Selamat Datang


Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].

Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].

Sunday, April 15, 2012

Kumpulan Yang Mengikut Jalan Nabi dan Sahabat

Sabda Rasulullah:

Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah.

[ Hasan: Hadis daripada sejumlah sahabat dengan lafaz yang saling berbeza tetapi ke arah maksud yang sama, dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan lain-lain, di atas adalah salah satu dari lafaz Abu Daud, lihat Sunan Abu Daud – no: 4429 (Awal kitab al-Sunnah).]

selari dengan firman Allah :

Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.

Kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah); dan untuk itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: “Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)” [Hud 11:118-119]

Apakah maksud Ahli Sunnah Wal Jamaah ( ASWJ ) dan asas2 ajarannya secara umum?

Al-Imam Ibnu mentafrifkan ASWJ : mereka yg kita panggil ahlul haq iaitu kumpulan yg berada atas landasan benar dan yg lain dari mereka adalah ahli bidaah iaitu kumpulan sesat. ASWJ terdiri drpd para sahabat, tabiin, ahli hadis, ulama dan yg org awam yg mengikuti mereka.


Apakah sifat ASWJ?

kesimpulan : mereka yg berpegang pada al-quran dan sunnah mengikut fahaman salafussoleh drpd para sahabat, tabiin, imam, ulama serta pengikut mazhab imam muktabar.

Kenapa kita perlu pertahan ASWJ?

kerana ia adalah sama dengan mempertahankan Islam itu sendiri

4 comments:

  1. Tuan mengatakan.... "Apakah maksud Ahli Sunnah Wal Jamaah ( ASWJ ) dan asas2 ajarannya secara umum?

    Al-Imam Ibnu mentafrifkan ASWJ : mereka yg kita panggil ahlul haq iaitu kumpulan yg berada atas landasan benar dan yg lain dari mereka adalah ahli bidaah iaitu kumpulan sesat. ASWJ terdiri drpd para sahabat, tabiin, ahli hadis, ulama dan yg org awam yg mengikuti mereka."

    Salam....

    Hehehehe...... lucu dan tersangat lucu, apakah ini yg dikatakan "masuk bakul angkat sendiri"... ?

    Pergi tanyalah pula Golongan Syiah sendiri.... apakah pula jawapan mereka sendiri terhadap golongan mereka sendiri dan begitu juga tanyalah juga kepada golongan Wahabi, Muntazillah dsbnya, apa pula kata mereka terhadap golongan mereka masing-masing.... ?

    Pergi tanya jauh sedikit.... tanya orang-orang Kristian ke, Hindu ke, Yahudi ke, Budha ke dsbnya.... apa pula pendapat mereka terhadap agama mereka masing-masing.... adakah diatara mereka akan berkata bahwa agama yg mereka anuti itu salah dan sesat.....

    Ada juga orang yg membuat hujah sedangkal ini demi kepentingan golongan sendiri..... dunia... dunia....

    ReplyDelete
  2. Menurut riwayat hadis yg mempergunakan nama baginda nabi seperti yg tuan kemukakan diatas.... hanya 1 golongan sahaja yg betul dan masuk syurga, golongan lain semuanya sesat....

    Tetapi apabila dah tersepit boleh pula mereka berkata bahwa golongan lain juga tidak sesat... maka apabila golongan lain tidak sesat secara langsung mereka menolak atau menafikan riwayat hadis yg mereka reka/cipta sendiri kerana dah lebih satu yg tidak sesat....

    Buktinya, sila klik atau copy paste link ini; http://www.malaysiakini.com/news/116717

    Dah tengok dan baca..... begitu mudahnya mereka memutar belitkan sesuatu perkara ibarat perangai golongan munafik.

    ReplyDelete
  3. test... [[ulr]http://www.malaysiakini.com/news/116717[/ulr]

    ReplyDelete
  4. test lagi [ulr]http://www.malaysiakini.com/news/116717[/ulr]

    ReplyDelete