Selamat Datang


Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].

Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].

Monday, April 2, 2012

Sanggahan terhadap wahyu Allah hanya lah Al-Quran.....

Ahmad Dailami

Adakah satu pun ayat-ayat al-Quran yang mengkhususkan bahawa wahyu itu hanyalah al-Quran semata-mata? Yang mengatakan 2 bentuk perkataan ini :-

1) Wahyu itu hanyalah al-Quran, atau hanyalah wahyu itu al-Quran.
2) Tidaklah wahyu itu, kecuali al-Quran..

 
"Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?" (Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu." - 6/19 -

Dalam ayat ini, disebutkan "diwahyukan kepadaku al-Quran ini". Ini menunjukkan pada kita bahawa Rasulullah telah diwahyukan dengan al-Quran, dan al-Quran itu memang wahyu. Tapi tidak ada menyebutkan lafaz "wahyu itu hanyalah al-Quran" atau "tidaklah wahyu itu melainkan al-Quran" pun.

Serupa dengan kita mengatakan "Aku diberikan sekeping roti". Dalam ayat ini sahaja yang dirujuk kepada "pemberian" itu memang "roti". Tapi di luar ayat ini, adakah ini mengkhusukan bahawa "pemberian" itu hanyalah roti? Bahkan, kamu boleh menjadikan pemberian itu berbentuk "nasi" atau "kacang" dan lain-lain bentuk makanan. Kecuali sekiranya dikatakan "tidaklah pemberian itu kecuali roti"....


"Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan): "Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia ". Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri, aku hanya menuruti apa yang diwahyukan kepadaku sahaja. Sesungguhnya aku takut, - jika aku menderhaka kepada Tuhanku, - akan azab hari yang besar (soal jawabnya)". - 10/15 -

Perkataan "bawalah Quran yang lain daripada ini" diucapkan oleh orang-orang kafir. Ini satu isyarat ejekan daripada orang-orang kafir kerena mereka percaya bahawa Rasulullah itu mereka-reka al-Quran, lalu mereka mengejek dengan mengatakan "bawalah sesuatu selain dari ini", seolah-olah mereka menganggap yang Rasulullah memang boleh mereka cipta dan membawa al-Quran lain kepada mereka.

Tapi, dimanakah disebutkan dalam ayat ini bahawa "wahyu itu hanyalah al-Quran sahaja" atau "tidaklah wahyu itu melainkan al-Quran"? Kemudian Nabi menyebutkan "Tidaklah aku mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku". Dalam konteks ayat ini sahaja, memang "apa yang di wahyukan kepadaku" merujuk kepada al-Quran. Tapi tidak pula disebutkan "Wahyu itu hanyalah al-Quran" atau "Tidaklah wahyu itu kecuali al-Quran".

Seperti contohnya, ketika kita sedang memakan roti, lalu kita berkata "Aku sedang memakan makananku". Dalam konteks perkataan kita ini, "makananku" itu memang merujuk kepada "roti", tapi diluar ayat ini, adakah "makanan" itu hanya dikhusukan kepada "roti" sahaja? Bahkan, banyak lagi makanan lain, seperti sayur-sayuran, daging dan sebagainya....

2 comments:

  1. Salam,

    Selama ini kita diberi tahu bahwa ada 4 kitab wahyu yang disebut dlm Al Quran, dari keterangan tuan diatas, bahwa kitab riwayat2 hadis juga merupakan wahyu maka dah lebih dari 4 kitab wahyu yg wajib kita ketahui... dan umat islam memiliki lebih dari satu kitab wahyu..... iaitu Al Quran dan kitab2 riwayat hadis yg dibukukan/dikitabkan 200 tahun setelah baginda wafat...

    Namun malangnya yang satu itu pula iaitu kitab yg 200 tahun setelah wafat baginda tidak mendapat jaminan Allah akan ketulinanya menyebabkan ianya bebas dimanipulasi oleh golongan berkepentingan..... golongan Sunnah memanipulasi demi kepentingan kefahaman mereka, golongan Syiah memanipulasikan demi kepentingan kefahaman golongan mereka dan begitu juga golongan2 lain.... masing2 memanipulasi demi kepentingan sendiri dan mempergunakan nama baginda.....

    ReplyDelete
  2. Kesimpulan yg boleh dibuat dari artikel tuan diatas.... tuan mengatakan bahwa wahyu bukan hanya Al Quran sahaja selain Al Quran yg diucapkan nabi adalah wahyu juga.... atau lebih tepatnya "riwayat-riwayat hadis" itu adalah wahyu juga....

    Maka merujuk pendapat tuan segolongan itu, riwayat-riwayat hadis 100% sama taraf atau level dengan Al Quran atas sebab kedua-duanya wahyu.... tak gitu...?

    Habis tu mengapa kedua-dauanya tidak diletak dalam satu kitab (buku) sahaja agar senang manusia membuat rujukan hingga ke akhir zaman dan tidak perlulah manusia 200 tahun kemudian setelah nabi wafat bersusah-susah payah untuk mengumpulkan dan menulis lantas sebahagian diterima dan sebahagian ditolak dengan alasan tertentu.... ? Setelah dikumpul 200 tahun kemudian, masukkan sahaja ke dalam Al Quran kerana kedua-duanya sama sahaja iaitu "wahyu"....

    ReplyDelete