Selamat Datang


Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].

Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].

Thursday, March 8, 2012

Assalamu'alaikum Dan Salam Sejahtera.....

Penghargaan:

1. Sedara Tok Janggut dari laman BDN http://bincang.net/

2. Sedara Hafiz Firdaus dari http://www.hafizfirdaus.com/

3. Sedara THTL dari http://bicarathtl.blogspot.com/ dan http://al-fikrah.net/

4. Kawan2 perjuangan di facebook yang nama mereka tak dapat disebut di sini sebab agak ramai

selamat datang ke blog ini... semoga ia bermanfaat.

Alhamdulillah dengan berkat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kami, kami berjaya juga memulakan ‘perang cyber’ terhadap golongan yang berselindung dibalik nama Quraniyyun, atau sebenarnya lebih tepat mereka adalah Anti Hadis dalam mengambil hadis sebagai sumber rujukan hukum. Kami mengharapkan para pembaca supaya berhati-hati dengan puak-puak ini kerana mereka telah diisytiharkan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, malah ia boleh sampai ke tahap murtad kerana jelas, bagi kalian, sila layari web rasmi Majlis Fatwa http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-tentang-golongan-anti-hadith

Segala kesalahan yang kami lakukan dalam blog ini, kami mengharapkan teguran dari pihak pembaca dan kami bersedia memohon maaf dan membetulkan mana-mana yang silap. Akhir kalam, semoga dengan usaha yang tidak seberapa ini, akan member manfaat kepada generasi ummah yang akan datang.


Wallahualam

No comments:

Post a Comment