Selamat Datang


Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].

Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].

Thursday, March 22, 2012

Mengenal asal usul golongan anti hadis

Fahaman anti-Hadis atau Ingkarul Sunnah di asaskan oleh Profesor Dr Goldziher, kelahiran Yahudi Hungary pada tahun 1870 dan meninggal pada tahun 1921. Goldziher mendapat biasiswa Zionis International Jerman untuk melanjutkan pelajaran di al Universiti Azhar pada tahun 1873. Dia diutus khas mendalami bidang Sunnah dan akhirnya dia mencetuskan ajaran mengingkari Sunnah dengan slogan "Pembaharuan Islam."

Pada tahun 1876 sekembali dari Mesir, beliau memegang jawatan Setiausaha Zionis Antarabangsa cawangan Budapest. Kemudian selama 15 tahun dia mengajar di maktab Zionis Budapest untuk melahirkan graduan-graduan Zionis yang akan bertebaran di seluruh dunia mengembangkan ajaran mengingkari sunnah ini bertujuan melemahkan ajaran Islam dari dalam. Pengasas ajaran Ingkarus Sunnah ini meninggalkan hampir 200 judul karya khas dalam jurusan Mengingkari Sunnah dan melahirkan beratus ribuan graduan yang telah dirosakkan kefahaman mereka tentang Sunnah. Profesor Goldziher adalah salah satu agenda Zionis Antarabangsa.

Kebanyakan cendikiawan islam yang menuntut di Eropah telah terpengaruh dengan ajaran Goldziher ini. Di antara murid-murid Goldziher termashyur dari Mesir ialah Dr Ali Hasan Abdul Kadir, Toha Hussin, Dr Ahmad Amin, Rasyad Khalifa, dan Dr Abu Rayyah.

Gerakan Anti Hadis dibawa ke USA:

Gerakan Anti-Hadis telah dibawa ke USA oleh Dr Rasyad Khalifa (bangsa Arab keturunan Egypt), yang kemudiannya mendapat kerakyatan USA. Beliau telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk: "Islam: Masa Lampau, Kini dan masa Depan" pada seminar Misionari Kristian dan Yahudi dari 8-17 Jun, 1983 di USA. Bermula pada tarikh inilah, Dr Rasyad telah menubuhkan secara rasmi nya gerakan `The Quranic Society' yang berpusat di Tucson dimana beliau mengajar di Universiti Tucson. Dr Rasyad dengan angkuh telah menyebut: "Hadis-hadis adalah ciptaan Iblis, mempercayai hadis bermakna mempercayai ajaran Iblis." Kecelupar beliau telah menyebabkan dia dibunuh dengan penuh misteri sebaik sahaja Arab Saudi mengeluarkan fatwa sesatnya Dr Rasyad dan `Golongan alQur'annya'.

Ini adalah sedutan Fatwa Syaikh Abd Aziz ben Bazz, Mufti Besar Saudi:

"Gerakan Ingkar Sunnah yang digerakkan oleh Rasyad Khalifah adalah batil dan merbahaya, iaitu mengadakan kegiatan Mengingkari Sunnah dengan cara memutar balikkan tafsir alQur'an secara batil. Maka saya atas nama Pemerintah Arab Saudi menyeru agar seluruh muslimin agar berhati-hati terhadap gerakan yang dicetuskan oleh Rashad Khalifa dan jangan sampai terpengaruh dengan ajaran sesat tersebut." Fatwa No 903, Syawal 1403 bersamaan Ogos 1983.

wah.....

rupanya nyata la ajaran anti hadis ini sesat ye... kerana ia telah dimulakan oleh para orientalis yahudi dan nasrani.....

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. [al-Maidah 5]

jadi kenape ada yang mengikuti cara hidup mereka para orientalis tersebut....

hairan ye....

kita saksikan lagi persamaan antara kenyataan golongan islam yang mengaku islam tetapi sekali lagi acuannya dari orientalis......

sering kali saya ditemukan dengan kenyataan hebat oleh golongan yang tolak hadis ini....

HADIS HANYA DIREKA, DICIPTA DAN DIBUAT 200 HINGGA 300 TAHUN SELEPAS KEWAFATAN NABI MUHAMMAD.......

Profesor Dr Goldziher dalam pembahasannya Muhammedanische Studien berpendapat bahwa hadis tidaklah berasal dari Rasulullah, melainkan sesuatu yang berasal dari abad pertama dan kedua Hijriyah. Artinya Goldziher berpendapat bahwa hadis adalah buatan ulama abad l dan abad ll H.

Ia berkata, "Bahagian terbesar dari suatu hadis tidak lain adalah hasil perkembangan Islam pada abad l dan ll, baik dalam bidang keagamaan, politik, maupun sosial.Tidaklah benar bahwa hadis merupakan dokumen Islam yang ada pada masa kini, melainkan pengaruh dari perkembangan Islam pada masa kematangan."

wah... satu lagi ajaran sesat dari orientalis yahudi rupanya........

Pada tahun 1890 Ignaz Goldziher (1850-1921) Orientalis Yahudi kelahiran Hungaria - menerbitkan hasil penelitiannya tentang hadis Nabawi dengan judul Mohammedanische Studien, dimana ia membantah apa yang disebut hadis oleh orang-orang Islam. menurutnya hadis nabawi tidak lebih dari produk perkembangan keadaan sosial politik Islam pada waktu itu.

Selain dari Profesor Dr Goldziher, seorang lagi orientalis yang terkenal ialah G.H.A Juynboll...

orientalis ini melalui artikelnya Some New Ideas on The Development of Sunna as a Technical Term in Early Islam yang dibukukan dalam Studies on The Origins and Uses of Islamic Hadis, {pg 97-118}......

telah cuba mempertikaikan "Al-hikmah" juga membawa pengertian sunnah atau hadis nabi... die juga mempertikaikan "mustahil" Al-hikmah boleh membawa pelbagai maksud dalam artikel tersebut....

acuan ini juga la yang diikuti oleh orang yang mengaku sebagai Islam walaupun ada penafian "kami ikut orientalis".........

Menurut Dr. Mustafa al-Siba'ie rahimahullah dalam kitab beliau bertajuk "Orientalisme dan orientalist", Apabila kita membaca sejarah yang dipelajari oleh anak-anak kita dan segala bidang yang diajarkan kepada mereka di peringkat sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi, kita pasti terlihat gerakan ini (orientalisme) secara terang-terangan menentang umat muslim kita dan menyelewengkan sejarah peradaban dan ketamadunannya.

2 comments:

  1. Salam,

    Ada tak individu2 yg tuan sebutkan diatas mengajak manusia untuk menjauhi Al Quran.... jika ada maka mereka ada niat untuk menyesatkan... tetapi jika hanya pemahaman mereka berbeza dari pemahaman golongan tuan kerana tuan memerlukan riwayat hadis lantas tuan membuat tuduhan seperti diatas maka itu adalah semata-mata tuduhan....

    Saya pun jika saya mahu... "saya boleh berkata bahwa penulis2 riwayat hadis hanya mempergunakan nama baginda untuk kepentingan kefahaman golongan mereka... riwayat2 hadis tidak dikenali dan tidak wujud sehinggalah 200 tahun setelah baginda nabi wafat.... mereka (penulis riwayat hadis) hanya perlu menyelidik individu yg hidup dari generasi ke generasi sehingga baginda nabi lantas mereka membuat suatu aturan bahwa riwayat hadis itu dari si polan dan dari si polan dan dari si polan dan dari nabi.... dan mereka yg bertanggungjawab ini adalah Imam2 XXXXX "

    Kan saya boleh berkata sebegitu sebagaimana dakwaan tuan dlm tulisan tuan di atas.... maka sesiapapun boleh membuat dakwaan....

    ReplyDelete
  2. Hadis sahih itu tetap hadis dari nabi. Ulama hadis dan ahli sejarah lebih mengetahuinya. W.a.

    ReplyDelete