Selamat Datang


Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].

Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].

Thursday, March 29, 2012

Penjelasan Tentang Umur Sayyidatina Aishah ketika berkahwin dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

Ahmad Dailami

Persoalan ini sebenarnya adalah khilaf yang masyhur. Adapun riwayat yang tertulis dalam kitab Sahih al-Bukhari yang merupaka athar (perkataan) Sayyidina Aisyah sendiri yang mengaku bahawa beliau dinikahi Rasulullah ketika berusia 6 tahun, dan tinggal serumah dengan Baginda ketika berusia 9 tahun, athar tersebut memang tidak dapat dinafikan lagi, hukumnya sahih.

Namun, perbezaan pendapat terjadi dari sudut perselisihan tarikh yang dikaji daripada riwayat-riwayat lain, seperti riwayat ketika terjadinya perang Uhud dan sebagainya. Kerana itu, ada ulama-ulama yang masih lagi mempertikaikan umur Aisyah ketika berkahwin dengan Rasulullah.
Jadi untuk bahagian yang pertama kami akan menjawap fitnah2 terhadap perkhawinan nabi dengan Aishah ketika berumur 9 tahun.....
Menceritakan kepada kami Muhammad bin Yusuf, berkata ia: Menceritakan kepad kami Sufyan dari riwayat Hisyam, dari riwayat ayahnya, dari riwayat Aisyah RA: Bahwasanya Nabi SAWS menikahinya ketika umur beliau enam tahun, dan hidup serumah dangannya ketika umur beliau (Aisyah) sembilan tahun, dan beliau hidup beserta Rasul selama sembilan tahun. (H.R Bukhari: 5133 )

Jawapan kepada isu ini:

1. Sabit dalam hadis-hadis sahih bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam berkahwin dengan Aisyah r.a. ketika beliau berumur 6 tahun dan mereka mula bersama ketika Aisyah berumur 9 tahun.

2. Fakta ini diterima dengan kesepakatan seluruh umat Islam. Kata Ibn Kathir, “Hadis baginda berkahwin dengan Aisyah ketika berumur 6 tahun, dan bersama dengannya ketika berumur 9 tahun’ tidak ada khilaf antara manusia. Ia sabit dalam kitab-kitab hadis sahih dan lain-lain”. (Al-Bidayah wa an-Nihayah 3/161).

3. Tidak ada keganjilan dalam kes ini, kerana wanita yang hidup di negara-negara beriklim panas lebih cepat baligh, lebih cepat matang dan bersedia untuk menjadi isteri lebih awal.

Aisyah r.a. sendiri mengakui dengan kata-katanya, “Apabila kanak-kanak wanita mencapai umur 9 tahun, maka dia sudah bergelar wanita”. (Sunan Tirmizi 3/417).

Kata Imam Syafie: “Aku melihat banyak sekali di Yaman kanak-kanak perempuan baligh ketika usia 9 tahun”. (Siyar A’lam Nubala 10/91).

Kata Imam Syafie lagi: “Aku menjumpai di San’aa (Yaman) seorang nenek berusia 21 tahun”. Dia mula haidh (baligh) ketika usia 9 tahun, dan melahirkan anak ketika usia 10 tahun. Anaknya pula haidh ketika usia 9 tahun dan beranak ketika usia 10 tahun”. (Sunan Kubro Baihaqi 1/319).

Jadi, kebiasaan wanita-wanita Arab baligh dan bersedia menjadi isteri ketika usia 9 tahun.

4. Antara yang menunjukkan kebiasaan Arab pada zaman tersebut wanita berkahwin dalam usia yang begitu muda, ialah tidak dinukilkan oleh sejarawan bahawa musuh-musuh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mentohmah baginda dengan kes perkahwinannya dengan Aisyah.

Jika sekiranya ia suatu yang mengaibkan, nescaya pasti dinukilkan tohmahan-tohmahan daripada musuh-musuh sekelilingnya dari kalangan musyrikin dan munafiqin.

5. Perkahwinan baginda dengan Aisyah juga adalah pilihan Allah Taala untuk baginda. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bermimpi tentangnya, dan dimaklumi mimpi baginda adalah wahyu.

Di dalam Sahih Bukhari, maksudnya: Nabi sallallahu alaihi wasallam berkata kepada Aisyah, “Aku melihat engkau di dalam mimpi sebanyak dua kali. Iaitu engkau berada di dalam kelubung daripada sutera. Dan dikatakan kepadaku: Inilah isteri kamu, maka singkapkanlah dia. Tiba-tiba perempuan itu ialah engkau. Lalu aku berkata: Jika ia adalah daripada Allah, maka Dia akan meneruskannya”. (Bukhari no: 3682).

6. Antara hikmah perkahwinan baginda dengan Aisyah ialah dari sudut sebaran ilmu hadis. Dimaklumi Aisyah adalah seorang wanita yang cerdik dan bijak. Kebersamaannya dengan baginda sejak usia 9 tahun telah memberi ruang yang luas kepadanya untuk tahammul (menghafal) hadis-hadis Nabi. Dan terbukti beliau termasuk sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis.

7. Tohmahan musuh-musuh Islam, bahawa baginda berkahwin dengan Aisyah yang muda semata-mata kerana nafsu adalah tertolak. Lihatlah kesemua isteri-isteri Nabi sallallahu alaihi wasallam selain Aisyah RA. Kesemua mereka adalah janda, kecuali Aisyah. Malahan ada yang menjadi isteri baginda ketika sudah berusia seperti Saudah.
Berikut adalah penjelasan lanjut seorang Ilmuwan Islam; Dr Zakir Naik tentang Isu ini...

http://www.youtube.com/watch?v=xRiJNYN4rtM&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=KY0VP2zdxuw

No comments:

Post a Comment