Selamat Datang


Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].

Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].

Thursday, March 22, 2012

Kesilapan golongan anti hadis [ GAH ]

1. Membaca al-Qur'an hanya melalui terjemahan

Apa yang saya maksudkan di sini ialah golongan yang CUMA membaca terjemahan al-Qur'an sahaja tetapi telah beranggapan bahawa mereka telahpun membaca al-Qur'an. Sehubungan dengan ini, saya tidak menyukai terjemahan al-Qur'an semata-mata tanpa disertai teks asal kerana ia boleh mengelirukan kita (oleh itu, buku "Bacaan" karya Othman Ali tidak dapat saya akui malahan patut dikeji pula kerana penterjemahnya sendiri pernah menyatakan bahawa beliau "tidak arif tentang bahasa Arab!"), seolah-olah terjemahan itu adalah "alternatif" kepada teks asal al-Qur'an padahal tiada satupun terjemahan yang boleh dianggap setaraf dengan al-Qur'an...

Kebiasaannya, jawapan mereka berkenaan hal ini adalah:

Surah 41 fushshilat ( yang dijelaskan ) ayat 44 :
Dan jikalau kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain bahasa Arab tentulah mereka mengatakan: “mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?” apakah ( patut Al Quran ) dalam bahasa asing sedang ( Rasul adalah orang ) Arab? Katakanlah: “ Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman. Dan orang-orang yang tidak beriman. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah ( seperti ) orang-orang yang dipanggil dari tempat yang jauh,”

Kami menjawab semula:

Ragam Golongan Anti Hadis yang pertama adalah menghujahkan ayat-ayat al-Qur’anul Karim berdasarkan terjemahannya sahaja tanpa disertakan teks Arab yang asal. Ini menyukarkan kita untuk menyemak kebenaran terjemahan dan hujah-hujah yang mereka asaskan dari ayat tersebut. Contohnya adalah terjemahan ayat 44 hingga 49 surah al-Maidah yang dilakukan oleh Rashad Khalifa (lihat hujah ke-9). Oleh itu setiap ayat al-Qur’an yang dihujah oleh Golongan Anti Hadis wajib kita semak terjemahannya dengan teks Arab yang asli atau dengan mana-mana kitab terjemahan dan tafsir yang diiktiraf.

Anti Hadis Menjawab kembali:

Apakah kualiti terjemahan mereka itu teruk walaupon telah diiktiraf oleh pakar yang lain?

Kami menjawab:

Apabila teks Arab al-Qur’an diterjemahkan, ia kehilangan segala nilai-nilai ketepatan bahasa dan nahu (grammar) yang membuatkannya tidak lagi TEPAT sebagai sumber rujukan. Dengan ini mudahlah bagi Golongan Anti Hadis menarik dan memaksa terjemahan ayat-ayat tersebut supaya selari dan secocok dengan fahaman mereka. Akhirnya peranan asal al-Qur’an sebagai kitab yang memimpin dan menunjuk telah berubah kepada kitab yang dipimpin dan ditunjuk

Rujukan:

http://hafizfirdaus.com/ebook/20hujah/hujah10.htm

2. Suka berdebat dan enggan mengalah kerana mereka tidak hafal Al-Quran, maka mereka hanya memetik beberapa ayat Al-Quran sahaja yang sempat dicapai sebagai rujukan.

Walaupun idea-idea mereka ini telahpun dipatahkan secara jelas dan tiada hujjah diterima daripada mereka untuk menolak kembali hujjah yang telah kita kemukakan, dapati mereka masih lagi membawakan hujjah-hujjah lama. Hal ini sangat jelek kerana mereka hanya ambil ayat yang sesuai dengan ajwapan mereka, walahal, AlQuran begitu banyak ayatnya, dan ayat-ayat Al-Quran melengakapi antara satu sama lain.

Golongan Anti Hadis Menjawab:

kami mempunyai perisian yang membolehkan kami melakukan carian dengan pantas.

Kami menjawab:

kami uji kamu, boleh kamu berikan ayat-ayat yang telah dinaskh , yang mempunyai sebab peristiwa, beserta penjelasan dalam perisian kamu? Nyata mereka gagal.
Kami teringatkan Tindakan Golongan Anti Hadis ini adalah mirip kepada tindakan kaum Yahudi dan Nasrani yang sering menyembunyikan ayat-ayat dalam kitab Taurat dan Injil masing-masing apabila ayat tersebut tidak secocok dengan kehendak mereka. Al-Qur’anul Karim telah beberapa kali menyinggung sikap seperti ini:

Maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain ?

Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. [al-Baqarah 2:85]

Dan orang-orang yang Kami berikan Kitab, mereka bersukacita dengan apa yang Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) dan di antara beberapa kumpulan dari orang-orang itu ada yang mengingkari sebahagiannya. [ar-Ra’d 13:36]

Samalah seperti Kami menurunkan (Kitab-kitab) kepada orang-orang yang membahagi-bahagi; (Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain). [Hijr 15:90-91]

3. Menolak Bimbingan Malahan Menghina Ulamak

Faktor ini adalah rentetan daripada usaha GAH untuk menolak panduan as-sunnah, mereka mendakwa koleksi ahadith yang terkumpul secara penuh teliti itu adalah pembohongan yang dibuat oleh ulamak. Maka dalam usaha menolak ahadith, mereka perlu memomokkan ulama dan membuat fitnah bahawa segala hadith itu adalah koleksi pembohongan ulama yang dibuat dengan cara yang cukup terancang, semata-mata untuk mengabui dan memenangi hati pengikutnya. Alangkah jahatnya fitnah ini, tentu sahaja ia terbit daripada hati yang sangat jahat pula.

Adapun, kita ialah menghormati ulama sebagai pembimbing yang menunjuk-ajar dan memudahkan kita memahami sebarang ayat al-Qur'an, atas sebab ke'aliman mereka yang telah menghabiskan usia dan tenaga mereka mengkaji dan mendalami isi dan maksud di sebalik ayat-ayat al-Qur'an dan as-sunnah. Tugas mereka itu adalah tugas mulia, tugas warisan para nabi kerana tiada lagi nabi di kalangan kita (ingat hadis, "ulama pewaris para nabi").......

Maka, tentu sekali, para ulamaklah yang lebih memahami al-Qur'an sehinggakan kita diperintahkan merujuk kepada mereka apabila tidak tahu atau keliru, seperti maksud firman Allah:

"Kami tiada mengutus sebelum engkau (Muhammad), melainkan beberapa lelaki yang kami wahyukan kepada mereka. Sebab itu kamu tanyakanlah kepada ahlaz-zikr, jika kamu tidak tahu" [an-Nahl, 16:43]

'Ahl zikr' pada ayat ini, sesuai dengan zaman yang tiada lagi nabi ini tentulah merujuk kepada golongan yang kehidupan hariannya adalah dalam pengkajian terhadap az-zikr (nama lain untuk al-Qur'an seperti yang dimaksudkan pada ayat seterusnya, 16:44), tetap taat dan setia mengamalkannya, i.e. para ulama yang benar. Bahkan, dinyatakan oleh Allah sendiri bahawa di kalangan manusia, binatang dan segala makhluknya, ulamaklah yang paling takut kepada Allah, sepertimana firmanNya yang bermaksud:

"Setengah manusia, binatang-binatang dan ternakan ada pula bermacam-macam warna seperti itu. Hanya yang takut kepada Allah ialah ulama di antara hamba-hambaNya. Sungguh Allah Maha Perkasa lagi Pengampun." [al-Faathir, 35:28].........

Apabila diajukan ayat ini kepada GAH, mereka berdolak-dalih bahawa yang dimaksudkan dengan ayat ini bukanlah imam as-Shafie, Imam Hanafi, Imam Ghazali, Imam Hambali, Bukhari dan ramai lagi para imam yang menjadi sanjungan dan rujukan ahli sunnah, tetapi ulama "yang benar", tanpa memberi sebarang contoh siapakah "ulama yang benar" yang mereka maksudkan.....

Dalam pada itu, mereka gagal memberikan sebarang ulama alternatif yang berkaitan dengan ayat-ayat di atas serta menjadi rujukan mereka. Ini menunjukkan pegangan mereka adalah pegangan "di awangan" dan sudah terputus daripada "rangkaian kebenaran" yang bersumberkan Rasulullah(SAW). Bahkan, penafian mereka terhadap fungsi yang dimainkan oleh para ulama memberikan implikasi bahawa ayat di atas tiada nilai dari segi aplikasi, cuma suatu kenyataan yang kosong -- sebagai satu lagi contoh bagaimana GAH telah menghina ayat Allah!........

Dan antara Anti Hadis yang kami jumpa, mereka selalu mengabaikan Firman Allah swt:

“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.”

( Al-Faatir 35:28)

Disebabkan tiada kesedaran inilah, maka mereka sesuka hati membuat hukum berdasarkan kemampuan sendiri.

No comments:

Post a Comment