"Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Az-Zikri, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya." ( 15:9 )....
Persoalan saya:
1. Siapa yang menulis ayat ini di dalam Al quran? Adakah ia ditulis oleh nabi saw sendiri atau ada orang lain yang menulis?
2. Apakah al Quran diturunkan sudah dalam bentuk bertulis? Kalau nabi sendiri yang menulisnya, mana bukti kitab yang ditulis oleh Muhammad saw? Mana ayat mengatakan bahawa nabi menulis Al quran dengan tangan baginda sendiri? Kitab Al quran tertua di jumpai di dunia ialah kompilasi Uthman r.a yakni khalifah yang ketiga yang mana kalau diikutkan juga periwayat hadis-hadis. Macam mana boleh diterima al Quran dari uthman, tetapi di tolak hadis dari orang yang sama? tidakkah itu bercanggah.
Anti hadis selalu berhujah dengan perkara 2 di atas dengan ayat ini "Allah menjaga Al Quran ini".
kemudian saya menjawab: "Berapa pasti anda bahawa ayat ini pun sebenarnya telah ditambah2 oleh golongan "penipu" hadis dari kalngan sahabat ini utk menipu berbillion umat Islam ini? Berapa pasti kita?
Menolak Hadis Tetapi menerima al Quran
kamu mengatakan bahawa menolak hadis dan menerima Al Quran kerana hadis hanya ditulis sekitar 100-200 tahun selepas kewafatan baginda rasullulah saw.
Kalau begitu, Al quran juga harus ditolak oleh kerana Al quran dalam bukti yang ada hanya dikompilasikan setelah lebih 19 tahun nabi saw wafat (berdasarkan quran tertua ini). Jadi bagaimana kita memastikan bahawa Al quran ini juga tidak palsu sedangkan ia datang dari sumber yang sama.
Kitab Allah dan Hikmah
Kalau kita perhatikan bahawa surah 15: 9 ini di dalam bahasa Arab, Allah tidak menyebut Al quran sahaja itu akan di pelihara. Sebaliknya Allah menggunakan perkataan Ad dZikr (Pengingat, atau Mesej )
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Kita lihat lengok bahasa Al Quran ini amat indah dan luas. AD Dzikr ini memaksudkan Al quran dan juga Hikmah. Apakah Al Hikmah kalau bukan ajaran dan juga tunjuk ajar nabi saw dalam bentuk hadis. Jadi bermakna Allah juga menjaga Al Quran dan hadis ini sebagai pimpinan umat manusia.
Allah menyebut AL Quran ini dengan banyak Sebutan. Tetapi ia sentiasa di sebut dengan perkataan Hikmah:
Contohnya dalam ayat ini Al Quran itu disebut sebagai AL Kitab:
(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. (2:151)
Di dalam surah lain di sebut sebagai kitab:
"Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata." ( al Jumuah: 2)
di dalam surah lain Hikmah ini di satukan dengan perkataan "ayatillah"
"Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya." (Al Ahzab : 34)
<<<<<<
kebijaksanaan?
Kalau pandangan anda al hikmah itu kebijaksanaan sahaja, timbul persoalan - kebijaksanaan siapa? bagaimana kita hendak membaca dan mengajarkan kebijaksanaan? Kebijaksanaan siapa yang kita hendak ajarkan? Setiap orang yang diberikan ayat quran dan membacanya, tanpa sebarang panduan akan mempunyai intrepetasi sendiri.
bukan kah nabi yang mengajar al-hikmah... bagaimana nak mengajar kebijaksanaan?
....... yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajar mereka Kitab Allah dan al-Hikmah. [‘Ali Imran 3:164]
Maka pandangan saya Al hikmah itu adalah hadis. Jadi salahkah pandangan saya?
Apa beza pandangan saya dan anda kalau kedua2 menggunakan akal sahaja. kenapa pandangan saya tidak betul dan pandangan anda sahaja betul sedangkan saya juga mengunnakan HIKMAH saya?
Jadi sebagaimana anda tak boleh kata "oh, pandangan saya betul" kerana pandangan juga tidak bersandarkan kepada sebarang ayat quran, cuma akal pemikiran sahaja. TIdak begitu?......
Sedikit tambah.... Sahabat2 nabi sebelum memasuki Islam dan membaca al-quran juge sudah mempunyai kebijaksanaan contohnya : Khalid Ibnu Walid....
Mempertahankan maruah, kesucian dan kemuliaan ajaran Islam dan akidah Islam yang suci murni dari serangan fahaman Anti-Sunnah atau Anti-Hadis. Mempertegaskan bantahan terhadap orang-orang yang mempermain-mainkan Kitab Allah dengan membawa tafsiran-tafsiran yang salah tanpa berhujjahkan pengetahuan yang kukuh semata-mata untuk menyokong kesesatan yang dibawa oleh prinsip akal mereka yang tidak berdisiplin serta kecenderungan untuk menuruti hawa nafsu di dalam memahami ayat-ayat Allah.
Selamat Datang
Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].
Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].
sebagian sejarah umat bani Israil, mereka menulis kitab dengan tangan mereka sendiri kemudian mereka katakan itu dari Allah, maka kecelakaan besar bagi mereka, silahkan baca sendiri 2:79
ReplyDeleteumat setelah nabi Muhammad tiada jauh berbeda, mereka menulis kitab dengan tangan mereka sendiri kemudian mereka katakan itu dari rasul, suatu kali mereka katakan itu dari Allah sebagai hadits qudsi.
anda menulis:
ReplyDeleteAlKitab = AlQuran
dan
Maka pandangan saya Al hikmah itu adalah hadis. Jadi salahkah pandangan saya?
-----------------------------------------
pertanyaan:
kalau ALHIKMAH adalah HADITS, apakah nabi Musa dan Nabi Isa serta Ibrahim, juga mengajar hadits nabi? baca 3:48, 4:54, 6:89.
Silahkan semua kombinasi ALKITAB WAL HIKMAH anda artikan ALQURAN dan HADITS, kemudian anda baca ayat lain yang serupa bahwa ALKITAB walHIKMAH juga diberikan kepada PARA NABI terdahulu.
=====================================
fasal ADzDzIKRA jika anda artikan sebagai AlQUran dan AlHikmah dan bermaksud kepada sunnah atau hadits maka perhatikanlah bahwa para nabi juga diberikan Adzdzikra, apakah dengan demikian para nabi juga membuat-buat hadits...? faktanya Quran tidak menafikannya.