Selamat Datang


Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].

Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].

Thursday, March 22, 2012

Sedikit tentang ragam golongan anti-hadis di Malaysia yang pelbagai

Mengikut pengalaman kami apabila berbahas dengan mereka di alam maya ini, mereka merupakan golongan yang terkeliru. Mereka juga tiada basic dalam pengetahuan agama, namun mereka dengan yakinnya terjun terus ke arena perbahasan agama yang rumit seolah-olah mereka cukup berkepakaran untuk berbahas tentangnya. Hampir kesemua mereka tidak tahu bahasa arab dan kaedah-kaedahnya, mereka tidak tahu periwayatan Hadis, mereka tidak tahu langsung tentang sejarah – sejarah para sahabat baginda saw.

Di Malaysia terutama di alam maya, mereka terdiri beberapa golongan (menurut pemerhatian kami), antaranya:
  1. Yang menolak terus peranan Rasulullah saw sebagai penegak Syariat, malah menganggapnya seperti posmen sahaja, iaitu hanya menyampaikan surat kepada kita.

  1. Yang menerima peranan Rasulullah saw namun, mereka tidak yakin bahawa bahawa hadis sekarang yang digunakan adalah hadis sahih, jadi sebagai penyelesaian, mereka menggunakan akal mereka dalam menafsirkan Al-Quran.

Golongan yang ke-2 ini masih lagi kami ragui kenyataan mereka kerana mereka kerap berdolak dalik jika diajukan soalan berkenaan kebesaran Rasulullah saw, maka sebab itulah akhirnya, hujah yg digunapakai oleh mereka tidak ada beza dengan golongan yang pertama.

Sesungguhnya, mereka telah termakan racun yang diadun oleh puak orientalis jahat yang telah berjaya mewujudkan rasa curiga mereka terhadap agama mereka dan akhirnya mereka tersesat jauh dan sukar untuk dikembalikan. Kepada Allah kita memohon perlindungan.

1 comment:

  1. Tuan mengatakan; ”Sesungguhnya, mereka telah termakan racun yang diadun oleh puak orientalis jahat yang telah berjaya mewujudkan rasa curiga mereka terhadap agama mereka dan akhirnya mereka tersesat jauh dan sukar untuk dikembalikan. Kepada Allah kita memohon perlindungan.”

    Salam,

    Ada tak yang tuan labelkan GAH itu mengajak untuk menjauhi Al Quran atau mengajak sesiapa untuk curiga terhadap Al Quran ? Jika ada sudah pasti mereka mempunyai niat tertentu.... tetapi jika tiada maka tuan telah membuat tuduhan atau membuat fitnah dengan sewenang-wenangnya.

    Hanya kerana mereka yang tuan labelkan GAH itu memahami msesj2 Allah dalam Al Quran berbeza dengan cara tuan segolongan memahami Al Quran maka tuan membuat tuduhan serupa itu..... golongan tuan tidak dapat memahami mesej2 Allah dan rasulNya tanpa riwayat2 hadis kerana tuan beranggapan bahwa Al Quran itu sukar untuk difahami oleh manusia dan hanya manusia tertentu sahaja yang layak untuk memahami...... tak gitu ?

    ReplyDelete