Selamat Datang


Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].

Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].

Sunday, April 22, 2012

Sanggahan Terhadap golongan anti hadis bahawa Nabi Muhammad hanyalah 'posmen"

Sekali lagi menujukkan kedangkalan golongan anti hadis dalam memahami petunjuk al-Quran dengan jelas

kita akan melihat satu ayat al-quran yang mengandungi petunjuk tentang tugas nabi secara langsung mengandungi sunnah/hadis nabi

Sebelum dilanjutkan kita perlu memahami maksud sunnah dan hadis nabi [ dari web hafiz firdaus ]

Hadis ( الحديث ) secara harfiah bermaksud sesuatu yang baru dari segala bentuk. Dari segi maksudnya, ia memiliki beberapa erti, antaranya kata-kata, ucapan dan sebutan yang dikhabarkan, disampaikan dan diberitakan.

Dalam kamus-kamus Arab, Sunnah bererti tatacara, jalan yang diikuti dan perilaku hidup sama ada baik mahupun buruk. Tatacara, jalan yang diikuti dan perilaku hidup ini adalah langsungan, terbitan dan pancaran dari seseorang atau sesuatu yang berperanan sebagai titik punca.

Perkataan Sunnah juga merujuk kepada tatacara hidup Nabi Muhammad, mewakili percakapan, perbuatan dan persetujuannya.


Tugas2 nabi

a. Menerang, menghurai dan memperincikan al-Qur’an.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka. [an-Nahl 16:44]

Perkataan supaya engkau menerangkan adalah terjemahan dari perkataan litubayyina yang berasal dari kata al-Bayan.

Ia bermaksud menerangkan, menghuraikan dan memperincikan sesuatu dari pokoknya. Maka apabila Allah menugaskan Rasulullah sebagai mubayin al-Qur’an, ia bererti beliau ditugaskan untuk menerangkan, menghuraikan dan memperincikan al-Qur’an.

Contohnya al-Qur’an memfardhukan solat maka tugas Rasulullah adalah menerangkan apakah itu solat, menghuraikan hukum-hukumnya dan memperincikan sifat-sifatnya.

[ Mustafa as-Sibai - al-Hadits sebagai Sumber Hukum, ms 228. ]

dari sini juga lahir la Sunnah/Hadis nabi....... kerana hadis adalah perkataan nabi dan sunnah perbuataan nabi

4 comments:

  1. Salam.

    Ada ke manusia yang berkata "Nabi Muhammad hanya posmen ? Jika ada dah tentu orang itu tidak faham tugas posmen.... tugas posmen terima atau ambil surat dari pihak lain dan berikan/sampaikan kepada pihak lain tanpa perlu atau tidak dibenrakan buka untuk mengetahui isi kandungan surat tersebut. Tugas nabi pula terima wahyu, amalkan dan sampaikan kepada orang ramai... dengan erti kata lain wajib mengetahui kandungan wahyu yg diterima tersebut....

    Atau itu hanya tuduhan tuan segolongan kepada yang mereka gelar Golongan Anti Hadis kerana kebencian tuan terhadap mereka ?

    DAN

    Perlukah nabi memperincikan sesuatu yg telah terperinci ?

    QS11:1. Alif laam raa, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara TERPERINCI, yang diturunkan dari sisi (Allah) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu,

    QS6:114. Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab (Al Quran) kepadamu dengan TERPERINCI? Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahwa Al Quran itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..

      1. Ada ke manusia yang berkata "Nabi Muhammad hanya posmen ?

      ++++++++

      Jawapan die memang ada ... Tapi baguslah kalo tuan dinginpanas berpandangan ia satu kesalahan kerana ia menujukkan perbezaan pandangan jugak wujud antara mereka yang menolak hadis nabi

      2. Perlukah nabi memperincikan sesuatu yg telah terperinci ?

      QS11:1. Alif laam raa, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara TERPERINCI, yang diturunkan dari sisi (Allah) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu,

      QS6:114. Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab (Al Quran) kepadamu dengan TERPERINCI? Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahwa Al Quran itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu.

      +++++++

      Untuk 2 ayat ini kita perlu memikirkan apakah maksud "dijelaskan dgn terperinci"

      Sama ada alquran sahaja sudah memadai atau perlu kpd rasul untuk penerangan melalui as-sunnah

      Kita rujuk surah hud ayat 2

      (Al-Quran yang demikian sifatnya diturunkan oleh Allah) supaya janganlah kamu menyembah sesuatupun melainkan Allah. (Katakanlah wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran (kepada orang-orang yang (ingkar), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang (beriman).

      Ayat ini membuktikan perlu kepada rasul untuk perincian alquran

      Dan ia adalah bersamaan dengan penerangan ayat 44 surah an-nahl di atas

      Delete
  2. QS39:23. Allah telah menurunkan AL HADIS yang paling baik (yaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang [1312], gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpinpun.


    QS45:6. Itulah ayat-ayat Allah yang Kami membacakannya kepadamu dengan sebenarnya; maka dengan HADIS manakah lagi mereka akan beriman sesudah (kalam) Allah dan keterangan-keterangan-Nya.

    ReplyDelete
  3. Jawapan mengenai hal ini boleh rujuk sini

    http://anti-ingkar-sunnah.blogspot.com/2012/06/penjelasan-terhadap-firman-allah-surah.html?m=1

    ReplyDelete