Oleh : Tok Janggut
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Al- Bukhari dan Muslim, yang bermaksud :
“Agama Islam dibina di atas lima rukun iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullahilharam dan puasa pada bulan Ramadan.”
Sabda baginda SAW dalam hadis riwayat Muslim, yang bermaksud :
“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya aku adalah rasul Allah. Tidaklah seorang hamba yang bertemu Allah dengan dua kalimah ini tanpa sebarang syak melainkan akan masuk syurga.”
Sabda baginda lagi dalam hadis riwayat Muslim, yang bermasud:
“Barangsiapa yang bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, nescaya Allah haramkan ke atasnya neraka.”
golongan anti hadis [ GAH ] mengingkari hadis2 ini dengan alasan ia tiada dalam al-quran...
benarkah ia begitu?......
persoalan : Syahadah Nabi di mana?
Inilah yang nabi sabdakan dalam hadis bukhari mengenai akan datang satu golongan yang membaca al Quran:
"Mereka membaca Al-Quran, tetapi tidak melewati kerongkongan mereka" (H/R. Bukhari no. 3610 dan Muslim no. 4351.)
Inilah sifat orang kafir yang mendustakan ayat Allah dan memandu Al Quran mengikut nafsu mereka. Allah berfirman:
Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (2:39)
Muhammad rasullulah saw di sini:
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا
(Allah yang menyatakan itu) Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan ugama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu).
مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ ۚ
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; (48:28-29)
GAH jangan menipu bahawa Allah bersyahadah bahawa Dia sahaja adalah Allah dan membuang nabi saw sebagai pengsaksian nabi sedangkan ayat ini bersambung. Ayat 28 dan 29 ini menyaksikan Allah berfiman:
Allah menjadi saksi (tentang kebenaran agama yang di bawa oleh Rasullulah saw – ayat 28) dan kemudian bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah Rasul Allah swt. (ayat 29)
Tidakkah ini cukup menjadi hujah kepada syahadah Umat Islam?
Pelik hujah GAH bahawa Allah tidak aware akan wujudkanya satu masa kelak lebih adri 1 billion penganut Umat Islam bersyahadah kepada diriNya dan juga menjadi saksi akan kenabian saw tetapi tidak MELARANG perkara ini dalam al quran?
Adakah GAH mengatakan Allah tidak tahu masa hadapan perkara ini akan wujud? Bukankah Allah Maha Mengetahui? Kalau begitu pastilah Allah akan berfirman: “Maka bersaksilah bahawa Aku sahajalah Allah dan tidak boleh diletakkan nabi itu sebagai pesuruh Aku” atau yang sewaktu dengannya.
SEBALIKNYA, ayat tersebut MENOLAK pulak dakwaan GAH ini malah MEMBENARKAN dakwaan ASWJ bahawa terdapat syahdah sedemikian. Adakah GAH MENOLAK firman Allah ini?
GAH ini menyatakan bahawa hadis-hadis nabi itu dusta. Kata-kata dan perbuatan nabi itu DUSTA. Walhal Allah berfirman : “bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya.”
“berkatalah mereka (yang kafir): “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang pendusta”; (padahal Nabi Muhammad tidak berdusta) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya.” (16:101)
Saya tinggalkan perdebatan ini dengan ayat di bawah dari surah An:Nisa’ agar GAH membaca dan memahami akan kerasulan Rasullulah saw:
[163]
Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur.
[164]
Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).
[165]
Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[166]
(Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan Allah kepadamu wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya, dan malaikat juga turut menjadi saksi. Dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini).
[167]
Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta menghalang orang-orang lain dari jalan Allah (ugama Islam), sebenarnya mereka telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
[168]
Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta berlaku zalim, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka dan tidak akan menunjukkan jalan kepada mereka:
[169]
Selain dari jalan neraka jahanam, yang mereka akan kekal di dalamnya selama-lamanya; dan balasan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
[170]
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad s.a.w) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu. Dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi; dan Allah sentiasa Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Mempertahankan maruah, kesucian dan kemuliaan ajaran Islam dan akidah Islam yang suci murni dari serangan fahaman Anti-Sunnah atau Anti-Hadis. Mempertegaskan bantahan terhadap orang-orang yang mempermain-mainkan Kitab Allah dengan membawa tafsiran-tafsiran yang salah tanpa berhujjahkan pengetahuan yang kukuh semata-mata untuk menyokong kesesatan yang dibawa oleh prinsip akal mereka yang tidak berdisiplin serta kecenderungan untuk menuruti hawa nafsu di dalam memahami ayat-ayat Allah.
Selamat Datang
Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].
Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].
Antara lain tuan berkata; “GAH ini menyatakan bahawa hadis-hadis nabi itu dusta. Kata-kata dan perbuatan nabi itu DUSTA.”
ReplyDeleteSalam,
Terlebih dahulu boleh tak tuan nyatakan siapa yang tuan gelar Golongan Anti Hadis (GAH) ada berkata seperti ayat tuan yg saya quotekan diatas… jika tuan tidak dpt menyebut nama individu tersebut, sekurang-kurangnya bagi link ke web tersebut…. Jika tuan tidak dapat membuktikan dakwaan tuan, maka tuanlah sebenarnya telah berdusta dan terlebih malang lagi telah membuat fitnah….
Untuk pengetahuan tuan, baginda nabi sememangnya tidak pernah dan tidak akan berdusta….. sebaliknya orang2 yang berkepentinganlah demi kefahaman golongan mereka masing2 telah mempergunakan nama baginda.... maka yg berdusta itu adalah golongan2 yang berkepentingan, mereka berdusta dengan mempergunakan nama nabi...
Kita lihat terjemahan penuh ayat yang tuan pertikaikan yang tuan ambil sekerat sahaja;
QS48:28. Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi.
Apakah yang tuan faham frasa ayat “CUKUPLAH Allah sebagai saksi” dalam terjemahan ayat diatas ?
Kita lihat ayat lain yang mempunyai frasa ayat yang sama;
QS4: 79. Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.
Kita lihat pula ayat lain, siapakah yang melafazkan saksi akan kerasulan baginda;
QS:63:1. Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami bersaksi, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah." Dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta.
Siapakah yang melafazkan kesaksian akan kerasulan baginda dalam ayat diatas (63:1) ? Bukankah golongan tuan yang mengucapkan lafaz saksi seperti orang2 munafik tersebut yang Allah tunjukkan dlm terjemahan ayat diatas ?