya sebagai suatu arahan Allah (19:47, sebab tak faham nahulah ni, padahal tiada langsung petunjuk ayat ini sebagai ayat suruhan - fe'el ammar).
Satu hal lagi, kalaulah sudah ditetapkan(fixed, cannot be altered) bahawa ucapan "salamun 'alaika" ini untuk ditujukan kepada sesiapa sahaja, seolah-olah mereka mengatakan "Allah tidak tahu bahasa nahu bahasa arab", kerana perkataan "salamun 'alaika" ini mengikut aturan nahu bahasa arab adalah khusus ditujukan kepada seorang lelaki sahaja, sedangkan untuk perempuan sepatutnya "salamun 'alaiki". Amatlah teruk kefahaman mereka ini, sampai membawa implikasi menghina Allah!
Adapun perkataan "as-salamu'alaikum..." seperti yang dianjurkan sunnah dengan hadis yang dibawakan dahulu, ia bukan sahaja memperelokkan pengucapan anjuran al-quran 6:54 itu kepada bentuk yang sebik-baiknya, malahan adalah perkataan yang boleh digunakan untuk umum, tak perlu ditukar untuk sebarang orang.
Untuk kita di dunia , Allah tunjukkan cara bagaimana semua manusia perlu greet satu sama lain , kerana di sebut di hadis sahih ini Adam dan seluruh keturunannya perlu menggunakan greeting ini di antara satu sama lain .
(Sahih Bukhari ) Volume 4, Book 55, Number 543:
Dari Abu Hurairah:
Nabi berkata, "Allah menciptakan Adam, menjadikan beliau setinggi 60 hasta. Apabila Allah telah menciptakan Adam, Dia berkata kepadanya," Pergilah dan menyambut bahawa kumpulan malaikat, dan mendengar jawapan mereka, kerana ia akan menjadi ucapan anda (nama yang harum) dan ucapan (salam anak anda. "Jadi, Adam berkata (kepada malaikat), as-salamu Alaikum (iaitu salam sejahtera kepada kamu). Para malaikat berkata," As-salamu Alaika wa Rahmatu-l-lahi "(iaitu Keamanan dan rahmat Allah menjadi kepada kamu). Oleh itu malaikat ditambah salam Adam ungkapan, 'Wa Rahmatu-l-lahi,' sesiapa sahaja yang akan memasuki Syurga akan menyerupai Adam (dalam penampilan dan angka). Rakyat telah telah berkurangan menjulang sejakAdam penciptaan.
Didalam hadis (Sahih Bukhari ) Volume 4, Book 55, Number 543: Dikatakan bahawa Adam dan keturunannya termasuk Nabi Muhammad diajar Allah untuk mengucapkan
Kesimpulan: Lafaz al-Qur'an tidak semestinya boleh terus dilaksanakan, kita kena melihat sunnah bagaimana ia dilaksanakan. Kalimah Salamun 'alaikum itu hanyalah anjuran untuk bersalam; tetapi cara sebutan yang betul ialah melihat pula kepada sunnah nabi saw.
Adapun lafaz salamun itu adalah syari'at yang terdahulu, di mana Orang Yahudi memberi salam dalam bahasa Hebrew.
Mempertahankan maruah, kesucian dan kemuliaan ajaran Islam dan akidah Islam yang suci murni dari serangan fahaman Anti-Sunnah atau Anti-Hadis. Mempertegaskan bantahan terhadap orang-orang yang mempermain-mainkan Kitab Allah dengan membawa tafsiran-tafsiran yang salah tanpa berhujjahkan pengetahuan yang kukuh semata-mata untuk menyokong kesesatan yang dibawa oleh prinsip akal mereka yang tidak berdisiplin serta kecenderungan untuk menuruti hawa nafsu di dalam memahami ayat-ayat Allah.
Selamat Datang
Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].
Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].
Ya sudah, tidak mau mengikut contoh Quran agar mengikut contoh dari kabar-kabar. cara-cara seperti ini sangat mudah dideteksi, maunya agar selalu keluar dari Quran. begitu tn?
ReplyDeleteTuan Berkata; "....ia bukan sahaja memperelokkan pengucapan anjuran al-quran 6:54 itu kepada bentuk yang sebik-baiknya, malahan adalah perkataan yang boleh digunakan untuk umum, tak perlu ditukar untuk sebarang orang."
ReplyDeleteSalam,
Apakah tuan beranggapan bahwa pengucapan "salam" anjuran Allah dan rasulNya dalam Al Quran tidak elok maka tuan memperelokkannya.... apakah tuan ingin mengajar Allah dan rasulNya ?