Selamat Datang


Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].

Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].

Wednesday, June 27, 2012

Memahami maksud sebenar perkataan "kitab" dalam surah al-An'am ayat 38

Dan kami tidak alpakan sesuatu pun di dalam kitab (al-An'am: 38).

Al-Kitab berasal daripada kata terbitan - kataba - kitabatan. Di dalam al-Quran terdapat 318 perkataan yang berasal daripada kata terbitan KATABA.

Bagi perkataan al-Kitab sahaja terdapat 230 perkataan manakala 12 perkataan Kitab (tanpa alif lam). Ada juga perkataan al-Kitab ini yang disebut secara kata jamak (Kutubun) sebanyak 3 perkataan. Untuk mengetahui makna-makna ini kita terpaksa merujuk kepada Bahasa Arab kerana al-Quran itu diturunkan di dalam Bahasa Arab.

Jadi terjemahan al-Kitab di dalam surah al-Ana'am: 38 kepada al-Quran bukanlah terjemahan yang sebenar mengikut mafhum Bahasa Arab. Al-Kitab di dalam ayat itu bermaksud Loh Mahfudz, bukanlah al-Quran.

Ini jawapan mengikut keterangan dan pemahaman bahasa arab.....

ikut logik pulak...... kalo ia merujuk kepada al-Quran banyak benda yang tidak disebutkan dalam al-Quran....

sedangkan Ilmu Allah itu sangat luas dan meluas dan tiada tandinganya


Katakanlah: “Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan-lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)”.

[ Al-Kahfi; 18:109 ]

“Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), di tambah kepadanya tujuh lautan (lagi) sesudah (kering) nya, nescaya tidak akan habis-habis (dituliskan) kalimat Allah (ilmu Nya). Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

[ Luqman; 31:27 ]

jadi bagaimana golongan anti hadis boleh berkata hanya al-quran sahaja sudah memadai bagi umat Islam??

No comments:

Post a Comment