Larangan Daripada Rasulullah Terhadap Perbuatan Mentafsirkan al-Qur'an Melalui Pendapat Akal
1. Daripada Ibn 'Abbas katanya: Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang berkata-kata tentang al-Qur'an melalui pendapatnya sendiri, atau apa yang dia tidak mengetahuinya, maka hendaklah dia menempah tempatnya dalam neraka".
2. Daripada Jundub katanya: Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang berkata-kata tentang al-Qur'an melalui pendapatnya sendiri, dan dia benar ( di dalam pendapatnya itu ), maka dia telah melakukan kesilapan".
Penjelasan: Yakni sekiranya dia mentafsirkan al-Qur'an dengan pendapat atau hawa nafsunya sendiri atau tanpa melalui ilmu pengetahuan yang benar, maka walaupun pendapatnya itu benar, dia tetap telah melakukan kesilapan kerana perbuatannya yang mentafsirkan ayat-ayat Allah melalui pendapatnya sendiri tanpa berpandukan ilmu pengetahuan.
3. Daripada Aishah katanya: "Tidaklah Rasulullah itu menafsirkan sesuatu daripada al-Qur'an melainkan ayat-ayat dalam jumlah yang beberapa sahaja, yang diajarkan kepadanya oleh Jibrail .
Sikap Wara' Para Sahabat Rasulullah Dalam Mentafsirkan al-Qur'an
4. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq , ketika di tanya tentang tafsir firman Allah, yakni apakah yang dimaksudkan dengan kalimah "abba" ( أَبًّا ) pada ayat ( 80/31 ):
وَفَاكِهَةً وَأَبًّا ﴿٣١﴾ ه
"Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput" - [ 'Abasa: 80/31 ]
Maka beliau menjawab: "Langit manakah yang sanggup melindungiku, dan bumi mana pula yang sanggup menampung jasadku ini, sekiranya aku berkata-kata tentang Kitab Allah sesuatu yang aku tidak mengetahuinya".
5. Ibn Abi Mulaikah berkata: 'Abdullah Ibn 'Abbas telah ditanya tentang satu ayat, di mana sekiranya ditanyakan kepada sebahagian sahabat Rasulullah tentangnya, nescaya mereka akan menjawabnya, namun beliau ( Ibn 'Abbas ) enggan menjawabnya.
Penjelasan: 'Abdullah Ibn 'Abbas adalah seorang sahabat Rasulullah yang merupakan ulama dari kalangan para sahabat. Beliau memiliki pengetahuan yang sangat mendalam tentang tafsir al-Qur'an. Yang demikian ini terjadi kerana berkat doa Rasulullah ke atas dirinya, di mana Baginda berdoa: "Ya Allah, jadikanlah dia seorang yang memahami agamanya dan ajarkan kepadanya takwil ( al-Qur'an )". Beliau digelar dengan gelaran | bahrul 'ilmi | ( بَحْرُ العِلْمِ ) yang bermaksud "lautan ilmu".
Sikap Wara' Para Tabi'in dan Generasi Awal Islam Dalam Mentafsirkan al-Qur'an
6. Yazib bin Abi Yazid berkata: Kami bertanya kepada Sa'id Ibn al-Musayyad berkenaan dengan perkara halal dan haram dan adalah dia diantara sepandai-pandainya manusia tentangnya, maka apabila sahaja kami bertanya tentang tafsir ayat-ayat Allah, dia mendiamkan diri, seakan-akan dia tidak mendengar pertanyaan kami itu.
Penjelasan: Imam Sa'id Ibn al-Musayyab adalah salah seorang Tabi'in besar di zamannya, beliau telah berguru daripada sahabat-sahabat Rasulullah sendiri, dan beliau dianggap semulia-mulianya Tabi'in dari sudut kefahamannya yang mendalam tentang selok belok pengetahuan agama, tentang hukum ahkam Islam dan sebagainya.
Dan beliau di antara manusia yang paling tinggi dan luhur peribadinya, dirinya dihiasai dengan segala sifat terpuji seperti zuhud ( membenci kesenangan duniawi ), wara' ( berhati-hati ), sabar, tawakkal ( bergantung harap ), takut kepada Allah dan sebagainya.
7. Yahya bin Sa'id berkata: Datang seorang lelaki bertanya kepada Sa'id Ibn al-Musayyad satu ayat daripada al-Qur'an, maka beliau berkata: "Aku tidak akan berkata sesuatu apa pun tentang al-Qur'an".
8. 'Amru bin Marrah berkata: Seorang lelaki bertanya kepada Sa'id Ibn al-Musayyad tentang satu ayat daripada al-Qur'an, maka beliau berkata: "Janganlah bertanya kepadaku tentang al-Qur'an, tetapi bertanyakanlah kepada dia yang dianggap bahawa tidak tersembunyi sesuatu apa pun tentang al-Qur'an daripadanya" - yakni merujuk kepada 'Ikrimah.
9. Imam Mujahid berkata "Seseorang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat tidak harus membuka mulutnya mengenai al-Qur'an, melainkan dia benar-benar mahir dalam Bahasa 'Arab".
Penjelasan: Mujahid adalah seorang ulama tabi'in yang berguru daripada sahabat Rasulullah sendiri, di antara sepakar-pakarnya manusia tentang tafsir al-Qur'an.
10. Imam az-Zamakhshari berkata: "Oleh kerana tidak memahami Ilmu Shorof ( عِلْمُ الصَّرْفِ ) dengan baik, maka sebilangan orang telah tersalah dalam menafsirkan firman Allah:
يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ
"(Ingatlah) hari Kami menyeru setiap manusia dengan ibu-ibu mereka ..." - [ al-Israa' : 17/71 ].
Mereka menyangka bahawa perkataan "imaam" ( إِمَامٌ ) di situ adalah jamak kepada kata "al-ummu" ( الأُمُّ ) yang bermaksud "ibu". Sekiranya dia mengetahui Ilmo Shorof dengan baik, sudah pasti dia akan faham, bahawa perkataan itu bukanlah jamak kepada lafaz "ibu", tapi sebaliknya ia bukan jamak apa-apa pun, perkataan "imaam" itu adalah perkataan tunggal yang bermaksud "pemimpin". Maka, terjemahannya yang betul ialah:
"(Ingatlah) hari Kami menyeru setiap manusia dengan pemimpin mereka ..."
Penjelasan: Ilmu Shorof ( عِلْمُ الصَّرفِ ) adalah salah satu bahagian daripada ilmu Bahasa 'Arab yang membicarakan tentang bagaimana kaedah-kaedah untuk membentuk kalimah / perkataan menjadi bentuk yang berbeza-beza. Ilmu ini sangat penting dan ia dianggap sebagai salah satu daripada ciri-ciri "khashaais" ( خَصَائِصُ ), yakni ciri-ciri khusus Bahasa 'Arab yang tidak terdapat dalam bahasa-bahasa lain.
Salam,
ReplyDeleteCukuplah ayat Allah ini mengarahkan;
QS38:29. Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran (akal).
Janganlah demi kepentingan tuan segolongan mempergunakan nama baginda nabi untuk menghalang orang lain untuk memahami Al Quran dengan akal. Hentikanlah mempergunakan nama baginda..... sudah-sudahlah tu....
Dinginpanas, jangan mentafsir dengan mengikut hawa nafsu..tiada sesiapa yang menggunakan nabi saw. Kamu shja yg berfikiran melebih2..jikalau btul kamu Islam hanya perlua berpandukan al quran sahaja, apakah rukun iman 2 dlm islam?
ReplyDeleteBodo je..artikel menunjukkn shbat2 nabi pn x berani menafsirkan alquran...dah tu selama ni kita2 ikut tafsiran sape?
ReplyDelete