Selamat Datang


Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi al-Kitab selain dari angan-angan (penerangan-penerangan bohong dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." - [ al-Baqarah: 2/78 ].

Ketahuilah! Sesungguhnya aku telah diutuskan dengan al-Qur'an dan yang seumpamanya (as-Sunnah) bersama-sama. Hampir sahaja (munculnya) seorang lelaki yang kekenyangan sambil bersandar di atas katilnya lalu berkata: Hendaklah kalian berpegang kepada al-Qur'an ini sahaja, apa yang dihalalkannya maka halalkanlah dan apa yang diharamkannya. maka haramkanlah - Ketahuilah, apa yang diharamkan oleh Rasul itu serupa seperti apa yang diharamkan Allah". - [ Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad ].

Wednesday, June 27, 2012

Sunnatullah dalam pemeliharaan wahyu

Sunnatullah

adalah tatacara dan peraturan Allah dalam mengurus alam

(Demikianlah) peraturan (Kami yang tetap mengenai) orang-orang yang telah Kami utuskan sebelummu dari Rasul-rasul Kami; dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang tetap itu. [ al-Israa’ 17:77 ]

Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya; dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Ia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. [ Fatir 35:43 ]

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Az-zkhir, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. [ Al-Hijr; 15:9 ]


Sejarah pembukuan al-quran

Allah s.w.t telah menurunkan al-quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan kewujudan Allah dengan segala sifat-sifat kesempurnaanNya. Berkaitan dengan penurunan al-quran, ianya membicarakan cara-cara wahyu diturunkan, peringkatnya, tempat-tempat turunnya, masanya, awalnya dan akhirnya. Ianya juga disebut sebagai nuzul al-quran. Berdasarkan ilmu tersebut juga, kita dapat mengetahui ayat-ayat Makkiyyah dan Madaniyyah.

Dari segi bahasa, perkataan nuzul bererti menetap di suatu tempat atau turun dari satu tempat yang tinggi. Sebenarnya penggunaan istilah nuzul al-quran ini adalah secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-quran yang menunjukkan ketinggian al-quran itu sendiri.

Seperti yang kita ketahui, secara ringkasnya al-quran diturunkan secara berperingkat kepada Nabi melalui Jibril a.s mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama. Penurunannya juga mengikut sebab atau perkara-perkara yang berlaku kepada Nabi Muhammad. Selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah, banyak ayat yang diturunkan waktu siang berbanding malam.

Para Sahabat berusaha dan bersungguh-sungguh menghafal dan mempelajari serta memahaminya. Sebagaimana Rasulullah s.a.w, sahabat turut memanfaatkan masa qiam untuk memantapkan hafalan mereka.

Di antara hufaz terkenal daripada sahabat iaitu empat orang Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Othman al-Affan dan Ali bin Abi Talib), Talhah, Ibnu Mas’ud, Huzaifah, Abu Hurairah, Ibnu Omar, Ibnu Abbas, Ai’syah dan Hafsah. Termasuk daripada orang Ansar seperti Ubai bin Ka’ab, Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit, Abu Darda’ dan Anas bin Malik.

Pada masa sama, Nabi s.a.w melantik beberapa sahabat sebagai penulis wahyu.
Mereka menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan setiap kali wahyu turun sebagai tambahan dalam hafalan supaya tidak hilang begitu saja. Di antara penulis itu ialah empat Khulafa’ Ar-Rasyidin, Muawiyah bin Abu Sufian, Khalid bin al-Walid, Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit. Pada masa itu iaitu sewaktu Rasulullah s.a.w masih hidup, ayat al-Quran tidak dihimpunkan di dalam satu mashaf.

Ini kerana tidak ada faktor yang membolehkan al-quran dikumpul menjadi satu mashaf, sedangkan pada waktu itu ramai huffaz dan qurra’. Namun pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah, ramai di kalangan huffaz mati dalam peperangan Yamamah. Lalu Saidina Umar mencadangkan kepada saidina Abu Bakar supaya dihimpunkan al-quran kerana bimbang akan kehilangannya dengan sebab kematian ramai huffaz dan qurra’......

Ayat-ayat al-quran mula dihimpunkan
Pada mulanya beliau ragu-ragu kerana Nabi s.a.w tidak pernah melakukannya dan takut seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran.

Selepas dibincang dengan teliti, atas alasan maslahah dan menyedari bahawa ia adalah satu wasilah yang paling agung untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput, maka Saidina Abu Bakar bersetuju untuk mengumpulkan ayat al-Quran itu. Maka dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi s.a.w yang masih hidup antaranya Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran.

Al-Quran kemudian ditulis oleh Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada seperti pelepah kurma, kulit binatang, tulang dan batu.

Semuanya ditulis dengan teratur seperti yang Allah wahyukan. Di samping itu ada beberapa sahabat yang menulis sendiri beberapa juz dan surah yang mereka hafal dari Rasulullah s.a.w. dan akhirnya terhimpun menjadi satu mushaf diikat kemas, tersusun turutan ayatnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulallah SAW. Mashaf ini kemudiannya diserahkan kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya, diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab.
Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah s.a.w yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan dan penyusunan Al-Quran pada zaman Khalifah Uthman.

Al-Quran dibukukan

Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat Al-Quran (disebabkan kemunculan ilmu Qiraat yang telah diizinkan Nabi Muhammad sebelumnya), ia akhirnya memaksa kepada tindakan Khalifah Uthman untuk membukukan Al-Quran. Maka dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha membukukannya.

Pada peringkat awal,jawatankuasa penyelaras Al-Quran itu telah membukukan sebanyak 6 buah naskah Al-Quran iaitu untuk dipegang oleh Khalifah Uthman bin Affan sendiri, satu naskah dihantar ke Kota Basrah, satu naskah ke kota Kufah dan kota Syam serta satu ke kota Madinah Al-Munawwarah dan satu naskah lagi ke kota Makkah Al-Mukarramah.

Kemudiannya diciptakan 2 buah naskah khas yang disalin terus dari naskhah Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk pegangan Sheikh Umar Dani dan Sheikh Abu Daud Sulaiman bin Najah. Dua salinan baru itu hanya digunakan tatkala timbulnya perselisihan berkenaan teks salinan sebenar Kitab suci Al-Quran, serta membetuli akan keraguan dalam mashaf Al-Quran enam buah seperti yang dinyatakan di atas, akibat timbul dari perbezaan sebutan dan periwayatan imam-imam Qiraat.

Mashaf Uthmani yang asli dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad s.a.w selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy. Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie.

Tanda dan titik pada ayat al-quran

Pada mulanya al-quran dibaca tanpa sebarang tanda atau titik. Disebabkan perkembangan Islam pada masa itu, maka ramai orang telah memeluk islam yang bukan bebangsa arab dan tidak bertutur dengannya. Hal ini menyebabkan kesulitan kepada orang selain arab untuk membaca dan memahami al-quran.

Maka Mu’awiyah bin Abi Sufian telah menugaskan Abul Asad Ad-Duali untuk meletakkan tanda bacaan dari segi tatabahasa pada setiap kalimah dalam bentuk titik untuk menghindari kesalahan dalam pembacaan. Abdul Malik bin Marwan pula menugaskan Hajjaj bin Yusuf untuk meletakkan titik lain sebagai pembeza antara satu huruf dengan huruf lain, contohnya seperti beza pada huruf “baa” dan “taa”, bentuk huruf yang sama tetapi sebutan yang berbeza. Kemudian diletakkan baris atau tanda bacaan seperti baris fathah(atas), dhommah(hadapan), kasrah(bawah) dan sukun(mati) mengikut cara pembarisan yang telah dilakukan oleh Khalil bin Ahmad Al-Farahidi.

.............................................

Sejarah pembukuan hadis

Hadits Nabi saw memang belum ditulis secara umum pada zaman Nabi saw masih hidup, karena ketika itu Al-Qur’an masih dalam proses diturunkan dan diurutkan. Bahkan Nabi saw melarang masyarakat umum dari menulis hadits, sebagaimana sabdanya :
لا تَكْتُبُوْا عَنِّيْ وَ مَنْ كَتَبَ عَنِّيْ غَيْرَ الْقُرْآنِ فَلْيَمْحُهُ وَ حَدِّثُوْا عَنِّيْ وَ لا حَرَجَ

وَ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
“Janganlah kalian menulis sesuatu pun dariku, barangsiapa yang telah menulis dariku selain Al-Qur’an hendaklah dia menghapusnya, dan beritakanlah hadits dariku, yang demikian tidak berdosa, namun barang siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, hendaklah dia mengambil tempat duduknya dari api neraka.” ( HR. Muslim )

Walaupun demikian, Nabi saw memberikan izin kepada orang-orang tertentu untuk menulis hadits yang diyakini tidak akan terjadi tercampurnya tulisan Al-Qur’an dengan tulisan hadits pada mereka. Sebagaimana disebutkan dalam riwayat :
فَقَامَ أَبُو شَاهٍ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْيَمَنِ فَقَالَ : اكْتُبُوْا لِي يَا رَسُولَ اللَّهِ

فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ : اكْتُبُوْا لأَبِيْ شَاهٍ
“Berdirilah Abu Syah, yakni seorang laki-laki dari penduduk Yaman, dia berkata : “Tuliskan untukku, wahai Rosullulloh !” Maka Rosululloh saw bersabda : “Tuliskan untuk Abu Syah !” ( HR. Al-Bukhori dan Abu Dawud )

Pada masa Rasulullah dan masa khalifah yang empat, hadith itu belum lagi dibukukan atau disusunkan kerana;

1. Kaum muslimin pada masa Rasulullah dapat bertemu dengan
Baginda secara langsung untuk mendapat keterangan dan penjelasan atas apa sahaja perkara yang mereka belum mengetahui keadaan sebenar, baik dalam bahagian ibadat atau lain nya. Dan pada masa khalifah yang empat, mereka amalkan saja apa yang mereka ketahui atau mereka dengar dari khalifah.

2. Takut kalau hadith itu ditulis akan bercampur-baur dengan al-
Quran sesuai dengan tegahan Rasulullah dalam sabdanya:

“Janganlah kamu tulis daripadaku selain Al-Quran, dan barangsiapa telah tulis daripadaku selain Al-Quran maka hendaklah ia dihapuskan”

Permulaan dibukukan Hadith pada Abad Kedua Hijrah

Agama Islam makin bertambah maju dan banyak negeri-negeri yang telah Berjaya dikuasai oleh kaum muslimin. Di samping itu timbul pula perkara-perkara bid’ah dan khurafat (yang karut).

Kemudian pada masa ‘Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah kerajaan Bani Umayyah (tahun 99-101 hijrah) maka diperintahkannya kepada gabenornya iaitu Abu Bakar bin Muhammad bin ‘Amru bin Hazm untuk membukukan hadith. Perintah itu berbunyi sebagai berikut:

“Perhatikanlah hadith Rasulullah SAW kemudian engkau tuliskan, kerana sesungguhnya aku takut kehapusan ilmu dan kehilangan ‘ulama”

Kemudian diberitahukan kepadanya supaya segera membukukan hadith-hadith Rasulullah yang terdapat pada seorang wanita yang terkenal iaitu ‘Amrah binti ‘Abdul Rahman (21-98 hijrah) seorang serikandi Islam yang termasyhur dalam ilmu fiqh, murid A’isyah isteri Rasulullah; dan hadith yang ada pada Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar (937-107 hijrah) seorang yang terkenal dalam ilmu fiqh di Madinah dari kalangan tabi’in.

Di samping itu ‘Umar mengirimkan suratnya kepada gabenor nya diseluruh daerah kekuasaannya supaya berusaha membukukan
Hadith-hadith yang ada pada para ‘ulama yang berkediaman di tempat masing-masing.

Di antara ‘ulama besar yang membukukan hadith atas kehendak khalifah itu ialah Abu Bakar, Muhammad Ibn Muslim, Ibn Ubaidillah IbnSyihab al-Zuhri seorang tabi’in yang terkemuka dalam jurusan ilmu fiqh dan hadith (51-124 hijrah). Dan yang akhir inilah satu-satu ‘ulama besar yang mula-mula membukukan atau menyusunkan hadith atas anjuran khalifah.

Kemudian barulah berlumba-lumba ‘ulama besar lain membukukan hadith selepas al-Zuhri. Di antara mereka ialah:

1. Di Mekah: Ibn Juraih (80-150 H = 699-767 M)
2. Di Madinah: Ibn Ishaq (150 H = 768 M) dan Malik bin Anas (93-179H = 711-795 M0
3. Di Basrah: Al-Rabi’ bin Sabih (160 H = 777 M)
4. Di Kufah: Sufyan al-Thauri (161 H)
5. Di Syam: Imam al-‘Auza’I (157 H)
6. Di Khurasan: ‘Abdul Rahman ibn Mubarak (181 H)
7. Di Yaman: Mu’ammar bin Rasyad (95-153 H)

Semua ‘ulama ini adalah pada abad Hijrah dan susunan hadith mereka dikala itu adalah bercampur dengan perkataan-perkataan para sahabat dan fatwa tabi’in.

Susunan(kitab) yang paling tua yang ada pada tangan umat Islam diwaktu ini ialah kitab al-Muwatta’ karangan imam Malik yang disusun menurut kehendak khalifah al-Mansur ketika baginda datang mengerjakan haji di mekah pada tahun 144 Hijrah.

...................................

Sesungguhnya Allah memilih para khalifah, ulama dan ilmuwan Islam setelah ketiadaan nabi muhammad dalam pemeliharaan wahyu Allah ini....

Siapa ulama penerus Nabi Muhammad SAW?

diantaranya :

1. Sayyidina Abubakar Assiddiq RA
2. Sayyidina Umar bin Khatab RA
3. Sayyidina Ustman bin Affan RA
4. Sayyidina Ali bin Abi Thalib RA

Setelah kewafatan para sahabat periwayat-periwayat hadits dan Al-Qur`an diteruskan oleh para ulama, diantaranya :

1. Imam Maliki
2. Imam Hambali
3. Imam Syafi`i
4. Imam Hanafi

Seluruh Imam ini penerus Nabi Muhammad SAW yang mengajarkan tentang Allah dan Rasulullah SAW. Sampai hari ini, ajaran merekapun dilanjutkan oleh pengikut-pengikut mereka.

dalilnya terdapat pd al-quran dan hadis nabi....

surah an-Nisa’ [4]: 69-70, seperti berikut;

ومن يطع الله والرسول فأولئك مع الذين أنعم الله عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين وحسن أولئك رفيقا. ذلك الفضل من الله وكفى بالله عليما.
Artinya: “dan Barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, Yaitu: Nabi-nabi, Para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. dan mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya. (69). yang demikian itu adalah karunia dari Allah, dan Allah cukup mengetahui.(70).

Pertama, para nabi dan rasul Allah. Adalah hal yang tidak akan diragukan lagi bahwa nabi dan rasul Allah adalah manusia terbaik karena mereka adalah makhluk pilihan Allah. Tidaklah heran, misalnya jika kita baca riwayat hidup para sahabat, di mana mereka berlomba-lomba untuk bisa sedekat dan sesering mungkin bersama Rasulullah saw.

Untuk saat sekarang, tentu para nabi dan rasul tidak akan kita temui lagi karena memang masa kenabian dan karusulan sudah berakhir. namun ingat, bahwa nabi dan rasul memiliki pewaris, mereka adalah para ulama.

Maka ayat ini memberikan petunjuk, bahwa jika ingin mencari teman maka manusia terbaik untuk dijadikan teman adalah para ulama sebagai penerus para nabi dan rasul.

“Hanya yang takutkan Allah di kalangan hamba-hamba-Nya adalah ULAMA“ [ Surah Al Fatir:28 ]

Kedua, Para shiddiiqiin yaitu mereka yang terkenal sebagai orang benar lagi membenarkan. Para shiddiqin bukan hanya benar dalam setiap perkataan, sikap dan perbuatannya, namun juga mudah menerima kebenaran.

Tiga, para syuhada’ yang dalam pengertian sederhana selalu diartikan sebagai orang-orang yang mati syahid. Tentu saja tidak mungkin kita di dunia ini akan berteman dengan syuhada’, jika mereka adalah orang-orang yang telah terbunuh di jalan Allah.

tetapi... kita boleh mengambil pengaran dari makna hakiki dari syuhada’ dalam bentuk sikap yang dimilikinya. Yaitu para syuhada’ adalah orang-orang yang tidak pernah takut membela dan menegakkan kebenaran.

Empat, orang-orang saleh yaitu mereka yang selalu berbuat baik dan mendatang mashalahat baik untuk dirinya maupun orang lain. Seorang yang shalih tidak akan berbuat rusak (fasad) baik terhadap dirinya juga orang lain.

كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ الْأَنْبِيَاءُ، كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ،

وَإِنَّهُ لَا نَبِيَّ بَعْدِي، وَسَتَكُونُ خُلَفَاءُ فَتَكْثُرُ

Adalah bagi Bani Israil, mereka diuruskan urusannya oleh para nabi. Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi selepas aku, namun akan ada banyak para khalifah


( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi” [ Sunan Ibn Majah, Tirmizi dan Musnad Imam Ahmad ]


2 comments:

  1. Salam,

    Dalam artikel lain dalam blog ini tuan mengatakan bahwa wahyu itu bukan Al Quran sahaja.... ini bermakna riwayat-riwayat hadis itu juga adalah wahyu bagi pendapat tuan. Jika riwayat-riwayat hadis itu wahyu maka taraf dal levelnya sudah 100% sama dengan Al Quran.

    Dalam artikel diatas pula tuan mengatakan Nabi melarang menulis apa-apa selain dari Al Quran kerana risau mercampur aduk dengan Al Quran....

    Jika kedua-duanya (Al Quran dan riwayat2 hadis) itu wahyu, apasal pula takut bercampur aduk.... bukankah kedua-duanya wahyu.... maka tak kisahlah duduk mana-mana pun kan ?

    Saya yg tidak pandai berfikir ke atau tuan segolongan bijak memutar belit demi kefahaman golongan sendiri.... !!!

    ReplyDelete
  2. YouTube - YouTube
    YouTube.tv is a channel for free. Play video games, TV shows, and more. Watch the latest videos. Free and in-play contests. YouTube  Rating: 5 · ‎5 votes · ‎Free youtube mp3 · ‎Android · ‎Social

    ReplyDelete